Followers

Wednesday, December 29, 2010

menjelang hari sekolah

pejam tutup bukak mata...dah nak mula sekolah. isy...cepat nya masa berjalan! setakat ni pendaftaran berjalan lancar. rasanya last2 minit ni lagi ramai yang menderu2 nak hantar borang dan bayar. harap2nya takdela yang datang hari pertama baru nak isi borang, baru nak bayar, baru nak beli baju. kanke nanti nampak kelam kabut. dengan parents lain nak hantar/tengok anak nanti. memang agak kelam kabut biasanya hari pertama. campur ngan anak2 nangis paut tangan mak ayah taknak sekolah. paut kat kaki gate. hoh..memang gitu kekdahnya tiap2 tahun. ade lagi mak ayah sama2 teman dalam kelas. minggu pertama kira bolehla bagi kelonggaran teman anak dalam kelas. masuk minggu ke2 mintak maaf ye dah tak boleh dah. anak2 ni kena tinggalkan bagi dia belajar berdikari. kalau kata takut anak nangis tu memang ye. tapi sebab mak ayah dia ada dia jadi bergantung jela ngan mak ayah. cuba mak ayah tinggalkan aje anak tu..dia nangiskejap je pastu akan mula main/buat kerja sama2 ngan kawan2 lain. mak ayah kena percaya sket kat anak2 ye!

hmm..ni aku tunggu takde sape pon datang. kang aku dah balik mulala ramai amik borang la bayar la tanya maklumat la. time aku dok nonggok sini ha takde plak orang, ceh!!

Friday, December 24, 2010

masa berjalan

alhamdulillah makin nak bukak sekolah makin menderu2 orang datang nak bayar yuran pendaftaran. sebelum ni takde orang nak bayar. diorang datang amik borang je. hmm..tiap2 tahun memang tak ramai pun. kawasan kat sini je dah berlambak bukak tadika. banyak yang chinese/indian. yang melayu boleh dikira. yang islamik adalah aulad dan PASTI. harapan puan pengetua biarlah taun ni mencapai 50 orang murid, ngeeee!! tengok jelah nanti ye!

persiapan menghias kelas dah makin siap. tinggal dalam 10% lagi je nak abis. pasni konsentret pada silibus dan kaedah pengajaran pulak. dan aku? mengemas kini rekod murid dan rekod yuran. kali ni termasuk semua premis tadika aulad. 'hayya cik siti ah...sempat ka mau siap?'

tiap kali nak bukak sekolah mesti hati rasa dug dag dug dag je kan. risau ngan bilangan murid takut nanti sikit. risau ngan tanggapan ibubapa ngan cara cikgu ajar. nipun dah ramai yang mula demand -> cikgu, nanti bagi kerja rumah kat anak saya. saya nak dia dapat kerja rumah selalu. sekolah dulu tu satu kerja rumah pun tak bagi. camne saya nak tau perkembangan dia? ->cikgu, saya nak anak saya ni cepat dapat baca. kalau boleh pandai cakap english skali ->cikgu, saya tak kisah anak saya ni tak pandai sangat. janji dia dapat agama tu yang penting. dapat yang hafazan, pandai solat, pandai ngaji tu ye cikgu! ->cikgu, baju sekolah bila nak dapat ni? dah lama saya booking tak sampai2 ponnnn!! err..tang tu kena tanya ngan puan prinsipal lah. beliau yang uruskan baju. tanya kat aku, aku pon taktau bila baju siap!

Wednesday, December 22, 2010

inikah masanya?

yana dah 36 minggu. haritu katanya perut dah berat. ada rasa sakit bawah perut. semalam pegi check-up di pantai doc mengesahkan yang baby dah turun ke bawah. perut pun ada rasa keras. tu dah memang tanda2 awal nak bersalin. berat baby adalah 2.7kg. doc kata jumpa lagi 2 minggu. bila yana dah jadi camtu aku rasa2 tak sempat tunggu 2 minggu nak datang lagi nih. tah2 dalam masa terdekat ni je kan. manala tau. tengok2 dia pundah tak larat nak makan banyak sebab perut dah penuh. yela tu agaknya. kita tengok dalam masa terdekat ni ye!

Monday, December 20, 2010

kematian itu suatu yang pasti

semalam tengok citer grey's anotomy. bila tengok nilai2 kekeluargaan dalam setiap kes pesakit buatkan aku tergenang air mata keterharuan. setiap cerita atau siri yg berkonsepkan begitu serta pengakhiran yang menyayat hati pasti akan mengundang sedih jua. lebih2 lagi bila masuk fb dan melihatkan status kawan itu yang baru saja kematian suaminya. suami yang dikahwini selama 12 tahun, baru saja meninggalkan dirinya jumaat 17 disember lepas..tak dapat tidur malam, lelapkan mata. tidur dengan kain baju suami..menginbas kenangan dengan suami. kalau tak silap baru saja mereka bermain salji bersama. ayat2 kesedihan dari dia sungguh sayu..membuatkan airmata aku juga bergenang2. hiba sungguh melihat statusnya. anaknya boleh saja mengalih kesedihan itu dengan tengok tv, bermain dll. tapi sang isteri? aduhh..sungguh mendalam kelukaan hatinya. tuhan..kumohon agar dapat kau berikan ketenangan hati pada dia...

begitu mendalamnya rasa cinta pada sang suami. yg berkongsi segala pengalaman, kemanisan dan kelukaan hidup. segala2nya. memang tak terbandingkan dengan pengalamanku suami isteri. mungkin sebab itu agaknya lukanya amat mendalam. nafas kuhela. membuatkan aku terfikir dan muhasabah sendiri. kuasa tuhan tak termampu kita tandingi. dan cuma Dialah saja yang tahu rahmat di sebalik musibah itu. semoga arwah dicucuri rahmat di sana. alfatihah.

Saturday, December 18, 2010

kehilangan seorang teman

hari ketiga, faris dah mula kebah dari demam panas. yang tinggal cuma batuk yang belum baik, sementelah aku punya batuk pun tak reda2 lagi. semalam seharian duduk di bilik mengadap tv sambil melayan faris yang panas suhu badannya, dan asik muntah2 kala batuk. tak keruan kejap tengok anak yang sakit. ku tinggalkan kerja di jasmin kerana mengurus kan anak ini. tak dapat ku menghadap fb ku itu.

namun hari ini, bilamana ku punya waktu untuk ber fb, ku telah membaca status serta kiriman takziah dr sahabat dan taulan buat seorang rakan ini, rakanku jua, atas kembalinya ke rahmatullah seorang suami, nun jauh di uk sana. terkejut..terkesima sebentar. baru rakan ini mengirim pam susu yang ku order untuk yana. baru ku baca statusnya yg si suami memberi peransang atas kelicikan pesaing mencantas pelanggannya, tiba2 ku tahu suaminya telah tiada kerna sakit jantung. ku hanya mampun menelan liur..sungguh tak terkata. di saat rakan ini serta anaknya seorang jauh dr sanak saudara, telah kematian seorang suami yang menjadi penggayut dan tempat berteduh...takziah dari aku buatmu teman.

rakan ini ku kenal sejak dari kecik lagi. kami sama2 org bangi dan bersekolah rendah bersama di sini. ku temui dia kembali di fb dalam tahun lalu. sedang bersiap2 untuk berlepas ke uk sana atas urusan melanjutkan pelajaran. sedang berkira2 mahu menjual segala perabot yang ada. dia kini ku lihat menjadi seorang yg multi tasking, pelajar, bekerja sambilan, membuat bisnes online menjual barangan bayi dan barangan lain serta rajin memberi status masakan apa yang dimasaknya. rajin sungguh dia ini memasak pelbagai resipi. ku lihat dr situ serta segala komen2 memang dia, suami dan anak sangat rapat antara satu sama lain..mana mungkin hati ini mahu percaya akan wujudnya sebuah kehilangan...

aduh teman...bersabarlah wahai dikau. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya. semoga ketenangan menjadi milikmu wahai teman..

