insyaallah cikgu baru datang isnin. dah interview haritu. nampaknya macam ok. lagipun dah ade pengalaman ngajar kat tadika maria. nampak mmg boleh handle budak. yg sorang lg aritu berumur sket dr aku. dulu keja opis. ni nak mintak jadik cikgu tadika. tapi nampak gaya tak selesa ngan budak yg ramai. camno nak ajar budak kalau cenggitu lah kan. background pun dr keja opis jadi kurang sesuai tetiba nak ajar budak yg 20 lebih dlm kelas + 40 lebih urus total budak sume. yg lain2 tuh tepon kata nak part time la, lepas spm la. tak sesuai nak bagi kat mereka. yg lepas spm dah sah2 besok lusa cabut jugak nak sambung belajar tak pun nak keja tempat lain. yg part time nih kang esok lusa payah juga nanti big boss nak kena carik org lagi.
ade yg beranggapan kerja sebagai guru/pengasuh ni senang. hmm..takleh nak lepas gitu je goyang kaki. banyak keje yg perlu dilakukan. anak nak kena pastikan mahir 3m+agama. kalikan dengan 20. belajar 3jam saja sehari. agak2 cukup tak masa nak bagi diorg pandai? tu belum kira lagi yg lambat pick-up. masih tak reti menulis. baca sukukata pun belum dapat lagi. hmm..not an easy job. campur plak yg nakal dalam kelas kesana kesini kacau kawan buat kerja, sepah2 kelas, bersembang tapi keja tak siap lagi. memang satu cabaran jugak nak urus mereka. dan sudah semestinya perlu berdepan ngan parents. mana2 parents yg rajin tanya2kan hal anaknya di kelas. pencapaian anaknya. tapi ada jugak yg buat tak kisah je ngan keja anak. anak bawak balik kerja rumah pun dia tak tau. dia tak cek beg anak. sudahnya di kelas anaknya bawak keja yg tak siap. ada juga yg pesan suh buat keja di sekolah saja. jangan di bawak balik rumah. mak sibuk keja. balik nak rehat je. ade jugak org yg camni. takpelah. yang penting anak2 di tadika kami ajar juga mana2 yg termampu.
mintak2lah yg cikgu baru ni ok sebab dah ade pengalaman and dah kawin. yg sebelum2 ni anak dara baru tengah naik tu yg buat hal tuh. kena ulang balik ajaran dr sifu, huargggghh!!!!