selamat bercuti raya cina
kami sekeluarga baru saja balik bercuti di melaka. bukan cuti saja2 tapi ke sana untuk kenduri tahlil arwah pakngah hari kamis malam. tapi dah bertolak awal sebab nak masuk apartment hari rabu petang. bebudak ni saja nak lepak2 mandi kat kolam.
aku naik keta lain. lambat sket gerak sebab tunggu abg balik keja. diorg sume dah gerak lepas asar. tapi sampai sama sebab ayah memang bawak slow pastu tunggu di ayer keroh. abg lak bawak errr...pepaham jela. dia kalau bawak memang boleh terbangla org dlm keta. bolela kejar ayah yg dah jauh ke depan. sampai2 ke apartment tengok imah n adik angkut satu bakul besar. bakul ni selalu isi barang2 dapur yg akan dihantar ke tadika2. lebar empat segila bakul ni. rupa2nya mak dah isi macam2 harta dalam bakul tuh. periuk nasi, periuk masak 3 jenis. pinggan mangkuk. sudu gerapu. sos kicap garam susu megi sume adelah. akibatnya? heh. duduk apartment kenyang cukup je makan setiap waktu. mak masak sambal sardin, sayur goreng, sup cendawan, nasi lemak, masak kicap telur, telur goreng, roti sandwic. perghhh!!! memang keje kat sana asik makan makan makan! kamis pagi ngan jumaat pagi diorg nih gi swimming. balik dah tentu lapar. nasib baik kamis siang sebelum nak ke kenduri kitorg dah jalan2 ke jusco ayer keroh. kalau duduk je kat bilik tah ape lagi mak masak.
yg pegi aku, abg, faris. pastu mak ayah, imah, man, adik. yg tak pegi kirin (sebab dia kena keje muahahahah!) pastu yana (tengah pantang), basyir and husin. husin tu memang dah tak heran mana kitorg pegi. dia dah duduk ngan dunia dia je. hopefully lenkali boleh jenjalan reramai lagi. best sebab ape? sebab mak ayah belanja sume, muahahahaha!! best..best!!
No comments:
Post a Comment