~kepada mereka yang mahu melihat page nya di fb boleh click ke 'bebe maison'~

* please read her blog-http://www.meenyusuf.blogspot.com/*

Thursday, December 16, 2010

artikel yang bagus

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak

Oleh Zahir Zainudin

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

  • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
  • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
  • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
  • Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
  • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
  • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
  • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
  • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun

  • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
  • belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
  • kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
  • rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
  • kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

  • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
  • terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
  • perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
  • kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
  • pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
  • bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
  • mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

  • perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
  • kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
  • corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
  • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
  • Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

  1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
  2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
  3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
  4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
    Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
    Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

sumber dari laman ini

Wednesday, December 15, 2010

ajarlah mereka membaca

kebanyakan tadika masa kini lebih mempraktikkan kaedah bacaan secara pantas iaitu tidak lagi mengeja seperti kita masa kecik2 dulu. tidak lagi mengeja b.a=ba, j.u=ju -> baju. sekarang ni terus saja menyebut setiap sukukata dan membunyikan keseluruhan bunyi perkataan tersebut.

kami di tadika aulad juga menyediakan sebuah buku bacaan yang digunapakai oleh setiap guru dan kakitangan dalam memberi kemahiran bacaan kepada kanak2 ini. adalah sangat baik dan bagus sekiranya setiap daripada kanak2 ini juga membeli buku ini untuk dibuat bahan bacaan semasa berada di rumah. buku ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Buku 1 yang terdiri daripada perkataan2 terbuka (kvkv) seperti baba, cuba, meja, laju dll. dan untuk Buku 2 ianya lebih sukar dan terdiri daripada perkataan2 tertutup (kvkvk) seperti kakak, gelak, macam, sentuh dll.





dari blog puan pengetua

kebanyakan kanak2 yg berumur 4/5 tahun akan diberikan kemahiran asas iaitu mengenal bunyi setiap huruf2 konsonan. kami menggalakkan kanak2 menyebut bunyi huruf itu dna bukannya sebut huruf (pahamkah?) contoh..kita tak sebut abcdefg...tapi kita ajar bunyi nya iaitu beh..ceh..deh..feh, geh, heh..(konsonan) dan a-ayam, e-ekor, e-emak, i-ikan, o-oren, u-ular (vokal)--->sebut bunyi ye, bukan sebut huruf.

bila dah ajar bunyi setiap huruf..baru kita pasang2kan setiap suku kata. contoh..ba be bi bo bu
ca ce ci co cu da de di do du.....sampai habis. benda ni kena ajar ulang2 sampai mereka lekat di kepala apa bunyi sukukata tersebut. bila dah kenal barulah ajar perkataan penuh ye! semua ni adalah langkah-demi-langkah dalam perkenalan untuk mengajar mereka membaca. kebiasaan untuk kanak2 umur 5 tahun mereka diajar menggunakan Buku 1. akan tetapi terdapat juga mereka yang pantas membaca sudah boleh pula membaca Buku 2.

untuk Buku 2, ianya lebih diterapkan untuk kanak2 umur 6 tahun. perlu diajar sukakata tertutup sebagai persediaan untuk masuk ke darjah 1 nanti. untuk yang sudah mahir Buku 1, mereka hanya perlu menambah di hujung sukukata saja. contoh...ba+m=bam, ka+n=kan dll sehinggalah mereka boleh membaca perkataan seperti ini..tembam, jahat, contoh, lompat dll.



proses pengajaran membaca ini adalah proses yang berterusan sehingga ke hujung tahun. ini kerana untuk anak2 yg telahpun laju membaca mereka tidak mempunyai masalah untuk mula membaca buku2 cerita. tetapi untuk anak2 yang masih merangkak2 lagi membaca Buku 1 terutamanya mereka yg umur 6 tahun ni prosesnya memang mengambil masa ye. kadang2 mak ayah tak puas hati kenapa anaknya tak pandai2 lagi membaca. seperti entri yang lepas, setiap kemahiran kanak2 adalah berbeza dan tak boleh disamakan antara satu dengan yg lain. juga perlu diambil kira adakah anak ini mengalami simptom disleksia. pengalaman mereka membaca dengan ibubapa di rumah juga perlu diambil kira. jadi sekiranya mereka masih juga membaca Buku 1 sehingga penghujung kelas 6 tahun kami cikgu2 terpaksa pasrah dan bertawakkal dengan perjalanan anak2 ini ke darjah 1 nanti.

jadi, jika ada sesiapa yg berminat dengan buku keluaran tadika aulad ini bolehlah menghantar emel serta untuk sebarang pertanyaan di farra_f@yahoo.com semoga dengan entri ini dapat membantu para ibubapa serta makcik sedara/nenek ke untuk membantu mengajar anak2 ini mula membaca.


sekian.

Saturday, December 11, 2010

ke SARAKIDS

harini sabtu pagi2 lagi aku dah kuar ngan yana. kami akan ke SARAKIDS di ttdi jaya shah alam sana untuk kelas penyusuan. aku memang dah plan nak kuar awal sebabnya takut jem pastu nak mencari jalan lagi kan. kang tepusing2 tak jumpa jalan kang lambat lak sampai nya. alhamdulillah selamat tiba dengan panduan peta dari sarakids serta panduan arah dari member baik ku. dia cakap ada banyak gini lampu isyarat. sebabkan banyak sangat sampai aku dah termasuk simpang awal dari yang sepatutnya. selamat sampai sebelum jam 9. memang takde lagi orang lain kat situ.

rasa excited jugak sebab 1st time nak jumpa tuan punya blog yg aku dok baca slalu. huh..blog dia cukup menyentuh emosi la sampai kekadang tergenang2 air mata kan. dia tulis sekali ngan jiwa sebab tu la melekat di hati. masa nak kenalkan diri masing2 aku dah start neves. citer pengalaman sendiri pun rasa2 suara jadi bergetar gitu, haha!! apela. tapi bila dah lama2 masing2 pun khusyuk dengar penerangan sume dah jadik ok.

lepas makan dan minum2 sket aku tengok memasing dah mula kendur dah. yang mana bawak cik abg skali ku tengok dah mula resah gelisah. tepon belakang aku dah asik berdering2 je. memangla. kitorg duduk tengok slaid dekat 4 jam. dari jam 9.00 ke 1.00 tgh. tapi buat yg minat pasal nih memang banyak tanya. aku pun ade tanya gak. sesekali aku coret balik atas lampiran sebab nak tunjuk kat yana. dia boleh baca cuma nak kena terangkan konsep dan teori pasal bf nih. pastu ada gak tunjuk cara nak pegang anak patung (kengkonon baby la) tunjuk cara nak susukan bayi ikut pelbagai posisi. tapi spoil sket la sebab bila makin ke tengahari aku kena sakit pale pulak. tetiba je rasa berdenyut gitu. niatt di hati banyak lg persoalan nak ditanya pd pn farah tapi tengok dia pun tengah set nak tengok video di laptopnya dan ade beberapa org lg tengah menunggu beliau maka aku pun mintak diri dululah nak balik. tapi gambar wajib amek ye, hehehe..


gambar tak bape terang


huh..sungguh tak sesuai bergambar dr sisi..

apepun aku nak ucapkan terima kasih kat pn farah sebab dengan info yang diberi sikit sebanyak aku boleh salurkan kat yana. teori dah dapat. lepas nih tunggu nak praktik kan aje sebab teori ngan praktikal nih tak sama kan. tapi kuharap perjalanan yana untuk bf nanti dipermudahkan oleh Allah dan sekiranya berlaku masalah ku boleh dapatkan bantuan dari beberapa orang yang dah mengofferkan diri untuk membantu. heh..heh..terima kasih korg ye!

p/s : diingatkan bahawa yana adalah adik yg tidak boleh bercakap serta menggunakan bahasa isyarat. begitu juga dengan suaminya. harap maklum.

Friday, December 10, 2010

perkahwinan yang melangkaui negeri

mengabdikan diri kepada sebuah perkahwinan memang menuntut kesefahaman dan kefahaman yang tinggi tentang diri pasangan kita. kalau selama kita masih anak dara kita masih tak kisah akan apa yg kita buat dan lakukan. dengan siapa kita berkawan. bila kita berdating ngan pakwe ke nak tepon2 pakwe ke nak kena sorok2 takut ayah marah (la neh adik2 yg laki buat camtu mak ayah tak kisah pun), bilik kita nak bagi cam tongkang pecah ke nak bagi lawa2 wangi2 ke takde sape nak kesah (kecualila mak yg bebel2 bila masuk cek bilik). pendek kata..selagi tak terikat dengan sapa2 kita rasakan kita nih bebas dari sudut pandangan pilihan serta perbelanjaan (suka hati la kau nak buat ape ngan duit belanja kan). sebab bila dah kawin kanke banyak aspek kita nak jaga. pandangan suami, perasaan, tutur kata, perbelanjaan rumah. dan ini tak ambil kira lagi camne lak famili belah pasangan kita tu kan. tah boleh masuk ke tidak kita nih ngan keluarga baru. camne nak ikut dia punya budaya, tabiat, tingkah laku atau kebiasaan mereka. macam2lah nak kena amik kira bila dah kawin neh.

