Followers

Monday, August 30, 2010

hari yang penuh tragedi

salam..

aku masih di kampung kamunting hari ke2, saat kami menerima kabar yang adik kena sawan dan akan ke hosp pantai untuk ke emergency. aku dengar je berita tu dah terdiam. kami di kampung sedang solat maghrib/masih berbuka. aku pk kan yang adik mana penah kena sawan2 gini. sebelum kami balik kampung pun yang aku tengok dia hanya batuk sesema je dah bape hari. aku dah cakap ngan abg..jomla kita balik malam ni. abg cakap..kita balik esok jelah macam besa. tup..tup malam tu masa kami dah baring2 (baru jam 9 lebih ye..kat sana tak dpt nak terawikh di rumah sebab masjid kat luar. takkan nak bawak faris..), dapat tau lagi pasal adik yg dia kena masuk ICU pulak. laaa...terus abg suh siap2 suh balik mlm tu jugak. jadinya kul 12 lebih kami bertolak dr kamunting dan tiba di kl jam 5 pagi ~weh..ngantuk tahap gaban drive sesubuh sapie time tido weh. aku gilir2 ngan abg pn terkelip2 mata nak suh mata bukak~

dalam hati mmg aku risaukan adik. dia mana penah kena benda2 sebegini. paling teruk pn demam+batuk+sesema. kalau papepun dia bukannya nak bagitau yg dia sakit ke ape. senyap je. mak mentua aku cakap kalau kena sawan ni dia panas kat dalam. ye pun sebab mak cakap adik tak panas luar. aku dah pikir2 time aku ngan adik sejak 2menjak nih. dia ni dahla tukang bawak bacaan masa terawikh. 3/4 tahun kebelakangan nih ayah dah ajar dia bacaan masa terawikh (ape ke namanya..ratib ke). kira assistant ayahla. abg2 yg lain sorg ke masjid, lg 2 org mmg jarang terawikh sama. pastu masa ramadhan nih aku yg amik dia dr sekolah masa tgh. sebelum puasa dia jalan kaki. kitorg sume risaukan dia sebab jauh gak dari sekolah menengah jalan 4-rumah jalan 3 (sempadan fasa 3-4). dulu dia naik van. alaaa...acik yg kontroversi tuh. pastu lepas2 tu dia asik jalan kaki je. kitorg tanya dia apsal tak naik van acik tuh. dia kata dia terlambat la, ade kelas la, takpe..nak jalan kaki la. kitorg syak mmg acik tuh yg tinggalkan dia (sebab protes ngan kitorg kott). last2 adik rela jalan kaki sendiri. adela dlm 15 minit nak sampai rumah. penat tuu! bila nak masuk puasa dia dh pesan ngan mak suh amik. so akula jadik tukang ambik.

bila dah camni mmg terkenang2 time aku ngan adik. aku anak 1st, adik last. beza kami 14 tahun. aku ngan yana beza 3 tahun, adik ngan husin pn beza 3 tahun. papehal aku mmg jarang tunjuk perasaan kat adik2+mak ayah yg aku amik berat kat diorg. tah. aku tak reti nak tunjuk. besday ke ape ke mmg aku diam je. takde nak bagi2 ucapan ke present ke. tapi kalau ape2 berlaku mmg aku terasa dan terkesan la dlm hati.

smalam ahad 30/8 kami berkampung di wad adik. tengok dia dah hepi and nampak sihat. cuma sesekali nurse dtg cek suhu ade suhu dia naik..demam sket. lepas tu suhu turun semula. yg tinggal teman adik, mak ngan imah. takpe. arini kang kitorg dtg lg. aku harap adik ok lepas ni. diala peneman mak ayah setiap waktu. makmum tetap setiap solat. (kebiasaan kami berjamaah setiap waktu).

*arini kang aku kena bawak yaan cek-up. dia dah masuk 5 bulan. katanya ade rasa baby gerak2. kot dpt rezeki kang taula ape jantina baby. raya sok dia balik kedah semula. cuma bila nak besalin baru dia turun bangi balik*

Sunday, August 22, 2010

bukan semudah yang disangka

salam ramadhan ke11..

sejak 2menjak 3menjak 4menjak ni..pengeluaran masih lagi melebihi pendapatan. aku dah lama menggigit bibir memendam rasa. bilala agaknya dapat rasa jadi seorang jutawan kan. bulan2 punya pendapatan mmg takde yg berlebih untuk simpanan. lebihan yang ada ngam2 choi untuk dibuat emergency kot2 faris sakit nak ke klinik atau keta rosak nak kena repair. yg lain cukup2 utk cover sesi hutang sana hutang sini, urghhh!! sape2 dah kawin, baru kawin dan yg nak kawin sila bajet2 pengeluaran anda sebelum gaji ye. pembayaran dibuat untuk..

