Followers

Sunday, April 29, 2012

beginilah nasibku

aku sudah berjumpa doktor semalam. tapi cuma doktor ganti bukan doktor nora. lama doktor itu men scan perutku sambil mengira saiz baby. last dia bagitau saiz baby sudah 3.4/3.5kg. sudah berat ini baby. tapi belum mahu keluar lagi. dia tengok mungkin sebab air ketuban banyak dan menyuruh aku datang semula untuk ujian gula. tapi nurse di kaunter menyuruh aku berjumpa semula dengan doktor nora untuk mendapatkan consult yg betul. dulu doktor ini pernah juga suruh aku buat ujian gula tapi lepas tu jumpa doktor nora dia kata tak perlu sebab keadaan aku sume ok. so decide datang isnin ni jumpa doktor nora. aku memang tau kalau sudah berat 3 kilo lebih mesti panjang lebar doc cakap. dulu masa faris nak lahir dah berat 3 kilo lebih jugak doc dah cakap pasal operate. nasib baik lepas tu pecah ketuban + epi + forsep. kali ni? huuu..tunduk kepala...baby taknak kuar jugak even dah 3.5kg. sudahnya aku jadi down kejap. temenung la jugak. patutla aku rasa makin berat. bawak 3 kilo rupanya. memang aku rasa sakit sana sini benjol2 bawah perut celah peha tapi orang cakap alah sakit biasa je tu. lagila down mood aku. so macam org frust sebab baby pun tanak kuar lagi aku makan dan makan. buat roti. buat milo. makan kek besday faris buat smothie mango makan roti croissant. pastu cam nak baring je kenang nasib diri tapi kang lagi lambat baby nak kuar so buat2la keja naik tangga turun tangga jalan2 pegi dapur mandikan faris teman dia naik beskal ke konon2 nak merawat hati luka. malas dah aku nak citer aku tengah sakit ape skang. orang pun tanak amik tau. biarlah aku serah kan diri kat doktor besok. tah dia suh masuk spital terus ke nak pecah ketuban ke nak induce ke aku serah kat dia lah. sebab dia doc pakar. baby dah 3 kilo lebih tinggi aku pun biasa je takut kang takleh nak kuar baby payah jugak. sedih ni, huhuhuhuhu!! :(

Monday, April 23, 2012

sudah masa ke??

rasa debar2 nih. sakit2 sumer sudah semakin kerap. sakit belakang di tulang pinggul. sakit bawah perut. sakit kat ari2. perut mengeras. kejap2 kentut...tekak meloya balik. sudah week 36. lebih alert dalam menunggu tanda2. kuar darah ke, kuar air ketuban ke, sakit contraction ke..faris dulu week 36 dah bersalin. tanda dia pecah air ketuban. hmmm, gelisah nih. tapi kali ni nak buat cara lain. taknak duduk/baring je. nak jalan2 banyak2. orang kata tarikan graviti tu bagus untuk memudahkan proses bersalin. nanti kalau ada pape will update lagilah ye. hinsss hinss!!! neves!!

Tuesday, April 10, 2012

it's week 34!

entri kali ini ditulis setelah 3 hari mak ayah berada di mekah. dibawa juga kirin dan imah yang diminta berdoa di jabal rahmah buat permudah jodoh oleh allah. hehe..umur sorg 26 sorg 27 dah memang patut dah boleh kawin. aku dulu kawin umur 23 lagi, huhu!!

di saat ini aku sedang menerima permohonan untuk pekerja baru di jasmin. pekerja yang baru aku amik februari lalu skang dah kena amik pekerja baru lagi. februari dulu memang terdesak jadi ku amik saja mana2 yg nak kerja. sorg tu lepasan spm jadi bila result kuar baru2 nih dia dapat tawaran sambung belajar jadi dah keluar. sorg lagi asik amik cuti menjaga mak mertua sakit di hospital hingga menjejaskan perjalanan tadika/taska kerna guru yg mengganti hingga ke petang cuma cikgu 5 tahun sorg. dia pun tugasnya hanyalah guru saja. dan nasib baik rumahnya berdekatan jadi bolehla minta tolong jaga/memasak hingga jam 7 mlm. aku nanti pun tah rasa2 tak boleh datang ke sure aku pun cuti sama. jadi takde org nak tolong jaga budak2 kelas. jadi kali nih aku amik yg bujang supaya diorg boleh duduk di premis dan juga yg tak sambung belajar/tak apply mana2 kerja lain dalam masa terdekat. dalam erti kata lain jadi pekerja tetap lah, i hope.

perutku sekarang sudah menurun ke bawah. dan baby juga semakin bergerak aktif. kadang2 gerak perlahan. kadang2 berdetik2. kadang beralun besar macam ombak sampai senak perut ku rasa. amboi...tah ape yg disilatkan dalam perut tu pun aku tak tau. skang dah minggu ke-34. dup-dap-dup-dap sebab faris dulu lahir minggu 36 (which means lg 2 mg). walaupun due date aku hujung mei (max pregnancy=40 minggu). ape2 pun tunggu dan lihat sajalah. kalau baby ni nak bertahan sampai lepas 36 minggu hujung april nih, kita tunggu ajelah bulan mei besok. dan kalau aku pun boleh bertahan jugak...huhu!!

..er, baju baby banyak guna yg faris punya. tapi lupa sarung tangan/kaki dah bagi ke maryam. bedung/towel pun dah bagi. ok tak alasan nak kena beli baru nih, hahaha!!

About this blog