contoh la macam orang nak kawin ngan anak dara n9. sume pakat heboh dan kecut dan takut tanya sana tanya sini camne nak kawin ngan org n9. sebab sume dah ditakutkan dengan andaian bahawa org2 n9 dia banyak ikut adat. so jejaka2 yg nak kawin ngan anak dara n9 nih kena siap sedia awal2 ke hape ke. ek elle....ape la punya susah nak kawin. benda nih sume adat je. kalau dulu mungkin la ada ikut tapi zaman skang nih dah tak strict sangat dah. sebab ape aku cakap? sebab sepupu aku (anak paklong kek joseh), laki dia skang nih org bota, perak. huh..cukup susah hati dulu masa dia nak kawin ngan sepupu aku nih ha. last2 bila diorg tanya kat atuk aku yang dikira orang lama, atuk aku cakap takde ape nak disusahkan. dia pun takde nak ikut sangat adat2 nak kawin nih. heh..barula lega tengok muka diorg tuh kan. tak pasal2 kang tak boleh kawin lak antara jejaka dan dara nih..

contoh lain. orang kelantan. banyak member2 aku cakap yang orang kelantan nih tak suka anak2 dia dikahwinkan dengan orang luar. mereka lagi suka ngan kaum kerabat mereka saja. agaknya payah sangat nak campur2 ngan org luar kot. dan ini juga pernah terjadi kat aku zaman2 bercinta dulu (ceh!! punah jiwa raga masa tu!). kalau orang johor lak sapa2 nak kawin ngan anak dara mereka kena siap sedia hantaran serba satu-berdiri tau! maknanya detail sume lengkap kena bayar kat anak dara mereka. perghhh....memang masak la sapa2 kena mengadap mak ayah yang strict habis masa nak kawin nih.

aku?? alahai. aku pun memang kena kejutan maut gak bila masuk ke famili mertua yang dari taiping nih. diorg ni memang very-outspoken-and-out-loud gitu ye. nak2 bila time berselisih paham and saling tak setuju satu sama lain. boleh dikatakan yang orang dok ujung taman sana boleh dengar la diorg nih kala bergeseran. aduiiiiii...hai! sangat2 la berlawanan ngan mak ayah aku. ape2pun yang tak sependapat or bertelingkah masih boleh dikawal atau senang cakap...tak denjeres sangat la kan! walaupun aku nih jugak jenis yang out spoken and high pitch laser kat orang tapi bila masuk ke belah sana... alamak, memang terdiam la aku. tu sebab la aku jadik tak selesa bila time nak balik kampung sana. rasa macam nak cepat2 je balik bangi sini. asal balik je gaduh. asal balik je tak puas hati. baik aku duk sini senang lenang ngan mak ayah and adik2 aku lagi bagus kan. tapi apekan daya. abg ku jua nak melawat ayahbunda. terpaksalah kuturutkan jua. yang mana kena time diorg bergeseran tuh terpaksala aku buat2 pekak kan telinga. aduii..ai!!

hmm..kesimpulannya, bukan sedikit waktu yang kita boleh dapat untuk memahami orang lain/kaum lain/komuniti lain yang di luar daripada kelompok kita. ape nak dibuat. dah hidup perlu bersama2 dan bertolak ansur, terpaksalah direlakan jua. ku harap ibubapa yang lain tak perlulah terlalu strict atau mengikut adat yang ketat2 atau tak berapa nak perlu bilamana anak2 nak kawin besok ye. semoga dengan kemudahan serta kerestuan (?) dari mak ayah dapat mengindahkan lagi keharmonian perkahwinan anak2.

Thursday, December 9, 2010

hingga detik terakhir

hari ini ku mahu melangsaikan hutang2 di bank. usai kami balik dari hospital lepas check-up yana..solat sume, aku pun melangkah keluar balik. langkah pertama aku pergi ke cimb..mahu bank-in duit buat beli trial pek shaklee. arituh beli jenis serbuk punya 3-gems. la nih duit tak berapa nak ada tu yang beli jenis pil. ku-tak-reti-telan-pil-namun-apakan-daya-terpaksa-ku-telan-jua.. baru je melangkah kuar kete terus selipar ku putus! nasib baik ade 2 penyangkut tepi. putus satu ada satu lagi buat penahan tapi dah jalan seret2 la. aduh makkk...ni memang sah2 kena beli baru.

selesai di cimb aku terus pecut ke warta. memang nak gi sana pun sebab nak gi avon bayar and amik order. tapi alang2 dah putus selipar neh kena la gi carik kedai selipar dulu. alhamdulillah jumpa yg berkenan di hati dan rasa sedap nak makai nya. terus ku sarung di kaki buat pakai, muahahaha!!

ape nak buat. dah aku neh jenis suka pakai benda sampai usang2 dah rabak tak boleh guna barula ku tukar yang baru. setia la tu kan namanya, ahaks!! dari zaman ku sekolah dulu lagi ku bersikap sebegini. tak caya?? meh sini tengok itu gambar..


nampak tu di tepi selipar sudah putus?
huh..sungguh usang selipar ini!



tiba2 tukar baru daa..terus pakai!


ini sarung kamera ku. ku biarkan dia bergelumang
dengan tah-ape-benda-alah-dalam-henbeg-ku
!


dan ini juga!!

tak kisahla kan. janji selagi boleh pakai dan boleh guna akan ku guna hingga ke detik yang terakhir!! huahuahua!!

Saturday, December 4, 2010

bumi berpusing

harini kami akan balik ke perak. besok ada kenduri sedara. dah lama tak balik since raya puasa haritu. nipun mebi balik sampai awal muharram. saje abg nak lepak lelama kat sana. aku?? dalam pale otak nih rasa padat sgt nak plans ngan ideas pasal hias tadika pasal silibus tadika ngan famili program lagi ngan urus faris urus itu urus ini. ape jadik ngan tesis aku?? waaaaaa!! i'm stuck there. satu sem dah abis. allah..berilah aku semangat nak menghabiskannya. kalau tak bila kala aku nak grad?? adusss...

masa memang laju je bergerak tinggalkan kita. dari hari ke minggu. dari minggu ke bulan. aku yg kena gerak pantas. ni dah nak bukak sekolah. nak handle urusan bukak sekolah jugak. semoga aku dapat melalui semua ini.

see you after awal muharram.

Monday, November 29, 2010

adikku yang menunggu masa

yana dah balik ke bangi. dah seminggu. awal perancangan mak ayah nak amik minggu ni, cuti sekali ngan awal muharram. tapi dapat panggilan awal dr keluarga belah sana, maka dipercepatkan pengambilan yana. katanya kaki dah bengkak. maknya risau . aku kat sini takut sebab yana ni emo jugak. dia kalau sakit yang luar biasa dia mudah nangis. kotla mak mentua taktau nak buat ape. bila balik tengok perut dah makin besar. jalan pun memboyot jek, hehe..paling jelas hidung dia jadik besar. agak sembab naik ke hidung kott..

kami dah ke pantai jumpa o&g. doc cakap baby still ringan 1.7kg. yana pun berat masih lagi 48. hehe..cukup jauh beza ngan aku dulu. aku mintak permission doc nak masuk sekali dlm bilik besalin nanti. sebab ape dulu masa aku besalin mak tak berani tengok aku berdarah2 tu. mak tunggu kat luar. kalau aku ada boleh aku tolong yana masa nak besalin sebab laki dia pun tak boleh cakap. dua2 pakai bahasa isyarat. harap2nya masa saat tu tiba sume tuh boleh dilalui dengan baik.

persiapan lain, barang baby sikit2 mak dah beli. dah tau jantina baby girl, so adela beli sket baju girl. lain2 tu ade gak pakai baju faris yg kaler sesuai sket. barut ngan bedung ngan sarung tangan/kaki dah ade. aku dari awal memang dah niat nak tolong yana dengan ilmu penyusuan. aku nak train dia nyusu baby sejak lahir sebab masa aku dulu aku tak dapat pendedahan. so aku belikan yana barang penyusuan sket2. lapik B, pek simpan susu. and kena beli pam jugak sebab nak elak dari bengkak susu nanti. so pam nih aku share ngan kirin. beli dr member yg ade kat uk sana sebab dia kata barang baby dr obersea lagi murah dr malaysia. selain tu aku dah daftarkan yana ke kelas penyusuan pakar laktasi, farah farhan. aku tau yang aku tak reti guna bahasa isyarat ngan adik aku, tapi dia boleh paham kalau kita tulis atas kertas atau di skrin. jadi masa kelas penyusuan nanti aku rasa takde masalah. aku harap sikit sebanyak dapat bagi yana ilmu pasal penyusuan nih. berminat jugak nak dapatkan vitamin shaklee untuk yana. yg lepas bersalin punya tapi aku punya bajet memang terhad. aku-punya-vit-dah-abis-tak-beli2-lagi-pun-aku-taktau-nak-wat-cane, huhu!! ku tahu kebaikan vitamin shaklee untuk mereka yang baru bersalin dan sedang menyusukan anak. ku harap akan ade bajet lepas yana bersalin januari nanti.

nantikan berita lanjut dari kami..


