Followers

Thursday, March 31, 2011

janganlah menangis lagi maryam

aku menghantar faris hari2 ke umah mak sementara aku pegi tadika. hari2 jugakla telinga aku menadah suara tangisan anak yana iaitu maryam. kasihan. anak ini menangis setiap masa. dari januari dulu hinggalah mac ini. non-stop! asal bangun bukak mata je nangis. salin lampin nangis. dah kasi minum pun nangis. orang pegang dia nangis. orang gendong dia nangis. dah tu mak beli rocking chair kasi goyang2 sket, nangis jugak. skang ni beli buai, ade kurangla nangisnya. tapi masih lagi nangis. kasihan anak itu. sampai semua orang jadi depress gara2 tangisannya yang tak berkesudahan. bila dah penat lelap mata barula senyap seketika suasana dlm rumah ni.

pagi tadi aku dengar suara zubir bapa maryam. zubir tak macam yana. suaranya cuma aah aah uhh uhh mendodoikan maryam yang sedang menangis. langsung tak boleh bercakap. sedangkan yana boleh baca dan sebut patah2 perkataan cuma bunyinya seperti orang sengau. masing2 ahli keluarga yang lain membantu bila maryam sudah tidak terkawal lagi. jika masih boleh dikawal, akan diuruskan sendiri oleh yana dan zubir. biarlah mereka belajar mengurus bayi kecil. aku pun heran jugak. dulu masa faris kecik takdela cengginih rupanya. adala saat meragam cuma tidak berpanjangan dan berterusan macam maryam. tapi sekarang tangisannya sudah berkurang. tidak lagi sehebat seperti dulu. matanya juga dah bulat cerlang tengok orang. hai maryam. cepatlah besar. boleh main2. boleh kurang sket tangis tu. mujur yana dan zubir masih tinggal bersama mak dan ayah untuk masa ini. untuk masa depan sudah ada perancangan dan rumah untuk mereka duduki. tak jauh. sepelaung je. mak ayah tak bagi anak2 duduk jauh2, hik hik!! yang budak2 nih lagi suka la. makan minum org sediakan. baju orang basuh. lipat baju pun orang buat. masing2 goyang kaki lepak2 aje dalam bilik main komputer takpun tengok cerita. hahahahah, pecah rahsia memasing!

semoga tangisan maryam akan berkurang selepas ini. ~ tak dapat lupa muka maryam yang pekat manis kulitnya sebijik rupa keluarga belah ayahnya org kedah sana. melekat! ~

Tuesday, March 29, 2011

bilamana dia tidak sesuai lagi di sini..

saat ini ku rasakan separuh dr semangatku hilang terbang ke awangan. ku rasa sungguh sedih dan terkilan. kecewa yang paling tepat sekali. aku terus terduduk saat ku terima sms yg diforwardkan dr mak, tentang cikgu C yg buat hal di jasmin sana, dah berenti. telefonku yg satu lg pula dihujani dengan missed calls dr cikgu B mengatakan yang cikgu C tu dah cabut lari. barang2 dlm biliknya habis dah diangkut. bukan tu saja. pintu depan, grill dan gate luar habis dibiarkan terbuka. mujurlah cikgu B yang tidur di bilik satu lagi tak apa2.

cikgu C ini baru2 ini sudah terbongkar kisahnya satu persatu. ku baru sedar sejak cuti sekolah mac yg lalu. dimana jiran sebelah suami isteri dah bergaduh disebabkan cikgu ini. rupanya saat selesai tugasan di tadika dia ini tidak menutup aurat. memakai pakaian yang terdedah luas di dada dan hanya berseluar pendek saat berada di taska. semasa menghantar murid taska pulang juga hanya bertowel tutup di kepala. ceritanya cikgu ini selalu memanggil2 suami jiran. nak tanya itu, nak pinjam ini. dengan pakaian sebegitu rupa. mana isterinya tak marah. dan rupanya lagi dia ini selalu ke sana ke sini dengan lelaki. dan pernah membawa masuk lelaki ke premis. ini diakui oleh ahli keluarga jiran. selalu juga keluar malam dan balik awal pagi. tiap2 minggu keluar atas urusan balik kampung, katanya. sudahnya..pagi tadi? dikatakan cikgu ini mengandung. padanlah cikgu A dan cikgu B nampak budak ini semacam saja. perutnya nampak berisi dan badan lebih kembang dr selalu.

