Followers

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

sehari balik pilah - lamanya tak balik!

sabtu haritu mak ajak balik kampung pilah. ada kenduri sedara dekat. anaknya pangkat dua pupu la. atuk pegi sekali. seronok budak2 dah lama tak kuar jenjalan. aku pun beriya bawak satu beg buh baju budak2 nih. kotla dok kampung sampai petang ke. nak mandi2 tukar baju ke.

sampai kapung mak ajak balik rumah atuk dulu. ok aje boleh tengok rumah. memang dah lama tak balik pun. sampai2 je nampak poko rambutan dah berbuah, tapi tak banyak. tak lebat. langsat ada. eh, pondok kecik tepi rumah dah takde! atuk cakap paklong dah robohkan lama dah takde. hmm..rasa janggal plak benda dah berubah. pastu masuk dalam rumah paklong citer pasal tingkat atas dah mula nak roboh pasal anai2. kayu penyokong nak reput kat siling. paklong tunjukkan atas siling. dia tunjukkan lantai pun dah mula bergoyang sikit kalau orang berat pijak tu memang terasa la. sayangnya! rumah dah nak rosak, huhu! mak cakap dah panggil orang datang repair. tengah nak buat. eh, nampak sangat awak dah lama tak balik kan. kena amik tau jugak. umah ni dah jatuh ke tangan awak tau. *kongsi ngan yana*














tak lama. lepas zohor mak ajak balik. tapi memang kena singgah bus stand dululah pekena cendol, huahuahua! walopon mak kata rasa kapur ke manis sangat ke tetap sedap rasanya macam dulu. nak masuk highway hujan pun turun, ha time ni mulalah jalan jem. banjir sket kat senawang. masuk highway jem jugak. jalan sket jumpa eksiden. jalan depan lagi eksiden lagi. tipikal lah laluan seremban-nilai tuh.

Thursday, August 29, 2013

bertukar sudah..



adik ini bakal bertunang. semua tak sangka. padehal asik bertanya bila lah nak kawin ni sebab umur dia pun dah makin lama makin bertambah. samalah ngan adik dia si fatimah tu. beza setaun je pun. soalan sama cuma jawapan je lain2 diorang jawab. hahaha!



ini maklang faris. maklang hafiy. assistant nenda. assistant of the house! urgghhh..mesti mak sedih sebab bila dah kawin sok dah takde depan mata mak. yelah dah ikut laki..

well, tunggukan majlis nanti berlangsung ye! semoga selamat semuanya, insya allah..

Wednesday, August 21, 2013

raya 2013

assalamualaikum semua. salam syawal. macam mana dengan syawal ni, masih beraya ke? kalau ada sape2 yg terasa makan banyak sangat masa raya ni, nak kuruskan badan, nak rendahkan kolesterol, nak detox, bolehlah cuba vitamin shaklee ye. kalau tak dapat beli set penuh, beli set bajet pun ok juga. shaklee ni nampak saja mahal tapi ada yang tahan 3,4 bulan. dapat benefit lagi. roger! roger! sape nak contact saya ye!

raya kali ni kami semua balik taiping lagi. taun lepas dah balik taiping. taun ni balik sana lagi. mak kata pun pegilah. dah hari2 jumpa mak. tapi tetap rasa tak best di pagi raya tak beraya ngan mak ayah. ngan adik beradik. sebelum raya tak dapat nak buat persiapan ramai2. nak anyam sarung ketupat. mana aci! nanti lama2 tak buat boleh berkarat skil menganyam tuh. jangan tak tau. kami sume adik beradik anak beranak pakar dalam menganyam sarung ketupat. siap berlawan2 lagi sape buat paling banyak. tapi bab isi beras tu sume surrender. takut kang terlebih sukat ketupat jadi keras mcm batu. terkurang sukat ketupat jadi lembik. yg tak tahan tu nanti kena kutuk kaw2 punya kalau tak jadi. so mak ajelah yg isikan..



pagi raya kami di kamunting..