Wednesday, November 24, 2010

jika anak tak tahu membaca

menjadi satu kebanggaan bagi ibubapa jika anak2 mereka sudah pun pandai membaca buku dengan baik, lebih2 lagi jika anak itu masih kecil dan masih belajar di tadika. selalu ibubapa akan membandingkan anak rakan mereka atau anak jiran mereka yg katanya dah pun pandai membaca tapi keadaan itu takkan sama dengan anak2 orang lain. atau kadang2 tak sama pencapaian itu dengan adik beradik yg lain. ya, setiap orang kanak2 takkan sama tahap pencapaian mereka ya. ada yg cepat pandai, cepat dapat. ada yg tahap sederhana baca pun slow sikit tapi masih boleh kejar rakan lain. ada pulak yg jenis sangat lambat terima ilmu, huruf pun tak kenal lagi. tak tau baca. menulis pun taknak. sibuk buat keje lain. hmm..jadinya, ibubapa haruslah selidik punca2 yg menyebabkan anak2 jadi sedemikian. cuba tanya cikgu kelasnya tentang sikap anak. rajin2 berkomunikasi dengan cikgu kelas. (kajian menunjukkan penglibatan ibubapa dalam pendidikan anak2 akan menyebabkan pencapaian mereka lebih tinggi berbanding ibubapa yang langsung tak amik tau pasal pendidikan anak2). jika dah beramah mesra dengan cikgu kelas dan dah dapat tau apa puncanya, mungkin boleh dapatkan pandangan ke2 daripada doktor pakar atau penasihat kanak2 tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.

sebenarnya, terdapat satu keadaan yang mungkin dialami oleh kanak2 yg amat sukar membaca dan langsung menghilangkan minat mereka untuk membaca. ini dinamakan 'disleksia'. disleksia ni masalahnya ialah...

1. kanak2 selalu tak dapat membezakan mana yg kiri atau kanan
2. selalu terbalik menulis huruf d dan b, serta p dan q (lihat di situ mirror image)
3. menulis secara tulisan jawi-iaitu dari kanan ke kiri. biasanya kita tulis rumi dari kiri ke kanan kan?
4. menulis perkataan secara terbalik ->
contoh, nama nya -> a d a m. dia akan nampak tulisannya m a d a
5. perkataan itu jadi berbalam2 dan bergerak2. (boleh cari di youtube tentang fakta disleksia)

dan beberapa lagi sebab yang membuatkan kanak2 ini jadi malas dan taknak membaca. oleh itu, bertindaklah dari sekarang dan sila kenalpasti dimanakah kelemahan anak2 anda. seeloknya anda cek kerja2 rumah anak walaupun balik kerja di malam hari. kebanyakan anak2 di tadika/taska dihantar oleh ibubapa yg bekerja yang tak pernah mahu melihat kerja anaknya, tak pernah mahu bertanya pada guru apa pencapaian anaknya. jadi anak itu sendiri akan hilang minat untuk belajar dan lebih gemar bermain atau mengacau kanak2 lain.

penyelesaian kepada masalah ini ialah samada ibubapa yg anaknya dah disahkan menghidap disleksia akan merujuk ke pusat disleksia di jalan ampang kl, ataupun melalui kaedah one-to one oleh guru dan murid ini semasa mengajar. memang lambat ye nak harapkan murid ini dapat membaca jika dilihat dari situasi /masalah mereka. tapi lambat pun akhirnya dapat juga mereka membaca setiap perkataan walaupun tidak selaju murid normal lain membaca.

oleh itu, rajin2kanlah melihat, bertanya, mengambil bahagian akan pencapaian ilmu anak2 anda walau sesibuk mana anda sekalipun, serta selalulah berjumpa dengan guru anak anda di sekolah.

Tuesday, November 23, 2010

tadika aulad taman jasmin

tadika aulad cawangan taman jasmin dibuka untuk sesi pendaftaran sekarang. silalah datang ke tadika untuk sesi pendaftaran mahupun ingin mengutarakan sebarang persoalan. urusan pendaftaran dibuka mulai jam 8.oo pagi sehingga jam 6.oo petang. urusan pendaftaran seawal yang mungkin adalah digalakkan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2011 nanti, bagi mengelakkan kesesakkan dan kerumitan di hari pertama sekolah nanti.

sekian dimaklumkan.

*saje je buh tajuk entri penuh, kasi senang sket org nak gugel*

Friday, November 19, 2010

aulad jasmin di facebook

tadika aulad cawangan jasmin telah membuka halaman di facebook. sila layari facebook dan cari 'tadika aulad taman jasmin'. halaman ini hanya untuk aulad taman jasmin saja.

sekian, terima kasih.

~err..puan pengetua..saya tak terdaya nak bukak laman aulad yang besar ittew ya! nanti ada 4 cawangan tadika + 2 cawangan nurseri. aaaa...saya belum mampu lagi~

Wednesday, November 17, 2010

berhati-hati dengan kanak-kanak

salam aidiladha.

hari isnin yang lepas semasa murid2 ni sedang buat keje masing2 (aku saja bagi keja walopun dah nak cuti), tiba2 ade la sorang budak ni sedap2 dia je cakap 'p*nt*t' ulang2 kali. sorang lagi kat meja sana cakap 't*t*k'. hai!! aku dah mula jegilkan mata. mana kamu dapat perkataan2 nih?? aku memang cukup pantang kalau sape2 budak cakap yang bukan2 or perkataan yang kotor2 nih. bila ditanya banyak kali budak tu cakap ayah slalu cakap benda tu kat rumah. laaaa...memang tak patut. yg budak sorg lagi tadi pun kabarnya dah biasa cakap benda tuh masa di taska. iskk..risau ngan bebudak nih. nilah akibatnya bila mak ayah becakap hal2 orang dewasa tak tengok anak kat keliling. ade sorang ni lagi la. suka bukak tv cenel omputeh. pepaham jela ade ape. pastuh penah dia cuba nak kiss kawan dia. tah kiss kat pipi ke kat mulut. dan memang tak heran sebab ayah dia jenis open, slalu pun gurau2 depan cikgu pompuan, gurau pasal wife dia, yearkk!!! geli aku!

beberapa taun lepas ade kes budak sini yg sama2 ada dlm bilik salin baju, laki ngan pompuan. dua2 bogel and si budak laki nih dah tunjuk kn anu dia kat anu budak pompuan. aku dengar hal tuh terus aku bebelkan pengasuh2 kat taska tuh, tanya nape tak pisahkan budak masa salin baju..takkan takde cikgu yg tengok masa salin baju..etc..etc..(aku kalau dah bebel mmg cam bertih)/ lastly aku call mak dia bagitau camtu camni. ends up....budak laki tuh banyak sgt tengok cd kat umah dia. cd yg tak sesuai langsung untuk budak2.

camnilah. benda ni pucuk pangkalnya pada mak bapak. camne jenis asuhan yang kita nak bagi kat anak2 kita. nak ke kita tengok anak kita jadik camtuh? terlalu open and dah cuba nak sentuh2 anu sejak tadika lagi? bukanke dah ade kes budak pompuan darjah 6 dah beranak kan anak luar nikah? and budak laki yg main isap2 anu kawan bawah meja? isy...sungguh terbuka betul dunia tanpa sempadan sekarang nih.

jadi aku nasihatkan ibubapa yang ada anak nak membesar nih tolong lah berhati2 masa bercakap or bergurau or bukak citer2 sensored atas 18 tahun. minda budak2 kecik nih terlalu lembut dan menyerap macam span. cepat serap air. cepat serap ape yg orang dewasa buat di sekeliling dia. tolong lah ye! asuhlah anak2 dengan cara yang bijaksana dan mengikut landasan syariah islam.

wallahu aklam.


Tuesday, November 16, 2010

berakhir sudah mereka di sini

alhamdulillah habis sudah sesi sekolah budak2 harinih. ngeh2...prinsipal kata hari selasa hari terakhir memandangkan di cawangan2 aulad yang lain muridnya dah sikit. ramai dah cuti. kalau ikutkan hari kamis jumaat masih lagi sekolah. tak kisah lah. kebetulan, harinih ade budak besday dia bawak kan jajan siap2 peket untuk sume bebudak tadika dan taska. best2!! rugila sape2 yg dah cuti harinih ye!

terharu jugakla ade parent siap datang bagi hadiah kat aku. sorg yg lain pulak bgtau kat cikgu mila suh cakap terima kasih kat cikgu farah pasal bagi anak dia pandai. dari taktau nulis sampai dah boleh nulis. dari taktau baca sampai dah boleh baca sikit2. ala........hai. berpasir pulak mata aku neh ha. budak yg besday tadi pun mak dia ade bagi spesel present kat cikgu2. kasik brooch. tq..tq!! tak banyak mana yg dapat ku kasi kat budak2 nih. alhamdulillah majoriti murid ku 6 tahun dah pandai membaca melayu dan english, serta agak mahir kira maths guna mental arithmetik. ade beberapa org je yg belum pass lg. tapi kemahiran asas mereka telah pun diberikan. jika mereka tak pandai yg ni, mereka pandai yg belah agama or hafazan plak. Allah itu Maha Kuasa..

jadi..ini adalah sorotan aktiviti yang ku jalankan sepanjang tahun ini bersama2 dengan mereka. untuk taun depan aku dah tak mengajar dah ye. syukur kerna cikgu mila dah boleh handle aulad jasmin. kurang beban aku taun depan, insyaallah..



antara anak murid di awal tahun


kegiatan sewaktu kelas & acara sukan



jamuan murid setiap bulan atau hari istimewa &
sewaktu mereka menulis di dalam kelas


murid 6 tahun ini insyallah akan dapat meneruskan pembelajaran mereka semasa darjah 1 nanti. pesanku berkali2 pada mereka, buku jangan lupa dibaca. baca juga suratkhabar. kalau boleh cariklah buku english peter&jane kerna buku itu bagus untuk bacaan english mereka. semoga mereka sukses bila mula penggal baru nanti.

sekian..

