Followers

Saturday, June 25, 2011

akhirnya tengok juga Kl Gangster

citer kl gangster dah nak habis baru la dapat pegi tengok. ape taknya. dengar2 hebat citernya. yg terakhir dengar kabar dah dapat 11 juta. ade plak yg sampai 2,3 kali ulang tengok citer nih. dr feedback ramai yg kata suka, kagum dengan arahan si syamsul yusof nih. takleh jadi. org kata gempak kita musti nak tengok jugak. kang dikatakan terlepas citer tak ikut perkembangan kan..

tapi sekali dah tengok, errr....terkerut2 dahi ku sepanjang sesi tayangan itu. amatlah ganas dan extreme nya citer tersebut. label cerita adalah 13 pg. dan dari segi keganasan tahap terlampau dan bahasanya yg kesat aku rasa sungguh amat tak sesuai buat label 13pg. dalam panggung tu ade jugak mak bapak bawak budak2 sekolah. jangan kata budak sekolah rendah, yg sekolah menengah pun aku rasa tak sesuai tengok citer ganas melampau neh sebab sikit sebanyak dia boleh mengajar budak2 remaja hingusan cara2 nak pukul dan terajang org. tu tak masuk lagi gaya bahasa yg kesat dan tak sopan. hai..lah. geleng kepala aku tengok citer neh. sinematografi dan sudut kamera serta kualiti gambar mmglah elok tapi isi dan jalan cerita serta skrip nya tidak mendidik masyarakat menjadi seorang yg baik. hmm..bilalah org seni nak buat cerita yg ada hemah dan berbudaya tinggi. dulu kala citer race2 motor dan kereta siap ada scene tido2 sama dalam bilik. scene beronggeng kat kelab. siap ada skrip 'bil air tertunggak' bila dah lama tak 'buat' ngan mana2 gadis. citer apekah ini? aduhh..geleng kepala. kalau dapatlah 12 juta citer nih dan esok lusa terbentuk pula kumpulan remaja sekolah yg tiba2 dah pandai jadik gangster main pukul2 sana sini, alamat tak tercapailah misi dan niat positif yg katanya nak diterapkan dalam filem ini.

*huh...aku tak tau nak buh berapa bintang kat citer nih. rasa tak layak nak bagi bintang pun ye jugak. tergaru2 kepala aku tengok citer nih*

About this blog