Followers

Sunday, July 18, 2010

tempat itu menjadi kenangan

salam..

ku masih ingat lagi di ketika itu..tempat itu kudiami. berserta mak ayah dan adik2. masa tu man dan husin kecik lg. adik izzuddin mmg belum ade pun. aku tak ingat sejak bila kami duduk di situ, kerna itu rumah kami yg ke3. dan aku rasa aku bersekolah darjah 4 ke atas di rumah itu. banyak kenangan kami di situ. kami membesar di situ. masih terbayang2 lagi adik2 bermain basikal dan bas kecil di laman rumah. berderet basikal kami adik beradik. tiap2 petang kami sume main basikal mula dari atas perumahan dan turun sampaila di hujung jalan sana. rasa syok sebab basikal turun laju. kalau adik2 nak brek diorg suke brek dengan kaki dna hujung selipar. sudahnya sampai haus selipar itu dikerjakannya.

aku masih ingat saat aku menolong mak menyidai kain lampin. dulu2 mak guna lampin kain yang warna putih tu. banyak berderet aku sidai belakang rumah. masa lipat kain lak dikumpulkan tengah2 rumah jadik selonggok. adik2 suka jugak mengacau longgokan kain baju tu. dibuat2nya menyorok dalam longgokan kain, dan sorg lagi buat2 carik mana dia yg sembunyik ni. dulu kami mmg ade pembantu rumah sebab kami ramai adik beradik. tapi dulu2 pembantu melayu. memang ramai la. lepas satu..satu pembantu rumah silih berganti. tapi aku tak ingat kenapa masa tu takde pembantu. yang aku ingat aku kena tolong mak buat kerja rumah masa tu.

kalau kat dapur pulak, aku selalu tolong mak kopek ikan bilis untuk dibuang taiknya. dudukla atas lantai alas ngan suratkabar. kengkadang nak cuba jugak buat cekodok (jemput2. kami belasah je panggil cekodok). konon2 terer la dah boleh tolong mak masak kan. aku ingat lagi yang mak suka masak2 pastu rajin bagi masakan kat jiran2.

dalam bilik aku kongsi bertiga dengan yana dan kirin. yg lain sume tido ngan mak. dalam bilik mak ayah tu penuhla ngan budak2 kecik. walaupun kami bertiga dalam satu bilik tu, kami tetap bergaduh dan bercekak, hehe..situ usik sini tak puas hati. aku plak pantang diorg usik barang aku. almari baju aku tu banyak kali bersepah sebab boys ni pegi main nyorok2 dlm tu. mana aku tak mengamuk sakan!

kat situ jugak ramai anak2 jiran datang untuk belajar mengaji ngan mak ayah. tak taulah..mungkin diorg tengok ayah nampak macam ustaz2 gitu kan. ramai jugak masa kami tinggal kat sana. tiap2 malam jumaat je kami adakan jamuan kecil2an untuk budak ngaji. kadang2 aku pun ikut ngajar diorg. jgn taktau aku penah ajar sorg abg ni yg lg tua dr aku. sebabnya ialah aku kan dah katam quran cepat. masa darjah 4 aku dah katam. kira dah bolehla tolong ayah ajar ngaji kan, hehe..

alkisah bila tiba taun 95 kami pun berpindah ke rumah baru, banglo tuu!! tak jauh..selang satu simpang je pun. ni kira rezeki adik izzuddin la. baru lahir dah dapat rumah baru. tapi mmg bagus pun sebab rumah teres 2 tingkat dengan 7 adik beradik campur mak ayah mmg dah tak muat sangat dah. rumah teres lama tu dahla rapat2 ngan jiran kan. buatnya bila timee begaduh ke time adik2 nangis ke time mak jerit2 marah ke mmg dengar la kat jiran2. bukan takat selang 1/2 pintu. maunya sampai hujung deret sana pun boleh dengar. apetah lagi dengan jiran belakang rumah kan.

sekarang ni bila datang balik ke rumah deret 2 tingkat tu hati rasa di pagut2 sayu jek. tengok betapa tak terjaganya rumah tu. rasa sayang je tengok keadaan rumah tu jadik tak semenggah dibuatnya. lepas kami pindah ke rumah banglo, rumah lama itu mak ayah sewakan kepada sorg insan ni..yang baru2 ni dihambat kontroversi lah. aku pun sebenarnya tak bape berkenan ngan acik ni. tapi sebabkan dia ni kira senior citizen maka aku buat2 la macam boleh buat sembang2..kira hormat lagi la. tapi lepas je tengok dia kuar rumah situ dengan tak terjaga dan tak terbela..isk..sedihla hati kan. orang dah layan dia baik2 dia buat gitu kan..*dahla pindah rumah selang 4/5 pintu je dr situ, isk..isk..*

sedihla bila kenang2 balik zaman sekolah dulu kat rumah tu. sayangnya bila dah jadik camtu. kenangan kami adik beradik membesar kat situ mmg takkan dapat nak dilupakan.

About this blog