Sunday, November 14, 2010

majlis kenduri melaka-2

kami tiba di rumah makngah menghampiri jam 11. duduk2 dulu dengar makcik2 bermarhaban kat dalam rumah. dah selesai bacaan yasin terus sume ke meja makan, makan2. belum nampak lagi kelibat makteh dan acik. dah makan masing pun gerak la tolong tuan rumah. ayah jadik wakil tuan rumah sama ngan makngah. tunggu depan orang datang sambil sembang2. mak ngan mak ude tolong rewang2. aku dan imah ke dapur angkut makanan pengantin. adik, basyir duduk2 sama ngan ayah. kirin? ceit...godek2 henpon baru-desire. hoh..jeles aku! ~budak2 nih sume ade touch skrin~ man? ade ke patut gi tido kat surau...

gambar pengantin sanding/makan tak dapat snap la. taktaula kot mak ade snap ke tak. lambat nau diorg mula. menjelang tengahari memasing dah berkerut2 tahan panas and baju melekit. faris pun dah gelisah. nak lepak umah nenek, pak usu dah kunci pintu. mak suh gi surau je. lepakla sampai zohor. pas zohor barula diorg sume yg lain tuh tiba.
















mak ayah and makngah


ni pak ude. dari dekat banyak iras ngan ayah

petang bila dah selesai, nak bertolak balik nih. alih2 ayah sajes makan ikan bakar, yahooo!! baru je kitorg nak berenti kat ayer keroh beli mcd. kali ni ayah ke medan ikan bakar anjung batu, serkam. wahh..bagus dia punya servis! tak macam masa makan dengan pak ude, mak ude dulu. masa lawat arwah pakngah tu. tahape2 tah tempat dia. servis lambat. makanan tak sedap. minum tawar. hidang pun tak ori la cam tempat ikan bakar lain. cara makan ikan bakar di melaka....kau kena makan ikan bakar cecah kicap cili dan dimakan sekali dengan nasi lemak bungkus. yg ori punya. tak payah ayam ikan ape. yang lain2 tu sampingan la. pehh..nasik lemak bungkus kecik memang takkan cukup satu ye! tu la kedai tuh dia gi buat stail hidang a la carte..lenkali gi sini ye. bagus dan pantas servis di sini.




sotong sampai dulu. ngap la. nasik lemak dah makan satu. lapar neh!


















selesai solat jamak dan qasar kat surau depan tu, kami pun bertolak pulang ke bangi. dengan perut kenyang dan puas hati. erkkk, alhamdulillah...
Posted by Picasa

Friday, November 12, 2010

majlis kenduri melaka-1

12/11/2010..kami ke melaka. kenduri kawin sepupu. anak arwah pakngah yang baru meninggal 2 minggu lalu. katanya kenduri terpaksa diteruskan. kad pun dah jalan.

kami naik 2 kereta. mak ayah dan budak2 boys tu dah betolak tengahari. kitorg bawak maklang and makteh-pegi petang sebab diorg keja. sebelum bertolak dapat tau diorg dah start majlis nikah belah petang. lorrr..org dah gosok baju neh. ingatkan malam kang majlis nya *mebi ade kesilapan komunikasi mana2 kot, sebab mak pon taktau majlis nikah mula petang*

kitorg sampai magrib. bertemu mak ayah di rumah makngah. diorg baru lepas bershopping di jusco ayer keroh. ade plak budak neh bawak jins rabak2 nak gi majlis sok, appa la..terus ayah tanya kat makngah ade makan2 ke? hehe..walopun nampak macam tetamu-tak-tau-malu-terus-mintak-makan....tapi hakikatnya kami memang lapar. hehehe..takpe. makngah dah paham dah ayah cenggitu.

okla. besok citer lain plak yeaa. skang nih kami berehat2 di apartment di bandar melaka. dah ramai2 neh tak muat kat umah nenek sana. ngan famili makteh, famili acik. pak usu sekeluarga memang dah tinggal sana.

ok. see ya!!

Tuesday, November 9, 2010

bila keras itu mulai lembut

ohh..aku masih lagi dalam jiwa 'blues'. sedih2 syahdu2 gitu kan. orang kata hidup ini ada pasang surutnya. rasanya inilah masanya aku punya surut. nak melawan balik pun tak patut. jadi aku diamkan saja. tapi, dalam time2 gini syahdu nian tu memang tak dapat nak dibendung lah jadinya. sampaikan bila tengok movie ke citer yg emo2 nih memang terkesan la dalam jiwa ragaku ini, ohh..susah betul!

aku sememangnya seorang yang keras. pada aku hidup ini cuma ada hitam dan putih..betul dan salah. kalau kau buat keja betul, aku sokong. aku takde masalah. tapi kalau kau buat keje tak betul, dan aku dah cakap berulang2 kali cara buat keje yg betul tapi tak diikut..ha, bab nih memang aku akan melaserkan mulut ku ini ye. takde di pertengahan. slow talk ke. kau buat keje kau betul, thumbs up! aku akan puji. memang aku tak nafi ramai yg tak dapat terima dengan cara aku nih. yg nangis2 ade. yg memberontak ngan aku pun ade. yg cakap belakang ramai, tu toksah kiralah. aku? pedulik hape. aku bila time keje aku buat betul2. dan aku expect diorg pun buat keje dengan betul. kau buat salah..terima la sedas dua kata2 laser dari aku.

namun begitu, sape sangka di sebalik hati nan keras dan mulut laser aku nih, aku memang sah2 seorang yg sentimentol. gila pula sedihla bila nengok citer bab sedih2 nih. tergenang2 airmata. sampai meleleh pun ade. citer ape kau nak? citer hindustan-mann. puhhhh!! tangkap leleh kau. tengokla dr mula sampai abis citer. kalau tengok sensorang takpe. nangisla puas2. kalu tengok ramai2 satu family? cover baek punyala kan bila mau nangis. lagi..dulu kat tv3 ade citer kemanusiaan, ape-ke-namanya-aku-pun-tak ingat. pasal org susah anak melarat sumela. yg faiza beras tuh jadik sponsor. huh..tak sanggup aku nak nengok. melekat sesak napas aku nih dibuatnya. kensel terus tengok tuh. citer ghost whisperer...memang sedih bila bab akhir masa melinda dapat solve kan mslh org/keluarga. melinda pun tergenang2 la air mata dia. sedih..sedih..lastly, yg terakhir nih. citer realiti Giulianna&Bill- ala, host E! entertainment tuh. laki dia dulu jadik peserta The Apperentice ngan donald trump. bebaru nih ade siri diorg nak sangat ade anak, dan buat beberapa treatment bermula ngan suntikan-tak berjaya. pastuh buat ivf-berjaya hamil tapi akhirnya tak jadi. diorg punya emosi tu..begitu mengganggu jiwa raga nih. pengalaman diorg masa buat ivf..very the touching u know. last2 bila kandungan tak jadik tuh lagila rasa cam nak turut nangis sama. kesian jugak kat org yg payah nak peknen nih. buat aku insaf dan sedar akan kekuasaan Allah.

apepun, mereka yg mengetahui akan diriku ini, tau aku juga punyai sifat yang baik dan penyayang. cumanya aku takkan tunjuk rasa suka2 aku kat sape yg aku tak kenal sangat pun. contohnya masa dalam perkenalan. kalau kau buat ok..aku pun okla. tapi masa tu la kau buat perangai..sorry to say, u deserve it!

heh..tapi takleh aplikasi kan kat cik abg. aku pulak yg kena.

see ya!