Friday, May 31, 2013

jalan-jalan ke bukit tinggi/janda baik

kami anak beranak menggagahkan diri memanjat bukit tinggi yang tinggi itu untuk melawat2 dan bercuti2. asalnya mereka bertiga yg nak pegi. tetiba aku pun rasa cam nak join terus melibatkan diri bawak anak2. abg kerja jadi kali ni sume trip orang pompuan. pergilah kami pagi rabu 29 mei haritu. yg bestnya 29 mei tuh besday aku, yeahaaa!! jadinya kira macam diorg menyambutla besday aku tu sebab bawak gi jenjalan, wakakakak! yang penting aku hepi sebab tetiba dapat ikut diorg berjalan2 walaupun cuma 2hr.

kitorang naik ke bukit tinggi dulu. bayangkan naik kete myvi dengan 4 dewasa+2kanak2 dan barang2. nasib baik beg di bonet. yang di kaki penuh ngan air kasut tisu dll. pehh! korang tau jelahkan naik ke sana dr tol gombak aku dah pening. dah sampai exit ke bukit tinggi nak menuju puncak tuh lagilah jalan macam bukit putus or cameron highland cuma aku rasa lebih belit lagi. ohh dengan anak2 yg takleh duduk diam lagilah aku tahan je mabuk kepala takleh nak cakap. kitorg naik ke colmar dulu.















lepas tu pegi pulak japanese garden. kena park dulu. kat sini kitorg dah lapar. mak ngan bebudak nih dah masak nasik lemak. so kitorg bentang tikar buat piknik kat parking lot tuh. pedulik ape orang nak cakap. lapar punya pasal.



dah makan kena mendaki pulak tangga tinggi dr parking lot tuh naik atas. bayangkan aku daki tangga dengan gendong adik, and baru lepas makan! pehhh!!






takde apepun sbenarnya kat japanese garden nih. kitorg pun dah penat decide turun ke janda baik terus. dapat makan aiskrim dan mineral mahal..oklah buat penghilang dahaga










yang paling seronok mandi adalah faris. hantu dia nak main air. sejuk2 air pun dia gagah jugak nak mandi. orang lain sume terketar2 sebab air sejukkkk! next time boleh datang lagi main masak2 lagi ngan family member lain plak ye!

Saturday, May 18, 2013

muhammad basyir

adik bujang ini sudah bernikah pada jumaat 17 mei. semoga rumahtangga berkekalan dan dapat membawa isteri ke arah keredhaan Allah










lepas ni nak gi kenduri belah pompuan. kat lorong sebelah aje. ahad sok baru kenduri belah kitorg

~dapat mak menantu pompuan sorang lagi..

Sunday, September 16, 2012

permulaan rezeki

hari ini hari terakhir syawal. hari terakhir juga aku berpuasa enam. menggagahi diri untuk mengejar puasa 6 dihujung syawal. mujur masih sempat untuk aku menunaikannya. terasa2 seperti di bulan ramadhan~bangun pagi jam 4.30/5.00, panaskan nasi dan lauk, makan depan astro, bancuh air protein, makan vitamin...dan kerja seperti biasa. besok berakhirlah sudah syawal untuk tahun ini.

aku mahu menjemput kalian ke fanpage di facebook: SweetLings~banyak hidangan desert buatan tangan si adik dan emak. jemputlah lihat2. like sekali. kalau ada nak order boleh tinggalkan order di fanpage sana. cubalah untuk 10/20/30/50 sekali order ke. kalau kek tu mungkin boleh cuba untuk sebiji saja dulu kan.

oklah, till then.. 




