Followers

Tuesday, July 6, 2010

majlis keluarga

salam semua..

mood bagaikan takde untuk menulis lagi. rasa diri ini bagai penulis. kena ade mood untuk dapat idea yg mencurah2 baru best nak taip blog. tapi bila mood takde, dia punya feel tu pun hilang daa, huu!!

so, untuk isi topik terkini, pada ahad lepas, kami sekeluarga mengikut makteh jadik org sebelah, masa majlis kahwin anaknya abdul hadi. kenduri pihak pompuan di senawang. kenduri di pihak laki nanti buat di rumah kami di bangi minggu depan. rumah makteh and pakteh di bandar tun razak. jadi untuk minggu depan nih akan bz la kami menjadi tuan rumah yea..

ermm..camne ek majlis kawin ni sebenarnya? kekadang ade majlis buat kita rasa cam boringnya and tak bestnya rasa. tak kisahla majlis buat depan rumah ke, laman kampung ke, dalam dewan ke..janji protokolnya mesti ada, layanan ok..baru rasa sejuk je hati nak hadir. biasanya agenda yg perlu adalah protokol dalam menguruskan sesuatu acara majlis, lebih2 lagi majlis kahwin dan yang melibatkan jemputan ke pihak luar. dan yang lebih istimewa lagi dah tentulah pihak orang sebelah yang dianggap sebagai tetamu istimewa, ala2 vip gitu kan..

jadi patutnya bila pihak orang sebelah datang, kenala ade wakil pihak tuan rumah dah siap sedia menunggu kedatangan kami ni. mmg takde. lama juga kami menunggu kot ade sape2 nak datang menyongsong kami. paluan kompang mmg takde sebab zaman skang nih sumer guna radio je. tapi bunyik radio pun takde gak. sahla2 kami ni tak ternampak keistimewaannya. dengan rombongan yang tak berapa ramai (ramai dah hadir ke acara nikah semalamnya), dan barang hantaran pun dah dibawa masa nikah..jadi nampak macam kami ni tercangak2 je rupanya.

masa sampai ke kemah pengantin dengarla suara pakcik mc mengalu2kan kedatangan kami, potpet2 citer gitu gini..siap suh buat ucapan untuk pengantin. karaoke tuh dah dikira biasa la. aku tak paham nape org buat karaoke masa org makan kenduri? kalau artis tu aku tak kisahla. ni tah sape2 nyanyi dengan nada sumbang pastu bunyi yg terlalu kuat sampai nak becakap pun tak tedengar, hai..ape motip buat masa makan kenduri pun aku taktau. naik tecekik adela dengar suara2 sumbang itu!

setting di meja makan pengantin juga patutnya di link kan pada mc. dia patut tau berapa org yg muat di meja pengantin. sian ayahku (paklong pengantin laki) dah dipanggil ke meja pengantin alih2 tak cukup tempat kena beralih pula ke arah kami. dan sewajarnya ada pihak yang melayan pihak sebelah. perlu peka pada keperluan makan tetamu istimewa, macam air basuh tangan, tisu lap mulut, air minuman, buah tangan untuk mereka. hmm...nasibla. sume nya kena 'layan diri'. kau layanlah diri kau sendiri ye!

perkara2 sebegini biasanya mengundang perhatian dari para tetamu. dan inilah juga antara pentingnya diadakan meeting keluarga bagi membincangkan hal2 yg sebegini. kalau masa ukm dulu kolej selalu buat program. setiap program ada bahagian msg2. dan setiap bhg kena ada ajk dan ahlinya. contoh bhg protokol, makanan&minuman, pentas, acara, keselamatan, logistik, cenderamata, teknikal, peralatan dan sebagainya. kalau majlis penting tapi aturcaranya tak di perhalusi mmg akan nampak lah kekurangan. inilah pentingnya mesyuarat diadakan.

hmm..sabtu ni kenduri di pihak lelaki. kami di bangi jadi tuan rumah. insyaallah berkat adanya mesyuarat yg telah diadakan sesama kami ahli keluarga, segala yg dibincangkan akan dilaksanakan. aku nak buat lebih baik dr majlis di pihak pompuan, boleh?? huhu!!!

*tiba masa kami nak balik..pakcik mc tu nyanyi karaoke sambil berjoget2 daa..aduh!! sangat rasa tak bestnya!*

About this blog