Monday, November 8, 2010

celaru

aku dihambat kemalapan
kekurangan rasa dalam menitip kata
seakan terjunam ke kancah berduri
nun di tepi cenuram itu

sewaktu letusnya debu sang merapi
diwaktu meruahnya bah di utara
seia jua rasanya hati
perit dan sakit
tapi..rela kukambus di celahan lahar
kubenam2 ke dasar lumpur
sendat dan padat

tambah satu lagi cerita
dalam hidupku ini
yang kini warnanya kelam
namun ku pasti sinarnya suria
mencelah mengintai di balik letusan debu
menyinari malapnya hati..

~entri hati rawan~

Monday, November 1, 2010

konvo tadika 2010

tadika aulad berkonvo lagi. kali ini kembali semula di Dewan Anwar Mahmud ukm lepas berkonvo di tempat lain. taun lepas di dewan estet ke ape namanya dekat kwsp berhampiran komuter ukm. huh..berpeluh jugakla nak menyiapkan budak2 punya latihan konvo nih. ermm..kami mula betul2 seminggu sebelum konvo. aku jadi tak keharuan masa minggu exam dan minggu hafazan haritu. mintak2 untuk taun depan jarak antara exam ujung taun dan konvo jauh sikit. boleh bagi ruang masa untuk praktis. ye, branch aulad lain mungkin dah lama start sebelum pekse. tapi aku takleh nak buat. tapi, bila dilihat pada 2 persembahan dari budak2 jasmin tadi, aku rasa okla, boleh buat aku jadi bangga kesenyuman seketika ye. kami takdela buat havoc mana. cuma mengalun zenarai zikir yg memang dilagukan setiap hari. cuma kena susun susunannya zikir nya saja. satu lagi sesi bercerita english. walaupun budak itu adalah lambat membacanya (citernya pendek je. cuma budak tu bersenang lenang je masa baca), kira aku rasa alhamdulillah lah rasa ok. tengok jelah gambar2 ye.




ni tengah redi nak mula. tunggu persembahan aulad lain dulu. cikgu pun nerves ape. dug-dag-dug-dag je rasa.


ni budak dah mula buat persembahan. dah tak betul dah susun atur. pantang nampak mik tuh memasing dah macam cacing panas. habis aku punya barisan. tengok sendiri la yg belah kiri sana. belah kanan sorang nih memang dia pemula-ketua la lebih kurang.




satu lagi persembahan cerita. dibantu oleh 8 orang rakan lain. budak tu la yg tukang cerita. tu bapak dia baju merah geram jugak kat anak dia baca cenggituh. yg lain, memasing dah takleh duduk diam lepas abis persembahan. lama lagi nak abis tunggu turn tadika lain. terselit jugak diskusi serius dengan cik ani. ala...budak sorang nih dia lama tak datang pastu baru datang. nama dia pun tercicir la dari senarai sijil. nak pinjam jap sijil budak cik ani. budak tu tak datang.



ni budak2 dah pakai jubah konvo, sedang beratur menunggu giliran. lama betul tunggu turn jasmin nih. budak bangi saja 4/5 kelas. perdana, mesra lagi. masa nih aku tak pasti bila giliran jasmin amik sijil. aku suh budak2 nih duduk dulu. tetiba je cik mc panggil budak jasmin terus aku tersedar dan bawa budak tepi pentas untuk naik. huh..baris pun dah terabur. susah nak duduk dlm baris la budak2 nih.



eh..eh! faris pun datang konvo jugak lah. hehe..gambar la. aku nih pantang pose depan kamera. dari zaman aku skolah dulu lagi. siap bagi gaya bagai kan. tetiba lak gambar kelas muka aku jadik lain, ciss!!! sungguh tak cantik betul bila acik potograper tuh meng-edit2 gambar kelas aku tuh. apepun aku suka gambar2 natural camnih. ok ape muka aku kan..

oklah, semoga kita dapat berkonvo lagi di taun depan ye. babai!!!

Tuesday, October 26, 2010

hilangnya ahli keluarga, suatu tanggungjawab

hari ini kami kehilangan..

keluarga ayah kehilangan lagi. pakngah kami meninggal dunia awal pagi tadi. kabarnya jam 4 semua keluarga dah diberitahu. keluarga kami, keluarga makteh, keluarga acik, dan keluarga pak ude. keluarga pak usu memang tinggal sebelah rumah makngah jadik mereka dah tahu. usai subuh, menjelang jam 7 dan 8 makteh dan acik meredah sejuk pagi ke melaka. aku? baru diberitahu bila aku tiba di rumah mak masa hantar faris. sepanjang perjalanan ke tadikan aku berpikir2 nak kena pegi nih. aku pun tepon abg dan bagitau pasal nih. abg suh kami bertolak ke melaka jam tu juga, tapi aku menolak sebab aku tengah train budak untuk konvo, tambah pula takde guru lain yang dapat mengganti budak kelas aku sebab cuma aku dan mila saja guru di situ.

tapi bila aku tiba di tadika, ku lihat sudah ada seseorang muka baru yang dah tiba. alhamdulillah. orang ini buat menggantikan 'orang itu' yang dulu tu. lega sikit hati sebab dah boleh balik cepat untuk kami bersiap2 ke melaka nanti. cumanya aku train budak sampai rehat, and waktu rehat jam 10 aku keluar sambil meninggalkan kerja untuk dia handle budak2 aku. cikgu baru tu tolong kelas mila kejap. aku pun balik makan dulu (tak sempat makan pagi. lapar daaa..), kemas2 beg kami, beg faris. siap. cuma menunggu abg je tak sampai2 lagi. at last, kami bertolak dalam jam 11.40am dan tiba di kampung ayer molek jam 1.00 lebih (singgah dulu mkn tgh sbb kat tempat arwah takkan ada makan2 kan). oh ya. masa kami dah nak sampai ayer keroh, mak ayah dan imah dah pun bertolak balik ke bangi sebab ayah ade kelas di upsi pada petang tu. lepas jenazah dikebumikan diorg pun balik. maknanya kami tak sempatlah berjumpa ngan arwah. (tapi kami dah melawat arwah di CCU hosp melaka masa malam kemalangan bas ekspress dulu).

cerita penykit pakngah dan berapa lama arwah berada di hosp tidaklah berapa detail aku ketahui. cuma gitu2 saja sebab urusan org2 yg lebih tua biasanya mak ayah yg lebih tau. ni pun bila dah selesai semuanya aku masih terdengar lagi cerita2 akan terkurangnya dan ada perkara2 yg tak sepatutnya dilakukan. tapi aku takmau mencelah lebih2. cukup sekadar mendengar. cumanya ape saja yg dikabarkan biarlah ianya menjadi tauladan dan iktibar buat kita (termasuk aku).

apa yg aku tau..

-seeloknya sebagai anak, perlulah tahu tentang siapa yg akan menguruskan jenazah, yg akan memandikannya, nak buat solat jenazah di mana, nak dikuburkan di mana, dan siapakah org2 terdekat untuk menguruskan tahlil dan yang berkaitan. banyak yang mengikut adat dan resam dan bukannya mengikut hukum yg betul.

-seeloknya kita belajar tentang selok belok pengurusan jenazah. berminat juga nak ikut serta kelas2 sebegini jika ada.

-berpesan2 sedari awal kepada anak2 atau waris tentang hajat di hati tentang kematian kita. contohnya nak dikebumikan di mana, nak guna kain apa (dah beli siap2 macam seniwati umi kalthom dah siap sedia kain kapannya supaya senang anak cucu nak kapankan dia. pernah keluar di akhbar hujung minggu utusan), kenalan2 surau atau masjid yang perlu dikenali oleh anak2 kita jika sekiranya berlaku kematian.

-adi beradik sama2 belajar tentang pengurusan mayat. sapa yg nak memandikan jenazah, yang nak solatkan jenazah, yang nak maklumkan pada pihak masjid/surau, yang nak menguruskan kenduri tahlil dsb.

aku sedar aku masih lagi kurang ilmu pengetahuan dalam bab2 sebegini. bila ada isu yg timbul selepas selesainya urusan pegkebumian ianya tidaklah nampak elok dan sesuai dilihat oleh saudara mara terdekat. sekiranya kita mempunyai ilm sedikit sebanyak ianya membantu kita dalam hal2 yg wajib seperti ini.

~ingatan untuk diri sendiri juga~

wallahu aklam bissawab..