Sunday, August 26, 2012

raya 2012

2012-kami beraya di kampung taiping. lepas dah lama tak pulang ke kampung. baby baru yg dah umur 3 bulan pun belum dapat lagi berjumpa ngan atuk opah. mak cakap..dah hari2 ada kat bangi sini, korang baliklah kampung, takpe. jadi ke taiping lah kami. abg amik cuti lama juga dalam 5 hari di sana. smpatlah berpuasa 2 hari dan shopping2 baju untuk adik2 dan mak.

kali nih sume ipar balik sama2 beraya di kamunting. abg sulung abg khairul dan keluarga, adik lelaki ke3 fildraus dan keluarga, adik perempuan ani dan keluarga, serta adik2 di bawah yg bertiga. jadinya di pagi raya berkumpul dapatlah mendengar tazkirah pendek dari ayahanda dan bonda, uhuk2! tazkirah serta luahan perasaan. hisy, tak suka betul bab2 leleh air mata nih.

anak beranak sume suka dapat main sama2. cucu2 atuk dan opah sume berenam. yg dapat main berlima lah. baby tak kira. anak abg khairul-kaisan sebaya ngan faris 3 tahun, anak alang fildraus dua orang. afrina 5 dan rayyan 2 dan anak ani-nabil 5. campur ngan faris riuh lah jadinya. main sekejap mesti ada gaduh2 nangis2. kalau anak masing2 bertambah sok? 10? waduhhh..gamatla rasa.

mak dan ayah

 lepas ni nak berjalan ngan kawan2 pulak. round satu bangi dan kajang. mana yg sempatlah. insyaallah gambar2 akan menyusul

Saturday, August 11, 2012

anak2 penyeri jiwa

alhamdulillah sudah masuk penghujung minggu ketiga puasa. minggu depan sudah boleh ready nak balik kampung. kali nih kami beraya di kamunting sana. lagipun lama tak balik. mak ayah sana pun tak tengok lagi adik hafiy yang dah cecah 3 bulan umurnya. tak kisahlah. kat sinipun hari2 dah jumpa keluarga. cumanya tak dapatla berjalan raya sama2 ke melaka jumpa org kampung sana. kalau jalan ramai2 lagi best. hmm..mungkin boleh jalan sama lepas balik dari perak nanti kot. nak ke rumah makteh ke acik ke kan.

adik hafiy sudah besar dan panjang badannya. baju newborn dah tak muat. dah kena pakai baju 3 bulan ke atas punya. badan pun sudah mengembang sikit. alhamdulillah dapat susukan adik macam biasa di bulan puasa nih. cuma maknya nih rasa lembik loyak kurang cergas je rasa, even dah makan vitamin. khasiat vitamin dapat ke adik kot. tu yg maknya lemah je tu. insyaallah prestasi diri akan cuba ditingkatkan lepas raya nanti. dan juga cuba nak menguruskan badan, uhuk uhuk!!

abg faris? hmm..geleng kepala. kadang keletah dia penyejuk jiwa. kadang mencabar rasa. apepun dia anak yg masih berumur 3 tahun. sesekali mintak dimanja. nak berdukung, nak dipeluk, nak diberi perhatian pada apa yg dia cakap. siap dia cakap suh pandang la dia, dia nak cakap ni. kadang senyum yg manis meruntun jiwa. cumanya yg buat pening kepala bahasa bertutur dah mula berleluasa sesuka-hati-nak-cakap-ape sampai orang sume geram. hmm..faris, kita cuba lagi lepas ni ye. badan tu dah makin berisi dah. sok nak beli baju melayu tak dapatla saiz budak umur 3 tahun. silap2 pakai yg umur 5/6 tahun sebab pinggang dah melebar, isk..isk..kita tengok jelah nanti

Friday, July 27, 2012

eh rajinla maklang ni!

sepanjang aku kerja adik hafiy duduk ngan maklangnya. skang maklang tak keja dah. mencari2 lg kot. nasibla kena jaga baby lagi. dulu masa faris kecik maklang yg jaga jugak. masa tu sebelum dia keja kat hp cyberjaya. ni ada adik hafiy kena jaga lagi kan. okla tu. kalau tak takde sape boleh tolong jagakan. nenda dah bizi buat macam2.

