Followers

Saturday, February 26, 2011

selamat ulangtahun perkahwinan buat mak dan ayah

ku ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat kedua2 mak dan ayah. dah 32 tahun perkahwinan mereka, alhamdulillah..

bila mak dan ayah dah 32 tahun kawin, maknanya aku juga makin meningkat usia seiring dengan usia perkahwinan mereka. iaitu usiaku 31 tahun pada tahun ini. mak ayah kawin tahun 79, dan melahirkan aku pada tahun 1980. dimasa mak ayah nun jauh di perantauan. yaaaa...aku adalah kelahiran US. mak menemankan ayah study di pennsylvania. adala gambar2 mak ayah bawak aku gi niagara falls, duduk bawah pokok masa summer, main ais masa winter,gi mana lagi ek? tah tak ingat. nostalgia tu tersimpan dalam album biru kenangan keluarga kami. cuma aku tak lama di US. dalam umur berapa bulan tak ingat aku dan mak kembali semula ke malaysia meninggalkan ayah di sana.

dulu mak kawin masa mak umur 23. dan melahirkan aku masa mak umur 24. lepas tu berselang seli melahirkan adik2 aku. semuanya selang 2 atau 3 tahun. camne rasanya menjadi anak yg sulung? yg masih ku ingat adalah setiap ajaran ayah yang mengajarku mengaji. wajib padanya mengaji setiap selepas solat maghrib. dan jika berkesempatan mengaji juga sebelum mahu ke sekolah. ajaran ayah di waktu makan. mesti tertib. mesti dimulakan dengan bismillah. makan perlahan2. dan mesti dihabiskan. jangan tertinggal walau sebutir pun kerna yg sebutir itu yg mendoakan kita, kata ayah. minum perlu duduk. msti guna tangan kanan. kalau guna tangan kiri perlu di ampu dengan tangan kanan.

mak pulak mesti cek homework. dan masa periksa sekolah kebangsaan ke sekolah agama ke mesti suruh aku hafaz, baca buku sampai dapat dan ingat. aku kadangkala memberontak..banyak sangat nak ikut sampai ku berehat2 saja kononnya nak baca buku sambil baring. sudahnya aku tertidur! tapi ku tak lepas juga membantu mak. saat2 mak baru melahirkan adik2 ku tolong mak sarungkan stokin, sidai kain lampin, main2 dengan adik yg dah besar, tidur dengan arwah uwey atau arwah wanwo yg datang menjengah mak dalam pantang.
rumah kami membesar dah 4 sekarang. mula di seksyen 1, aku yana dan kirin. di rumah sek 1 sebelah petronas, tambah imah dan basyir. di rumah sek 3, tambah man, husein dan adik. di rumah baru kira rezeki adik yg masih baby.

banyak suka duka aku membesar dengan adi beradik yang ramai. sampaikan aku merajuk memberontak tak bercakap dengan ayah masa aku bersekolah di sharifah rodziah di melaka. punyala penangan anak sulung. yela. asik aku je yg kena marah..kena rotan. ayah masa tu memang garang. tapi sekarang ni aje berlembut dengan adik2 yg dah besar. patutlah aku merajuk sebab aku yg sulung perlu pikul bebanan di usia masih muda dari sekolah rendah sampaila sekolah menengah pastu kena marah ngan ayah. tapi mak yg jadi pelembut dan penenang jiwaku. hmm..akhirnya aku borak juga dengan ayah start aku masuk u.

apepun aku gembira dengan keluarga ini. segala rezeki dan limapahan nikmat yg allah kurniakan aku bersyukur. sape2 juga yg menunjukkan belang menyerang, mengutuk dan mengeji keluarga kami lantaran dengki dengan rezeki yg dkurniakan kepada kami, mak ayah lah yg banyak bersabar dengan kerenah mereka. insyaallah ku harapkan kami semua bahagia hingga ke akhir usia. semoga perjalanan mak dan ayah dipermudahkan dan dipanjangkan umur untuk melindungi kami dan mengingatkan kami akan setiap langkah yang sumbang.

mak dan ayah, terima kasih dari kaklong.

About this blog