Followers

Monday, November 29, 2010

adikku yang menunggu masa

yana dah balik ke bangi. dah seminggu. awal perancangan mak ayah nak amik minggu ni, cuti sekali ngan awal muharram. tapi dapat panggilan awal dr keluarga belah sana, maka dipercepatkan pengambilan yana. katanya kaki dah bengkak. maknya risau . aku kat sini takut sebab yana ni emo jugak. dia kalau sakit yang luar biasa dia mudah nangis. kotla mak mentua taktau nak buat ape. bila balik tengok perut dah makin besar. jalan pun memboyot jek, hehe..paling jelas hidung dia jadik besar. agak sembab naik ke hidung kott..

kami dah ke pantai jumpa o&g. doc cakap baby still ringan 1.7kg. yana pun berat masih lagi 48. hehe..cukup jauh beza ngan aku dulu. aku mintak permission doc nak masuk sekali dlm bilik besalin nanti. sebab ape dulu masa aku besalin mak tak berani tengok aku berdarah2 tu. mak tunggu kat luar. kalau aku ada boleh aku tolong yana masa nak besalin sebab laki dia pun tak boleh cakap. dua2 pakai bahasa isyarat. harap2nya masa saat tu tiba sume tuh boleh dilalui dengan baik.

persiapan lain, barang baby sikit2 mak dah beli. dah tau jantina baby girl, so adela beli sket baju girl. lain2 tu ade gak pakai baju faris yg kaler sesuai sket. barut ngan bedung ngan sarung tangan/kaki dah ade. aku dari awal memang dah niat nak tolong yana dengan ilmu penyusuan. aku nak train dia nyusu baby sejak lahir sebab masa aku dulu aku tak dapat pendedahan. so aku belikan yana barang penyusuan sket2. lapik B, pek simpan susu. and kena beli pam jugak sebab nak elak dari bengkak susu nanti. so pam nih aku share ngan kirin. beli dr member yg ade kat uk sana sebab dia kata barang baby dr obersea lagi murah dr malaysia. selain tu aku dah daftarkan yana ke kelas penyusuan pakar laktasi, farah farhan. aku tau yang aku tak reti guna bahasa isyarat ngan adik aku, tapi dia boleh paham kalau kita tulis atas kertas atau di skrin. jadi masa kelas penyusuan nanti aku rasa takde masalah. aku harap sikit sebanyak dapat bagi yana ilmu pasal penyusuan nih. berminat jugak nak dapatkan vitamin shaklee untuk yana. yg lepas bersalin punya tapi aku punya bajet memang terhad. aku-punya-vit-dah-abis-tak-beli2-lagi-pun-aku-taktau-nak-wat-cane, huhu!! ku tahu kebaikan vitamin shaklee untuk mereka yang baru bersalin dan sedang menyusukan anak. ku harap akan ade bajet lepas yana bersalin januari nanti.

nantikan berita lanjut dari kami..


5 comments:

AlongAzrina78 said...

erkkk terharunya baca. Yana dan husband OKU eh? Salute betul la. Kalau ada masalah penyusuan bagi tau ler kot boleh bantu mana2 yang terkurang. Saya doakan Yana sekeluarga dipermudahkan segalanya. Harap sangat Yana dapat menyusukan baby dia. Ada baca gak kat blog Farah yang ada seorang ibu yg OKU joint the class...Yana kot. Gud luck tau. Terharu sungguh ler. Errr Shaklee ni makanan kesihatan untuk semua tapi paling laris ibu menyusu, pantang ler hehehe. Kalau ada rezeki amik kalau takde makan apa yang ada dulu yg penting ibu kena makan makanan yang berzat ye.

AlongAzrina78 said...

Lupa....saya nak amik entri ni nak share kat blog....terharu baca..siyes!

farah hamirdin said...

hah? ade kat blog puan farah ke? saya baru on blog nih. jap lagi nak baca. yap. untuk adik nih dari awal lagi saya bagi info pasal penyusuan kat dia tapi slowly la. takut bila nak prektis nanti ade masalah lak. teori senang je kita cakap kan. macam dulu masa saya baru deliver, nurse di sana sibuk bagi ceramah pasal penyusuan. tolong nak ajar susu budak adala dalam 2 kali kot. family mostly takde yg initiative untuk bf nih. last2 end-up bg fm kat bb sebab dia dah melalak and hubby pun jadik tensen taktau nak watpe. sedih and terkilan. lagipun masa tu taktau konsep bf ni. ingatkan main selak and susu terus ade je. takpelah. nanti tunggu 2nd baby kot ade rezeki.

AlongAzrina78 said...

Farah, adik bersalin mana nanti? Sebaiknya bersalin hospital support bfeeding kalau di putrajaya calling2 laa mana tahu saya boleh roger2 PC dtg bantu nanti. Kena kuat smgt itulah ibu menyusu.

farah hamirdin said...

pantai hosp. dia mmg bf friendly. tapi tu la. masa sy dulu acik yg kira kepala dlm bf nih kasik ceramah je. tolong nak susu baby adela bape kali. pastuh dlm bilik bersalin nurse ajar baby nyusu lepas 2 jam bila nak masuk wad. takde sape ajar suh bf baby lepas bersalin. mungkin konsepnya ada cuma praktikal tu ade kureng sket. sebab tu nak mintak dok skali dlm bilik bersalin. sebab nak tunjuk suh bf baby dlm tempoh2 awal.

About this blog