dah lama perati maklang dok basuh2 steril botol ebm. slalu balik keja tengok botol dah berendam dalam bekas steril. tadi balik tengok maklang tengah cuci ngan berus. pastu taruk balik air panas masuk flask air rumah. wah wah..rajin la pulak aku nengoknya (tau dah rajin sbb dia sorg tolong mak kalu org order catering...rajin buat cookies..rajin buat segala mala cake. masak memasak je takde lagi, huhu!!). bukan senang ye nak nampak maklang or makteh rajin2 di dapur. hoh kalau ye mereka berdua turun adalah suatu yg amat takjub dan ajaib, hahaha!!!

apepun maklang menjaga adik hafiy dengan baik. tqlah maklang ye. nantila mak hafiy ni hulur2 la sikit apa yg ada------err, kalau maklang dapat keja sok adik hafiy nak duduk ngan sape ye? ngeee!!!

Tuesday, June 12, 2012

akikah adik hafiy





alhamdulillah majlis akikah adik berjalan sederhana. ayah belanja kambing satu. nenda belanja kambing buat akikah di makkah. syukur rezeki adik :)

Friday, June 8, 2012

catatan hari ke - 32

mencecah ke sebulan yang pertama usia adik. hari ini apmt adik ke hosp pantai. debar2 nak tau berapa berat adik. last cek up adik punya berat 3.1kg. so tadi timbang sudah naik ke 3.65kg. alhamdulillah. ukur lilit kepala adik dah tambah. tinggi adik pun dah tambah juga. dr kata ok sume ok u jangan risau, heh heh. dr cuma bagi krim untuk ruam2 muka adik yg kuning2 itu.

hari ini jumaat org sume sudah bersiap sedia untuk kenduri akikah besok. mak ngan kirin dah siapkan kek dan dadih. smalam diorg buat coklat keping yg ada gambar atas dia. tah ape-ke-nama gambar tuh. dora kot. aku order juga untuk dyla yg bertunang besok. tak dapat nak attend lah dyla. lagipun masih pantang lagi. majlis kat dalam rumah ni bolehla. abg pegi ke pasar beli barang2 mentah. ada lauk pauk yg masak sendiri. yg order lauk kambing rasanya.

ha, lupa pulak. tadi sekali ke klinik pakar telinga kat sg chua. aku punya telinga bengkak lagi. sebelah bengkak sebelah tersumbat. adehh..masalah sejak anak dara lagi. telinga aku asik gatal2 pastuh pantang ada cotton bud tulah nak mengorek je. tulah jadinya. dah kena mau 3/4 bulan insap jap pastu dah lupa bengkak balik. sedut balik. pegi tadi pun dr tu dah senyum2 tau yg aku nih slalu kena. last kena masa peknen adik masa 4 ke 5 bulan. skag nih insap lah jap.

okeh. tunggu majlis esok. gambar tunggu org lain kot. ank upload dlm lappy dia rosak pulak..

adik, umur sudah sebulan okeh!!

Tuesday, April 10, 2012

it's week 34!

entri kali ini ditulis setelah 3 hari mak ayah berada di mekah. dibawa juga kirin dan imah yang diminta berdoa di jabal rahmah buat permudah jodoh oleh allah. hehe..umur sorg 26 sorg 27 dah memang patut dah boleh kawin. aku dulu kawin umur 23 lagi, huhu!!

