Followers

Thursday, April 7, 2011

mencari standard yang tinggi saja

entah apalah nasib lepas satu, satu yg menimpa. kalau nak dikatakan kami di jasmin ni tak popular, popular jugak. sebab apa, tiap2 tahun ada saja adik2 kepada bekas murid terdahulu akan sambung belajar di jasmin. ramai drp mereka adalah customer yg lama. yg pernah menghantar anak2 mereka yg kini dah sekolah rendah ataupun sekolah menengah. yg customer baru pun beriya2 juga nak menghantar sebab dengar dari rakan2 mahupun jiran2 mereka mengatakan tadika aulad jasmin adalah tadika yg terbaik. bukan itu saja, di sekolah agama juga ustazah2 banyak menyatakan yang murid dr tadika aulad sangat cepat dapat keputusan yg tinggi dalam hafazan mahupun bidang agama yang lain kerna dah dibiasakan sejak di tadika lagi. di sekolah kebangsaan, tak terkira ramai juga bekas murid aulad yang asik mendapat nombor tertinggi kerana masing2 dah expert dalam silibus sekolah dimana kami di aulad sering mengajar silibus yang sama malah lebih tinggi dr di sekolah kebangsaan. inilah antara sebab masih ada lagi customer yg nak menghantar anak2 mereka walaupun sudah bulan april. walaupun tempat sudah penuh. tahun ini saja jumlah murid di aulad jasmin naik mendadak sehingga penuh 2 buah kelas. penuh yg dalam erti kata 20/21 orang sekelas. ada lagi permintaan untuk menambah lagi namun kami tak dapat nak terima lebih2 lg nak sumbat murid ramai2 sehingga lebih 25 org di kelas tersebut. terpaksa jua kami tolak dan sampaikan kepada mereka yg mereka juga boleh ke aulad mesra yang terletak di jalan cheras kajang. hala ke tesco sebelah sana saja. boleh guna highway silk dr kawasan semenyih.

namun dalam ramai2 customer yg tak putus2 nak masuk kan anak mereka, ada juga customer baru yg walaupun ada parents lain pertama kali hantar anak mereka, tapi tak seperti orang ini. sejak dari mendaftar lagi sudah diasak dengan pelbagai soalan2 dan andaian negatif dan berprasangka. kata di mulut sangat gah hinggakan cikgu2 yg menyambut daftar itu rasa macam kecik saja. cakap mulut berbuih2 demand nak cikgu buat begitu cikgu buat begini. tiap2 tahun mesti ada saja mereka2 ini yg melebih2 dalam setiap tindakan dan tutur kata. hairannya customer lama yg dah biasa dengan aulad ok saja dengan kami. malah dah kenal rapat dengan kami dan takde sebarang masalah dengan kami. setiap perkara yang berbangkit akan dirujuk kepada kami memandangkan kamilah guru barisan hadapan yang berdepan dengan anak2 mereka. namun yang sekelumit ini sajalah yang setiap tahun membuat onar. memandang tinggi pada diri sendiri, memandang rendah pada setiap tindakan dan ajaran kami di tadika. mentang2lah kami ni sekadar GURU TADIKA SAHAJA..tak layak nak dipandang tinggi. kami tau setiap dr customer itu merekalah saja yang betul walaupun apa yang mereka utarakan adalah langsung tiada sebarang tolak ansur atau berdiplomasi. sehinggakan ada pepatah yang menyatakan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT!. tapi kalau dah jenis mereka yg seperti ini yang setiap masa saja asik nak komplen sana sini itu tak betul ini tak kena, jadi sikit sebanyak rasa hormat pada mereka ini menjadi kurang. kalau setakat cakap banyak nak komplen saja tapi tak pernah nak datang tanya situasi sebenar baik tak payah. walaupun begitu, tugas harus diteruskan saja walaupun terpaksa berdepan dengan mereka2 yg sedemikian. nasib baik mereka yg begitu anak2 mereka umur 6 tahun. dah tak payah nak jumpa lagi di tahun depan. next time masa daftar sapa2 yg cerewet sangat macam2 komplen kami nak sajes saja mereka carik sajala tadika lain yang high standard macam mereka. jangan lagi mencari kami yg tadika tak seberapa ni untuk menjadi tapak pembelajaran anak anda. pergilah carik tadika yang kemudahannya ribu2. yg gurunya ramai. yg pusatnya terhias cantik. yg taman permainannya besar. kami cuma beroperasi cara sederhana. dengan sederhana itulah kami membentuk akademik dan sahsiah murid sehingga ramai yang berjaya di sekolah kebangsaan/sekolah agama. kami tak minta untuk dipandang rendah dan di rendah2kan maruah dan kesabaran kami.

About this blog