Tuesday, October 19, 2010

aku yg tak terdaya

hmm..
penatlah
otak penat
badan penat
rasa tak bermaya
dan tak berdaya (?)
minggu yang sepatutnya dah abis pekse
kena melayan lagi murid yg tak abis2 pekse
satu bhg kena tengok mereka yg slow ini
satu bhg lg kena buat hafazan pulak
satu bhg lg kena entertain murid lain suh buat kerja yg diberi
i'm not a bionic woman
cuma manusia biasa yg rasa tak cukup kuat
urghh!!
pikir pasal latihan budak nak konvo hujung bulan ni
pikir ape kerja nak dibagi supaya diorg nih tak buat hal
sementara tunggu yg jawab pekse habis menjawab
tesis aku mmg dah ketepi la
nasib buat 2 sem
rasa2 cuti sem ni + sem depan la kena pulun buat

aku dah aply ngan big bos
taun depan takmo dah ngajar budak
sementelah dah dapat org baru
pengganti 'minah senget' yg cabut lari tu
tu lg buat aku pening kepala
ahh..biarlah dia

rasa dah tepu nak ngajar budak
kena pikir dia punya silibus lg
kena handle kerenah budak yg macam2 + ramai dalam satu2 masa
aku mmg tak terdaya nak handle reramai
aku suke murid dlm 4/5 org je
insyaallah nanti balik semula ke bhg pengurusan sepenuhnya
bukan saja di jasmin
malah ke semua cawangan aulad
aku lebih suke gitu
urus rekod, yuran bulanan, kutip yuran
boleh juga bukukan silibus mengajar
fokus tu je selain dari pikir nak ajar kelas
aku surrender..
tak sabar tunggu taun depan
biar buat keje lain lak

Sunday, October 17, 2010

nak tak tengok anak kita pandai?

salam..

skang nih budak2 hampir keseluruhannya dah habis pekse. cuma tinggal 2/3 org je yg belum habis lagi kertas. mereka ni yang agak slow sket dlm pelajaran. kena bacakan soalan pekse satu-satu. ada juga yg masih lagi tak boleh membaca samada bm/bi, kenala bacakan ayat yg dituliskan. cumanya pilihan jawapan tu buat sendiri la. kekadang terpaksa bacakan semua sekali ayat yg diberi. tak boleh baca satu-satu sebab nanti dia tau jawapan mana betul mana salah. payah juga kalau kes camni. terpaksa bahagi dua perhatian. satu utk mereka ni, satu lagi utk murid lain yg dah abis jawab. tidak kalu...alamat bising la lintang pukang kelas. kena bagi kerja lain utk mereka. insyaallah lepas ni nak mulakan latihan untuk persembahan hari konvo ujung bulan nih. kena intensif training la hari2, sebelum dan selepas rehat ye.

perkara yang ingin ditekankan di sini ialah pentingnya memberi pendidikan awal untuk anak2 di rumah. ibubapa yg ada di luar sana, eloklah sekiranya memberikan perhatian kepada anak2 masing2 dari aspek kemahiran asas menulis, mengenal huruf rumi/jawi, mengenal perkataan mudah macam -> cat, lion, dog, ant...mouth, ear, eye, nose, serta -> buku, saya, baca, ibu, mama, papa dan lain2. semua aspek2 ini jika diberi perhatian dari awal sebelum mereka memasuki pra sekolah, akan memudahkan semua pihak iaitu ibubapa sendiri, guru dan juga kanak2 itu. sebabnya ialah jika mereka dah ada kemahiran asas, mereka akan rasa lebih seronok nak belajar bila tengok kawan2 lain sume dah pandai menulis, pegang pensil, mewarna dll. akan tetapi jika mereka ni takde kemahiran asas, masa ni la baru terkial2 taktau camne nak pegang pensil, taktau cara menulis, taktau mewarna, tengok2 saja kawan2 baru lain buat kerja. kan tak seronok camtu kan.

antara kemahiran asas yg boleh dibuat di rumah..
- bagi pensil satu..suh budak tu conteng2 atas kertas. latih cara pegang pensil yg betul
-bagi pensil warna. bagi kertas besar/sketch book. contengla banyak2.
-bagi plastersin. biar dia belajar memicit, menguli, memintal, membulat
-bagi kertas tak pakai. biar dia belajar mengoyak. koyakla banyak mana pun
-bila dah besar sket, bagi kertas dan gunting. biar dia belajar gunting bentuk
-beri ape2 benda yg berbentuk. suh budak tekap bentuk tersebut
(ni nak bagi mahir jari. supaya nanti senang jari dia nak menulis)

main..
- blok. dia boleh susun2 ikut suka hati dia. gasakla nak besar dulu? kecik dulu? saiz tak betul? biar dia buat
-mainan ikut bentuk. boleh latih dia masukkan mainan ikut bentuknya dan masukkan ke dalam bekas
-mainan ikut kaler. boleh ajar dia kenal ni kaler ape.
-mainan kenderaan/boleh gerak. ni boleh ajar dia menarik dan menolak
-mainan berbunyi. supaya dia ni peka la dari mana bunyi tersebut, jenis bunyi tu. bunyi binatang ke, hon ke ape ke.
-blok bernombor. boleh ajar dia tentang nombor. bagitau dia, blok ni no 1, blok ni no 2 dll..
(ni nak bagi mahir ingatan. kognitif org panggil. supaya dia boleh pilih dan asing benda, dan juga boleh pikir ni apedia tu apedia)

baca..
-boleh tunjuk buku kecik. buku binatang, buku kaler, buku alam s/jadi dll yang ada gambar, perkataan mudah. lagi bagus yg ada bunyi. senang dia tangkap ni bunyi ape tu bunyi ape
-boleh bagi flash card mudah. *macam perkataan di atas*
-boleh juga bercerita tentang apa juga buku yg ada. buatla mimik2 muka sket kan.
(ni nak bagi mahir baca. boleh juga guna utk belajar jawi/agama)
*ade parents di jasmin dia bagi anak dia dengar cd doa dari kecik, ayat qursi, doa harian, bacaan solat. bila dah 5 tahun ni sume bacaan anak dia dah boleh ikut walaupun baru masuk sekolah. bagus cara mak dia nih.

jadi harapnya ibubapa dia luar sana boleh praktikkan cara2 simple ini ke atas anak masing2. biarlah kita ajar dari awal kemahiran asas2 ini sebelum mereka masuk tadika. tak senang kalau gitu. kita pun bangga tengok anak kita lebih pandai dari budak lain kan..

~kaedah di atas adalah daripada hasil pengajian ku yg dicedok daripada ilmu pengajian awal kanak-kanak dari universiti malaya ye. diploma pendidikan (2006) dan master awal kanak2 (2008-...er, belum grad lg. tesis tak siap2 beb..)

~kaedah ini juga akan ku praktikkan pada faris. yela, kita belajar macam2 teori, macam2 kekdah. tapi nak buat tu kena kuat semangat. syukur skang nih faris dah boleh ber 'speaking london' uu. hasil ajaran nendanya big bos tadika. yela tadika pon basaha pengantar bi kann..aku ikut jer, hahahaha!!

Tuesday, October 12, 2010

tak habis-habis nahas bas ekspres

kemalangan bas ekspres pada ahad kelmarin menambahkan lagi siri2 kemalangan yang melibatkan bas ekspres sebelum nih. langkah2 pencegahan dan pemantauan nampaknya tak menunjukkan pengurangan dari segi kemalangan. kenapa asik2 bas ekspres saja yang asik kemalangan? tak terpikirkah pemandu itu tentang nyawa2 yang dijaga olehnya?

pada malam kejadian aku juga turut sama terlibat dalam kesesakan di sana. aku dan abg satu kereta serta mak ayah satu kereta dari melaka mahu pulang ke bangi. kami ke sana atas urusan keluarga. usai kami makan2 ikan bakar di serkam kami bertolak pulang jam 11 sudah di atas lebuhraya. baru saja kami melangkar keluar dari tol ayer keroh dalam setengah jam perjalanan sudah ternampak panjangnya jem dari arah kami ke kl. nasib baik aku mendengar radio yang menyatakan terdapat kemalangan di hadapan dan mereka menyuruh sesiapa saja keluar dari kesesakan tersebut dengan mengambil jalan keluar ke tol simpang ampat dan kembali ke tol pedas/linggi. aku yang mengambil alih tugas jadi driver tak sanggup nak keluar ke pekan malam2 nih takut tak tahu jalan. sudahnya kami redah saja jem yang penjang itu. mak ayah sudah ke tol simpang ampat bila ku beritahu. mujur mereka tidak menempuh jalan jem tersebut.

lama jugala nak jalan tersenggut2 tuh. dalam sejam lebih jugala penat kaki nak kawal enjin. auto2 pun sama jugak penatnya. sampai2 je kat kawasan kemalangan (arah ke selatan) nampak bas ekspres dah terbalik dan sedang diangkat bumbungnya menggunakan kren. aku tengok sekali imbas saja. tak sempat nak toleh lama2. dah lepas tuh terus aku pecut carik tempat henti sebab dah tak tertahan nak terkucil dah masing2. bila kami berhenti di stesen minyak abg ade terjumpa sorang uncle nih yang berjalan kaki jauh dari tempat keretanya rosak. dia yg dari kl ke selatan turut jem teruk, dan tak sangka akan jem sejauh itu, sampai tangki minyaknya kering kontang. sanggup redah ke jalan kami bawa botol2 mineral kecil nak isi minyak. banyak juga nampak kereta2 tersadai tepi2 jalan sepanjang jem tersebut.