di saat ini aku sedang menerima permohonan untuk pekerja baru di jasmin. pekerja yang baru aku amik februari lalu skang dah kena amik pekerja baru lagi. februari dulu memang terdesak jadi ku amik saja mana2 yg nak kerja. sorg tu lepasan spm jadi bila result kuar baru2 nih dia dapat tawaran sambung belajar jadi dah keluar. sorg lagi asik amik cuti menjaga mak mertua sakit di hospital hingga menjejaskan perjalanan tadika/taska kerna guru yg mengganti hingga ke petang cuma cikgu 5 tahun sorg. dia pun tugasnya hanyalah guru saja. dan nasib baik rumahnya berdekatan jadi bolehla minta tolong jaga/memasak hingga jam 7 mlm. aku nanti pun tah rasa2 tak boleh datang ke sure aku pun cuti sama. jadi takde org nak tolong jaga budak2 kelas. jadi kali nih aku amik yg bujang supaya diorg boleh duduk di premis dan juga yg tak sambung belajar/tak apply mana2 kerja lain dalam masa terdekat. dalam erti kata lain jadi pekerja tetap lah, i hope.

perutku sekarang sudah menurun ke bawah. dan baby juga semakin bergerak aktif. kadang2 gerak perlahan. kadang2 berdetik2. kadang beralun besar macam ombak sampai senak perut ku rasa. amboi...tah ape yg disilatkan dalam perut tu pun aku tak tau. skang dah minggu ke-34. dup-dap-dup-dap sebab faris dulu lahir minggu 36 (which means lg 2 mg). walaupun due date aku hujung mei (max pregnancy=40 minggu). ape2 pun tunggu dan lihat sajalah. kalau baby ni nak bertahan sampai lepas 36 minggu hujung april nih, kita tunggu ajelah bulan mei besok. dan kalau aku pun boleh bertahan jugak...huhu!!

..er, baju baby banyak guna yg faris punya. tapi lupa sarung tangan/kaki dah bagi ke maryam. bedung/towel pun dah bagi. ok tak alasan nak kena beli baru nih, hahaha!!

Sunday, February 5, 2012

berkelah

memulakan cuti nan panjang dengan mengikut cik abg pegi bekelah. katanya nak ke sungai congkak besama kawan2 opisnya. memula rasa cam seganla nak jumpa org x kenal tapi pastu pikr best jugak dapat pegi mandi manda. lagipun faris memang suka main2 air nih. so kami pun pegila betolak pagi dr rumah menuju ke opis mereka kat puchong. then ke-bukit jalil-mrr2-hulu kelang-hulu langat. ooo...situ pun boleh jalan ye. mari kita lihat gambar2..




















balik sume kepenatan. tapi rasa best dapat mandi-manda. lain kali boleh datang lagi!


Sunday, January 22, 2012

kutip buah

skang d kampung kuala pilah. dah dua hari di sini. diorg tadi pegi mengutip buah keliling rumah. banyak buah rambutan manis2 sumenya. buah langsat pun ada. tengok2 abgku tengah manjat pokok langsat. yg lain2 kutip kat bawah. aku tak larat le nak tebongkok2 pusing sana sini. aku dah mengah. dahla suar yg aku pakai nih dah mengetat! kaki pulak sakit dr sendi paha ke pinggul. hallemak...duduk bangun duduk bangun terasa mengah. tapi selera makan tinggi! jap2 makan jap2 makan. besok kami balik la ke bangi. huarghh!!

Sunday, November 27, 2011

awal muharram nov 2011 di kuala pilah

bersiaran dari kuala pilah. kami balik bawak atuk cuti 3 hari sampai isnin sempena cuti awal muharram. yg balik basyir, man, imah, yana 3 beranak dan aku 3 beranak. sampai2 semalam dengan diiringi hujan lebat kami terus dijamu masakan lemak cili api maklong yang sememangnya sedap itu. dengan ikan goreng bercili, sambal gesek buah kundang, perghhhh!!! masakan maklong memang terbaeklah!! sampai kami sumer makan bertambah2! terima kasih pada maklong dan paklong yang tolong jagakan rumah kampung atuk nih.

so, program besok hari adalah....BBQ!! memasak dan memanggang beramai2. sayang ni pun kirin, adik, husin dan ayah xde. ayah kena sakit mata plak. kalau sume ade mesti meriah makan bbq dengan nasik lemak mak, nyum..nyum!!






















kabus pagi di kuala pilah


About this blog