Followers

Sunday, July 17, 2011

kejadian hari sabtu

hari sabtu semalam planning nak jalan2 ngan cik abg dan faris. target nak gi alamanda tengok transformers. tapi kitorg kesana kesini dulu buat urusan lain. tapi mula2 skali singgah kedai mamak sarapan pagi (err...pagi tu dah kul 10). dah abis sarapan nak ke kedai runcit sebelah, tetiba lak aku terjatuh dengan tak disangka2. terpeleot pulak. terperanjat aku kejap macam kena 'pause' sambil tahan sakit kaki. ku toleh belakang rupa2nya ada kulit buah langsat atas simen dan sandal aku telah memijaknya. terus membuatkan kaki ku terpeleot. cis!! mula2 macam boleh tahan. teruskan perjalanan. dan akhirnya ke alamanda beli tiket. still jalan dengkot2. boleh lagi tahan..

beli tiket tanya citer transformers..full house lagi!! apedaaa. ingatkan dah lepas 2 minggu dah reda. ini masih full. tak dapat lagi nak tengok citer tuh, hisy!! last2 tukar second choice tengok citer larry crowne-sebab dah tengok trailer dia kat tv kan. ade tom hanks ngan julia roberts. and kat radio pun ade kuar iklan. pelakon hebat tuu..memang nak tengoklah citernya selepas transformers. so dah beli tiket kitorg jalan2 gi makan tengahari, tukar pampers faris and solat. masa ni dah mula rasa kaki dah bengkak. cik abg cakap jomlah kita balik. ohh..tak boleh. tiket dah beli. and memang nak sangat tengok movie. ape lagi. harung jugakla jalan tapi dah mula menahan sakit. dengkot2 la.

citer nih-larry crowne-memang ade part yg best. kelakar2. gelak2. okla lakonan dua pelakon hebat tu kan. tapi tah kenapa ada part yg rasa macam lambat dan perlahan. contohnya masa part mula2 ngan part hujung citer. tapi keseluruhan ianya taklah terlalu membosankan. cuma tak terangkat la tangan nak cakap 'superb'! akhirnya, rasa2 aku nak bagi bintang 6/10. belum cukup mantap lagi nak kasik gamat panggung. apepun aku suka dua2 pelakon hebat itu di kaca movie ;)

kaki aku? abis movie terus kami pulang menuju ke klinik. aku pun dah tak tahan nak tanggung sakit. bila dah makan ubat dan sapu yoko2, malamnya dah mula kurang rasa sakit. tengok dulu sehari dua ni camne kan. hai...sungguh tak terduga betul pepagi hari lagi nak kena, adoii..

About this blog