Followers

Saturday, February 5, 2011

terapi penghilang stress

kalau orang kata bila kita stress macam2 kita buat. ohhh...makan coklat-sedapnya!! tapi buat tambah gula dalam badan kalau makan banyak. sikit2 bolehla. shoppng-itu memang betul. rasa puas bila dapat jumpa dan beli apa yg kita nak, tapi bahaya juga duit asik mengalir je. lagi...pegi karoke melalak la kau puas2. janji dalam bilik bertutup dan sama2 ngan muhrim ye. bahaya kalau pegi ngan bukan muhrim. main bowling-heh..boleh baling bola kuat2. masuk longkang pun takpe janji lepas perasaan. heh, aku cakap ni sebab aku pun tengah stress la pastu aku nak citer ape aku buat.

tadi petang aku ke bank di fasa 1 bangi. asik dok umah je kuarla plak. on the way nak ke sana baru teringat yg hari sabtu adalah hari pasar malam daa..ini sudah tentu mendatangkan kesesakan dan kesulitan parking. tapi sebab kuar awal takdela sesak lagi. dah setel kat bank apelagi melilau la dari satu gerai ke satu gerai.

aku memang dah lama tak datang sini. tapi kalini aku datang macam2 adaaa..buntang mata aku! gerai2 baju budak dan baju mak budak memang jadik tumpuan aku la. selain dari tu aku jumpa macam2 makanan baru yg diorg jual. ade sosej dalam balut pita, fries and ayam satu bekas, piza yg sedap..peh!! aku tak cari yg berat2 pasal diorg dah makan kat umah. hoh..bestlah! aku beli juga suit baju mandi faris, suar tido aku, tudung shawl aku, ngeh2 sibuk nak pakai shawl plak. getah ikat rambut, pin tudung. wah wah!!! jadik je kalau kat pasar malam. bak kata aku, macam2 adalah! senang citer. next time aku nak gi sini jela beli baju faris. murah pun ye. macam2 jenis pun ye. tudung2..peh!!! belambak2 tu dia jual. sumer cantik2. nantilah. siapla next time ye. akan ku tala puas2 beli barang. ha..inila namanya terapi penghilang stress ye! puas hati aku!

nak tau nape aku stress? tak payahla. ni citer hati dan perasaan yang terluka. biarlah aku sorang je yg tau, huhu!!

cuti ke melaka

selamat bercuti raya cina

kami sekeluarga baru saja balik bercuti di melaka. bukan cuti saja2 tapi ke sana untuk kenduri tahlil arwah pakngah hari kamis malam. tapi dah bertolak awal sebab nak masuk apartment hari rabu petang. bebudak ni saja nak lepak2 mandi kat kolam.

aku naik keta lain. lambat sket gerak sebab tunggu abg balik keja. diorg sume dah gerak lepas asar. tapi sampai sama sebab ayah memang bawak slow pastu tunggu di ayer keroh. abg lak bawak errr...pepaham jela. dia kalau bawak memang boleh terbangla org dlm keta. bolela kejar ayah yg dah jauh ke depan. sampai2 ke apartment tengok imah n adik angkut satu bakul besar. bakul ni selalu isi barang2 dapur yg akan dihantar ke tadika2. lebar empat segila bakul ni. rupa2nya mak dah isi macam2 harta dalam bakul tuh. periuk nasi, periuk masak 3 jenis. pinggan mangkuk. sudu gerapu. sos kicap garam susu megi sume adelah. akibatnya? heh. duduk apartment kenyang cukup je makan setiap waktu. mak masak sambal sardin, sayur goreng, sup cendawan, nasi lemak, masak kicap telur, telur goreng, roti sandwic. perghhh!!! memang keje kat sana asik makan makan makan! kamis pagi ngan jumaat pagi diorg nih gi swimming. balik dah tentu lapar. nasib baik kamis siang sebelum nak ke kenduri kitorg dah jalan2 ke jusco ayer keroh. kalau duduk je kat bilik tah ape lagi mak masak.

yg pegi aku, abg, faris. pastu mak ayah, imah, man, adik. yg tak pegi kirin (sebab dia kena keje muahahahah!) pastu yana (tengah pantang), basyir and husin. husin tu memang dah tak heran mana kitorg pegi. dia dah duduk ngan dunia dia je. hopefully lenkali boleh jenjalan reramai lagi. best sebab ape? sebab mak ayah belanja sume, muahahahaha!! best..best!!

About this blog