tapi yang baru ku tahu, sekarang ni seperti dah jadi satu trend pula dimana bas2 ekspres yang lalu malam2 memang akan dipandu laju, dan dia pula tiba2 nak jadi raja akan bagi lampu tinggi pada sape2 yang mengganggu laluannya. aku pun kena juga malam tu. tapi sebelum kena jem. bas itu kunampak laju di belakang guna lane kanan. sekali ada kereta bagi lampu tinggi padanya dia terus ke lane tengah dan tiba di belakang kereta ku. eh tiba2 pulak dia bagi lampu tinggi kat aku suh ketepi. apehal bas nih bagi2 lampu kat aku kan. lane tengah yang kau nak potong2 wakpe. ko nak potong ko la ketepi potong tempat lain. aku ngomel sorang2. lepas tu bas tersebut terus potong dari kiri dengan rapatnya. berderau juga darah masa tu. bila dah bukak fb dapat tau memang sekarang ni bas2 banyak buat camtu (bagi lampu tinggi di lane tengah) aku jadi terdiam dan tergigil seketika. mujur Allah lindungi kami semua. mak pun ngomel2 tanya nape tak ketepi saja. jangan dilayan bas yang camtu. kena sayang nyawa sendiri. silap haribulan kereta kita disondolnya.

aku amat bersimpati dengan keluarga mangsa dan kereta2 yang terlibat dalam kemalangan tu. satu kenderaan yang buat hal habis kereta lain yang jadik mangsa. akibat tempuh jem yang lama kami sampai di bangi jam 2 lebih, dan besoknya aku bekerja dengan mata yang penat dan kepala yang rasa berpusing.

hai..bas ekpres!

Sunday, October 10, 2010

perlukah murid kurang normal belajar bersama mereka yang normal?

apakah patut kanak-kanak yang kurang upaya (mental) mendapat pendidikan di sekolah biasa ataupun perlu ditempatkan di pusat pendidikan khas?

persoalan ini sering bermain di minda semua. samada para ibubapa, guru mahupun mereka yang mengambil bidang dalam bidang perguruan. jika di sekolah rendah terdapat sekolah integrasi dan sekolah pendidikan khas. namun di peringkat prasekolah masih terdapat kekurangan dari segi prasarana dan tenaga pengajar. di beberapa bahagian kawasan yang penduduknya berpendapatan sederhana mereka tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak istimewa ini ke tempat khas sebaliknya menghantar ke tempat belajar biasa untuk anak-anak mereka

perkara ini juga berlaku di tadika ku di aulad jasmin kajang. semenjak tadika ini beroperasi lebih sepuluh tahun lalu hampir setiap tahun akan terdapat murid2 yang kurang normal ini dimasukkan ke sana. antaranya..yang mengalami autisme, adhd, lembam dan yang terbaru perkembangan mental yang perlahan seperti umur kanak2 muda padahal umurnya sudah mencecah 6 tahun. bagi murid2 yang 'bermasalah pembelajaran' hampir dikatakan setiap tahun ada. lambat menulis, lambat 'pick-up', tidak mahu bersosial, tiada kemahiran asas dan sebagainya.

pada mulanya kami di sana gusar dan khuatir juga tentang bagaimanakah rasanya penjagaan dan pengajaran mereka ini. menurut makluman ibubapa kebanyakan mereka ini sudah boleh berdikari cuma mereka memerlukan aspek pendidikan serta pergaulan biasa dengan kanak2 normal sahaja. bila masa berlalu, didapati mereka ini boleh mengikut dan mengaplikasikan pengajaran yang dibuat.

contohnya, murid autisme memang akan berlari2 ke sana ke sini tak mahu diam. janganlah disuruh duduk saja buat kerja memang tak akan dilakukannya. tetapi dalam masa yang sama mereka ini akan mendengar sesi pengajaran guru dan sedikit2 apa yang diajar oleh guru kepada kanak2 lain akan diserap oleh mereka ini. seperti pengajaran matematik yang menggunakan kaedah mental arithmetik yang memerlukan penggunaan jari asas, mereka dapat mengira di bawah no 20..pembacaan surah2 lazim secara harian dimana pernah seorang murid ini tiba2 menghafal surah2 yang dibaca setiap hari itu..serta mengikut pembacaan buku yang menggunakan kaedah baca pantas-ba be bi bo bu..ini baba ini bibi ini bubu. pergaulan dengan rakan2 juga semakin baik hari ke hari memandangkan rakan2 yang lain juga boleh bermain bersama dengan mereka. cuma cabaran yang perlu dilakukan ialah mendidik kanak2 normal tentang kelainan mereka ini serta mengelakkan mereka daripada membuli atau bergaduh dengan mereka disebabkan keadaan diri mereka yang tidak normal. jika diasuh setiap hari mereka yang kurang normal ini dapat berdikari serta faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta mendapat serba sedikit pendidikan yang diajar oleh guru.

pendapat saya..kanak2 kurang normal ini boleh saja dimasukkan ke pusat pendidikan normal akan tetapi perlulah bersyarat..
-tidak boleh terlalu ramai di sesuatu pusat
-jika ramai perlukan seorang guru khas. nisbah yang patut ialah 1:5
-guru khas ini perlu dilatih dan diajar tentang keperluan murid2 khas ini

jadi..apakah pandangan anda? sila kemukakannya. *jika sudi :)*

sekian.

~cellamak...ayat macam dah karang satu asgmt daa..~


Wednesday, October 6, 2010

seorang adik yang masih muda

orang kata harimau mati meninggalkan belang
orang mati meninggalkan nama
harap2nya nama yang ditinggalkan tu adalah nama yang baik
nama yang bersih
jangan tinggalkan nama dengan kaler yang pelbagai

orang tinggalkan nama ni tak semestinya dia dah mati
yang masih hidup juga tinggalkan nama
masa dia pindah
masa dia bersara
masa dia bekerja
dan masa dia berhenti kerja

tapi..ini bukan namanya berhenti kerja
ini 'cabut lari' namanya
hmm...
tanpa adab dan pesan pada prinsipal
yang membayar gaji setiap bulan

kerjanya bagus di waktu mula
tetapi semakin membuatkan aku geram di akhirnya
harus ku geleng kepala
mana taknya
cuti kerap diambil
kata sakit, balik kampung, malah dikabarkan dirisik di kampung
yang akhirnya nan 'ado'
kerna dicari seisi keluarga
dimanakah perginya sang bunga

adik..
hidup ini masih panjang
saat umur dikau ini
hanya mahukan keseronokan
kebebasan juga wang ringgit
ku fahami jua kerna ku pernah muda
tapi bukannya di waktu kerja dikau bermain kata
membuka 'lappy' sepanjang masa
bilakah masanya dikau mengurus mereka?
yang mahu ke tandas, makan dan minum?
serta dilihat kerja sekolahnya

hmm..
semoga kerjamu di hari muka
akan menjadikanmu lebih bertanggungjawab
dan berdedikasi
jujur serta amanah
tidak membuang waktu meleka kan diri
nanti dipanggil orang 'gaji buta' saja ini orang
mahukah dipanggil begitu?

dan semoga cepat mendirikan rumahtangga
agar berpeluang mengurus sebuah rumah dan ikatan
yang punya pelbagai tanggungjawab dan peranan
yang selama ini dikau alihkan pada yang lain
saat dikau enak2 saja di situ

apapun..
terima kasih kerna sudi juga membantu
ku tidak marah
tapi ku harap dikau membesar dengan matang
kerna perjalanan hidupmu masih panjang
bukan seperti diriku yang semakin menginjak usia
semoga dikau bahagia
dan 'success' dalam kerjaya nanti
di hari muka..

Wednesday, September 29, 2010

anakku

cuak..

faris dah mula meleleh semula hingusnya
tidur pun dah mula tercungap2
batuk pun dah mula kedengaran
suhu badan pun terasa membahang sikit

alamak..
datang balik sakitnya
tapi syukur dah lama tak sakit
sejak kuar hospital dulu
rasanya dah 2 bulan
sihat alhamdulillah
kalau tak tiap bulan sakit-3-serangkai
sedih tengok kena makan ubat berjenis2

sejak kena bagi ubat gas
nampak kesihatannya makin pulih
bulan pertama maknya rajin kasi sedut gas tiap2 hari
masuk bulan ke2 dah makin culas pulak nak bagi
nak masuk bulan ke3 faris mula sakit2..
takleh jadi nih
rajin balik maknya!!

*hohoh!! paling banyak entri bulan september
paling emo la ini bulan
pale otak pon bercelaru..

About this blog