Followers

Wednesday, September 8, 2010

lebaran menanti

salam ramadhan ke 29




lebaran bakal menjelang. aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. bagi diriku, lebaran Insyaallah disambut dengan gembira. cuma ramadhan kali ini kurasakan kurang pengisian diri. tiada salah silapnya orang lain. cuma kurang mendisiplinkan diri dalam mengatur rencana dan agenda. moga dipanjangkan umur dapatlah kiranya bertemu lagi ramadhan akan datang. semoga pengisian rohani ini dapat kuteruskan di bulan2 seterusnya.

nanti akan ku terbitkan agenda kami sekeluarga menjelang syawal ye. anak beranak menganyam ketupat memang menjadi tradisi kami sekeluarga. mak ayah memang sudah pakar dalam bab menganyam sarung ketupat. kini kami 8 beradik juga telah mahir melakukannya. malah sampai berlumba2 siapa yang dapat menyiapkan sarung ketupat yang paling banyak. biasanya si adik yang terlambat sekali menyudahkan anyaman nya. masih terkial2 mencari rentak. saat dirinya baru siap sebiji, kami yang lain dah berlima/enam biji sarung ketupat dah pun kami siapkan, hehe..

rendang dan lodeh, kuah sambal kuah kacang juga kari..memang regunya buat cicipan ketupat nanti. ohh sedapnya kurasa hingga ku tertelan air liurku sendiri bila membayangkan nya. kali ini emak sudah membayangkan mahu dibuat laksa penang. fuhhh!! berasap dapur..akan penuhlah di meja nanti.

selain itu di raya pertama nanti akan penuhla rumah kami dengan saudara mara sebelah emak yang datang menziarah atuk di sini. rumah kami dah diibarat kan kampung sudah. sape2 nak jumpa atuk semua berduyun2 ke bangi. famili makngah saja dah boleh jadi rombongan meminang. anak2nya bertujuh campur pasangan dan anak, heh!! tak lupa juga abg izan sekeluarga, cucu atuk..dan mak idah sekeluarga, sepupu emak. hoh...kami yang perempuan perlulah turun membantu di dapur kerna tetamu yang tiba memang takkan putus untuk keluarga atuk.

raya ke2 aku akan menuju ke perak untuk beraya bersama keluarga mertua. mak ayah dan adik2 akan ke melaka beraya bersama nenek sebelah ayah pula. owww..sudah lama aku tak dapat ikut mak ayah beraya jumpa sanak saudara di melaka. bilalah agaknya kami dapat ikut serta ye.

sekian coretanku di dinihari ini. bertemu kita di lain kali..

About this blog