adik sudah 2,3 hari macam meragam nak tidur kena peluk saja. bila agak2 dah lena menyusu, nak letakla di bakul..sekali dia jaga balik terus nangis. kengkadang dalam satu masa adala dekat 5 kali kot angkat letak-angkat letak. ada masa rasa nak stress. ada masa rasa cool la pulak. jadi hari ketiga dia cemtu dah agak2la tau nak handle camne. biar dia lena betul2 kat pangku (mak dia pun lena sama) barula letak bawah. itupun kena bedung tau. baru sedap dia lena walaupun dia tak suka bedung2 nih. siap protes nak tarik tangan kuar.
dalam seminggu jugak aku dah consume vit shaklee set breastfeeding + esp. alhamdulillah setakat ni aku makan ikut time. bila dah seminggu tu baru terasa breast sakit mencucuk2 maknanya kena perah. adik minum pun still ada rasa sakit cucuk2 tuh. adik kengkadang lena ngan saki baki air susu kat mulut dia. pastu tidur dahla 2jam ke lebih ke. mau tak kena pam dulu. itupun pam2 agak2 menyimpan kat peti mak kat sini so tak dapat nak simpan banyak2. nak kena rotatela bagi baby minum sikit2 ebm yg dah diperah. dia pun kalau dah beri guna syringe tetap nak direct jugak ngan mak dia. apepun kita tengoklah lepas sebulan nanti camne kan. dah sebulan nanti jumpa dr untuk cek-up lagi. harap2 ada perkembangan.