aku dah geleng kepala. mudahnya mengikut lelaki ke sana ke sini. senang2 tidur dengan tah sape2 manusia di luar sana. aku yg mudah tertipu kerna ku perhatikan kerjanya bagus saja di tadika. malah semua yang aku ajarkan untuk sesi pengajaran di tadika dia ikuti. tapi usai saja tugas di tadika dia memang tidak menjaga auratnya dan pergaulan sosialnya di waktu malam. itu yang aku tak nampak. banyak sudah ku perturunkan cara2 dan kaedah pengajaran. dia ni dah datang sejak oktober lepas lagi. 3 bulan pertama memang nampak ok. masuk tahun ni? aduhh..Cikgu B ada menyatakan satu hari lepas pulang dr mana, balik ke premis dengan teresak2. lama esakannya. dan kemudian bercerita pula dengan jiran tentang kemungkinan dia mengandung. jiran yang mendengar memang tak teragak dia ni betul2. agakannya adalah sekadar gurauan saja sebab dia ni masih bujang lagi. tapi bila dah jadi macam ni macam mengiakan apa yang diperhatikan dan apa yang ternampak oleh mereka2 yg berada di keliling dia.

sejarah berulang lagi. kali ni lebih teruk lagi dengan membawa kandungan pulak. yang lepas2 lebih kurang sama jugak ceritanya cuma tak mengandung saja. di manalah nilai2 sivik, perikemanusiaan bilamana sedap2 hati saja cabut lari dan kata nak berenti sebab masalah keluarga. dan sedang elok setelah gaji diterima! sungguh tak makan saman betul orang ini.

kau tanggung lah sendiri akibat yang kau buat. dan dengan tugasan kerja yang kau tinggalkan, jawablah di akhirat kelak.

Monday, March 28, 2011

trip to northern malaysia

salam.

baru balik dr kampung perak, kamunting. huh..pening dengan bau durian dalam keta. sedap tuu dapat hadap durian makan puas2. sedap lemak berkrim disukai ramai! sbenarnya balik sebab ade jemputan kenduri di penang, bukit mertajam. member geng cyber cafe masa kat ukm dulu. yg lain2 sume dah kawin tinggal dia sorang je. itupun dah nikah dulu sebab nak tunggu sanding skali ngan abg dia. aku dah cakap kat dia, hang ni silap2 sanding sok skali ngan isi. skali betul lah dia dah berisi, hahahha!! nasib baik baru sebulan setengah usia kandungan. boleh lagila muat baju sanding tuh,muahahaha! to my fren nawar binti abd aziz tahniah atas perkahwinan dan rezeki anak yang dikandung. semoga kekal hingga ke akhirnya.

*melekat baju barang segala dengan bau durian!!*

Sunday, March 20, 2011

keluarga dirai

salam.

malam tadi kami sekeluarga baru saja mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran atas pelbagai perkara yang telah dan akan berlaku. kami menjemput keluarga belah ayah yg berada di kl ini, iaitu keluarga makteh dan acik. jemputan lain yg turut serta ialah kawan2 imah dari UIA gombak.


antara perkara2 yg didoakan dalam majlis malam tadi ialah..

1. ulangtahun perkahwinan mak dan ayah ke 32


raya 2009

2. hari lahir syakirin ke..??



3. fatimah dah jadik lawyer secara rasmi

dari blog mak

4. doa selamat untuk pak ude yg akan menjalani prosedur jantung di IJN


masa kenduri keluarga di melaka 2010

seoga ukhwah fillah antara kami seisi keluarga akan lebih rapat dan mesra lagi sepanjang hayat.



Monday, March 14, 2011

dah tak muda lagi

aku perasan sejak dua menjak ni aku telah betul2 menjadi tua. nape ek? sebab mana2 aku pegi, org lain sumer akan panggil aku 'kak'. dan boleh dikatakan setiap tempat yg aku pegi untuk buat urusan nampaknya didominasi oleh awek2 cun yg rupa2nya lagi muda dari aku. hari2 sejak dulu dah terbiasa panggil orang sana sini dengan 'kak'. tak terbayang pula skang ni aku yg dipanggil kakak sejak umur dah makin meningkat. huh..tak best langsung! parents kat tadika pn rata2 yg aku panggil 'kak' banyak yg lebih muda dr aaku *diorg nih kawin muda ke sampai anak pun dah umo 5/6 taun?*

hai...nampanya aku memang dah berumur, uhuk2! kesan yg aku nampak, badan dah mula pele'ot sana pele'ot sini, dan aku dah mula bergantung pada supplement. tak suka makan pil sejak kecik tapi bila dah masuk 3 series ni terpaksa ku telan jua. alahai...sungguh tak best skali rasa ini!

