Followers

Tuesday, November 13, 2012

solid food bermula

sudah 6 bulan aku susukan adik hafiy. skang bermulanya episod pemakanan adik hafiy. syukur alhamdulillah diberikan peluang untuk menyusukan adik sejak dilahirkan. hati kena kuat, kena semangat sejak dari hospital lagi. jangan tengok susu tak mencurah2 dah menyerah kalah pada susu tin. ada susu tu. kena bagi hisap je selalu. jadinya mak ni takleh malas2 la nak suh anak menghisap. nak berehat je katanya. penat lepas bersalin. tumpuan utama skang pada anak tu, bagi dia susu badan. mak letih memangla tapi anak tu nak dapatkan khasiat susu ibu kan. tolak tepi penat letih tu (kec kes medical)

adik berumur 6 bulan masa hari terakhir keluar wad di hosp serdang. minggu sebelum tu dah excited nak bagi adik makan apa, nak buat apa, letak kat bekas mana. sekali kena dok hospital. kuar hospital tu besoknya mulalah bagi adik makan. tak macam faris dulu aku terus buatkan bubur dan blender. kali ni aku cuba buat puri buah dan puri sayuran. setakat ni puri pisang dan betik adik suka. kucuba buat bubur ngan carrot blend dia takmau. hahaha..kena trial and error lagi. bekas? guna jelah bekas makan abg faris dulu. takdenya aku nak membeli baru. tapi yg penting kena buat fresh. kalau nak sejukkan pun sehari je kot. lagi prefer masak terus bagi. agak2lah masa dan jadual. mana yg sempat boleh buat renyah2. yg tak sempat buat simpel jek

orait. jom kita teruskan ke setengah tahun yg ke2. cuba susukan adik sampai umur setahun pulak ye. hey, rasa2 cam bangga ngan diri ini berjaya menyusukan untuk tempoh 6 bulan. syabas..syabas! *tepuk bahu sendiri*

About this blog