Wednesday, March 9, 2011

kawan kah itu namanya?

kawan ku ada di merata malaysia (kecuali sarawak). dulu mak selalu tanya.."kawan awak 2 org tu je ke?" refer pada dyla dan ude. takdelah. ada je kawan2 lain. kawan yg masih keep in touch, beberapa org dr sharifah rodziah, maahad hamidiah kajang. dr matriks kuala pilah dah tak bape contact. dr ukm slalu gak calling2 sms sume. mana2 member sama kolaj rahim kajai, member sama kelas marine sc. sume ade. yg dah pegi fly ke oversea pn kekadang masih bercontact. cuma yelah, 2 org tu je pengubat duka lara yg duduk dekat di bangi ni. boleh slalu lunch date kan. calling2...kita makan sana sini. senang je leh jumpa.

camne ek. susah nak cari kawan yg betul2 kawan. sebab aku pernah kena spesies kawan makan kawan ni. ada beberapa org kawan masa di ukm, nak pinjam duit. beriya2 kata penting adik nak guna la kawan nak pakai la. aku ni jenis cepat kesian kat org and lurus pulak iyakan aje ape alasan yg diorg bagi. aku pun bagila tapi takdela banyak. takat rm2/300 je. tapi jumlah tu kira banyak la buat student masih belajar kan. last2 baru dapat tau yg duit tu untuk hal lain dan untuk org lain. yg buat dek taknak bayar pun ade. buat2 lupa. sudahnya aku boikot kan diorg dr hadir ke majlis kawin aku, muahaahahahahaha! puas hati aku!

ade jugak kawan yg mukanya bermacam2. bermuka2. dulu masa kami di ukm kami jadi satu geng. geng cyber cafe di rahim kajai. geng kami yg menjaga dan menolong bisnes di cyber cafe sana. nak jadi cerita, geng kami terpecah dua sebab gaduh2 ni. ade kawan sorg ni memang baik ngan aku. pastu bila geng belah sana ade tak puas hati ngan kitorg, tup2 kawan ni nampak dia backing geng belah sana pulak. dia pulak macam ahli geng sana dan buat citer pasal kami. laaa..padahal tadi dia jugak yg kutuk kaw2 geng belah sana. inilah dia. camni ke nak buat kawan kan. aku yg lurus ni lah yg kesian. mati2 pecaya je ape kawan ni sorg buat. sudahnya? aku menjauhkan diri dari kawan yg sebegini.

nak berkawan sangat senang. tapi nak tau yg dalam hati nurani tu memang payah. yg betul2 ikhlas berkawan dengan kita. yg takde sikit2 nak pinjam duit suruh kita sara dia lepas tu ca-alif-but!! buat2 tak tau dengan kita. yg bukan kawan jenis tikam dari belakang, kawan yang makan kawan. kalau kawan yg boleh nasihat kita, bantu mana2 yg boleh itu takpe. yg talam 10 jenis muka tu yg aku tak suka sangat. rasa2 nak hempuk ngan dulang makan bagi sedas dua.

~nasib baik takde kawan makan kawan masa berboipren dulu kan. tidak kalu memang putus kawan la namanya~

Sunday, March 6, 2011

turun naik bisnes tadika

orang nampak bisnes tadika ni menguntungkan. ye kot. mungkin. aku tak kontrol bhg untung rugi. itu big bos yg buat. tapi drp pengamatan aku ada yg untung ada yg rugi. untungnya bila setiap premis dipenuhi dengan jumlah murid (jumlah yg berpada2 ye), kurang pengeluaran, kurang kerosakan dsb. yg rugi bila kurang jumlah murid dan terlebih staff plak..banyak pengeluaran sebab ada kerosakan dsb. jadi nampak lah naik turunnya graf keuntungan tadika. kalau untung lebih puan besar bawak gi family trip tau. best2!! tapi tak la pegi tiap2 tahun. tapi bila kurang untung, setiap pengeluaran pun kena amik kira, catat sana sini.

oh ya, dah bape lama ye aulad dibuka? sejak taun 90. sampai skang cuma beroperasi di bangi dan kajang saja. alhamdulillah mendapat sambutan, cumanya jumlahnya kadang bertambah kadang2 berkurang. dan bukan calang2 keluarga yg belajar di aulad. pernah anak ac mizal belajar di aulad mesra, cucu bekas menteri sukan, sape lagi..tak ingat. tapi campur lah dengan suku sakat, member2 baik, jiran2. kalau yg kaum kerabat, dapatlah spesel diskaun. oklah. itu budi bicara puan besar. tapi banyak yg bukan kaum kerabat pun selalu songeh nak diskaun banyak2. huh, slalu berlaku. anak hantar 4/5 org bolehla. ini yg sorg pn dia nak tekan. tanya nape ni kena bayar nape tu kena bayar. banyak sangat pesanan cakap anak saya tak boleh buat itu jangan buat ini. hai..macam nak dikepit bawah ketiak mak ayah je.

itu belum masuk lagi yang daftar tapi tak bayar2 lagi yuran pendaftaran. adaaaa. jangan ingat takde. dah masuk yuran mac pun masih lagi tak bayar pape. cakap bergegar2 kata slalu out station kesana kesini. nak tunjuk macam banyak duit kan. cuba bayar tengok sket. jangan cakap lembut gigi je. satu lagi tempat lain, anak transit di taska..bertahun2 tak penah berbayar. bayangkan dr budak tu sekolah rendah skang dah skolah menengah. sabar jela. ade jugak org jenis macam ni. servis nak tapi bayar taknak. aku tak kisah kalau dia takleh bayar penuh. dia ayar sikit2. adela jugak kan. ni yg jenis cakap gegar2 neh. macam kau kaya nau tapi habuk pun tarak! cet! kasi bukti la tunjuk!

aku? senang je. aku kasik can sampai sekian2 hb. tak jalan jugak..senior asst call tak layan jugak..aku la yg call. hamek! maafla ye. saya anak puan pengetua. nak tanya pasal bayaran tadika ni satu apa pun belum bayar. janji aritu nak bayar minggu lepas. ni dah abis minggu dah....dia cakap nak bayar minggu ni. kita tengokla nanti. aku cakap straight to the point. tak macam puan besar masih lagi boleh sabar ngan customer yg jenis camni. cuma buat sakit hati jela. jarang nak cakap depan2 kecuali bila dah terlebih limit kan. ha..tang tu puan besar memang naik angin, huahuahua!

jadi pada sape2 yg menggunakan perkhidmatan apa sahaja, jangan buat2 lupa nak bayar khidmat yg kita dapat. kira win2 situation la kan. takkan satu pihak je yg nak bagi servis, pihak lain buat2 lupa lak nak bayar kan. kang letak anak kat luar pagar baru tau. cakap 2/3 kali buat dekk je.

Tuesday, March 1, 2011

hal tadika

alhamdulillah sudah ada feed back yg positif drp ibubapa di jasmin. ibu A cakap anak dia (5 tahun) sudah boleh membaca bacaan dalam solat sikit2. ibu B pulak cakap anak dia dah pandai buat kerja sekolah. tadika dulu tu takde keja lain asik2 kaler..kaler..kaler.. alhamdulillah, mana2 yg baik adalah dr usaha guru kelas mereka sendiri. yg mana kuat ngadu kat mak ayah kata kawan ni buat kawan tu buat mmg takleh nak buat ape. cikgu boleh menegur, tapi dah namanya budak, sikit sebanyak memang akan tersinggung sikit.

kami juga sudah mengiklankan buku bacaan bm yg digunakan oleh cikgu2 semasa mengajar, untuk dibeli oleh ibubapa yg berminat. zaman sekarang ni banyak yg menggunakan kaedah terus baca sukukata dan bukan lagi mengeja seperti zaman saya dulu. ejaan tak mendatangkan makna. yg penting bunyi setiap sukukata itu yg membentuk perkataan. seperti yg saya tuliskan sebelum ini, ajarlah bermula sukukata terbuka dahulu (kvkv). bila anak dah mahir boleh ajar sukukata tertutup (kvkvk).

dan seperti yg berlaku sebelum ini, cikgu2 yg tinggal di taska telahpun diuji dengan gangguan yg datang mengganggu semula. hmm..memang kena mintak ayah dan member usrahnya datang bacakan yasin. dulu2 dah buat dalam 2/3 tahun lepas. ni kena buat lagi. dah bagitau ngan mak. apa taknya..dengar orang mandi, basuh baju malam2, nampak org mengintai dr bilik utama tingkat atas, pintu berkunci boleh terbuka sendiri. hmm..aku tidak menafikan kewujudan makhluk ini, cumanya bila dah mengganggu ketenangan jiwa dan emosi, kena diubatkan jua. aku harap ayah dapat datang bacakan yasin secepat mungkin. sian kat diorg tuh.

apepun, kami di tadika meneruskan tugas seperti biasa. di waktu siang kami mengajar murid ini bacaan yasin mudah,, surah muqaddam, ayat qursi, doa2 harian dan lain2. cikgu2 juga rajin baca yasin setiap hari sebagai pendinding. cumanya perlukan bantuan dari mereka yg lebih pakar dalam hal ini. harapnya hal ini tak menjadi penghalang buat cikgu2 itu. ku nampak yg tugas mereka masing dibuat dengan elok dan bagus. aku susah nak puji kerja org. tapi apa yg aku suruh diorg lakukan dan boleh buat dengan amat baik berbekalkan idea mereka sendiri. susah nak tengok org komited dengan kerja. yg tak komited tu lah dia, banyak ragam bila aku suruh buat itu ini.

About this blog