1-rumah
2-kereta
3-perabot2
4-kad kredit
5-bil2 utiliti
6-belanja anak
7-belanja diri
8-kecemasan
9-extra kecemasan

untuk diri sendiri tu..termasuk belanja rumah+topup belanja anak+topup belanja abg kalu dia pn short duit, huhu!! aku terbayang2 saat bujang dulu. tiap2 bulan dapat beli novel+baju+kasut..sekarang nak tukar spek ke cuci gigi ke nak kena bajet dulu awal2 ye. beli soping2 dah takde nak suka2 hati. sume kena bajet. tiap2 bulan ade buku bajet tau. duit ni nak bayar ape..duit tu nak bayar ape. takpelah, den syukur yo ateh nikmat yg diboghi..~walaupun nak topup kredit...rm10. isi petrol...rm10, huhu!!~

Tuesday, August 17, 2010

bila diri diterjah

salam..

harini masa aku bukak blog ada nampak sorg di kotak komen, dan org itu ialah antara tokeh2 shaklee online. hallemak!! malu la diorg dtg baca. heh..i malu2 gitu bile nak citer kan. sebab bukannya apepun. takdela sehebat customer2 lain tentang pengambilan shaklee nih. tapi sebab dah diterjah, eheh..i terpaksa la citer.

alkisah..dulu aku slalu search tentang ape boleh dilakukan dengan kesihatan faris yg tiap2 bulan demam batuk sesema. aku mmg rajin godek sana sini. at last aku terjumpa blog kak N
aku mmg kesal sebab bila tengokkan bila faris sakit mmg 3/4 jenis ubatnya, dan aku mmg tak bf kan faris. owhh..kalaulah masa itu boleh diputarkan. so kak N mencadangkan aku memberi Meal shake + omega.

tak lama kemudian aku tiba2 diserang sakit lutut sampai bengkak. citernya aku duduk bersimpuh lama then bila aku nak bangun tetiba rasa sakit sangat sendi lipat tu, terus jadi bengkak masa nak tido. mmg tak tahan. aku citer la kat mak. abih aku kena perli. mak kata sebab badan berat sangatla tu. pastu kena bebel sebab umur muda lagi dah sakit lutut kan. alaaaa...aku taula aku mmg tak amik susu ke kalsium lain ke, vit ke. aku rasa serik bab nak makan ubat nih. teringat masa peknen dulu doc bg ubat kalsium yg gabak gile sampai nak muntah2 aku makan nya tapi terpaksa makan gak sebab dah kena marah ngan doc bila ubat ada lg, huhu!! so aku pun refer lagi pada kak N dan aku bagitau jugak yg aku tak prefer pil. so dia cadangkan aku amik 3 gems yang dihasilkan dalam bentuk serbuk. memandangkan aku dah amik meal shake, aku cuma tambah Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink (PD). harga 22 tu mmgla cecah ratus cuma kebetulan masa tu ada duit lebih dan sebab aku pun taknak perkara tu berulang balik kan. masa tu nasib baik sakit dah kurang sebab amik ubat di klinik. ubat tahan sakit dan sapu. so bermula la era aku dengan shaklee. bila ketiga2 produk tu dicombinekan ia mmg menghasilkan minuman shake yg sedap (tapi dak kirin rasa dia tak suka). ape yg aku pasan bila minum tu aku cepat kenyangla. yg kesan lain aku tak nampak sangat. tapi aku suka sebab aku boleh minum waktu pagi ngan petang masa minum. so sebelum makan malam perut dah kenyang sket so makan pun kurang.

skang nih aku sedang makan trial pack set A (optimum set) sebab 3 gems dah abis and ongkos pun takde nak beli lagi. owwhh..aku nak tunggu gaji bulan ni nak order lagi 3 gems tersebut (pil..oww..mmg aku nak surrender la). thanks to kak N sebab kadang kala tanya juga perkembangan aku ni. dan semoga aku ngan faris juga dikurniakan kesihatan berpanjangan insyaallah..

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan kali ini

insyaallah besok bermulanya kita berpuasa. maknanya malam ni dah mula terawikh yang pertama. owww..masih teringat2 lagi ramadhan yang lepas. masa tu faris umur 4 bulan. masih lagi berbaring di atas tilam. bila tiba waktu terawikh, elok je dia tido kat tepi. tapi dah sampai ke witir dia macam tau2 je solat dah nak abis dibantainya melalak tak hingat! owh..sungguh tak aman di hujung2 terawikh itu. tahun ni? haaa...siapla. kaki dah ade. maknya pun nak solat terawikh gak kan. kang kalu ku letak di tepi sejadah, buatnya dia menonggeng depan orang ke..duduk atas sejadah kita ke..gi punggah segala quran/muqaddam ke..huiii..takleh tahan!! mak dah plan awal2. suh letak je faris kat dlm playpen. pastu buh mainan dia ke buku ke. err..aku rasa ok tapi kang musti dia nih menjerit2 nak kuar. isk..isk..kita cubala kot untuk malam pertama terawikh ni kang!

seperti selalu aku akan melepak rumah mak sampai lepas terawikh. kitorg dah biasa terawikh berjamaah di rumah dengan ayah. jarang kitorg ke surau melainkan ayah ade hal. pas dah abis terawikh tu aku tapaula mana2 lauk pauk yg masih banyak lg tuh buat bawak balik, hehehe..aku masak nasik je pun kat rumah. paling2 tambah lauk simpel jek. abg aku pun bukannya sahur ngan lauk pauk bagai nih. malam pun balik lambat kan. baikla aku dok umah mak je. hisyy..dah terbayang2 menu bukak pose mak nanti. slluurrpp!!!

ha..nanti kot rajin aku akan tempelkan juadah berbuka pose ye? aku tunjuk la menu ape yg mak aku masak.

Saturday, August 7, 2010

sepi terlerai

hoh hohhh!!! lama tul tak menaip. hati tu memang menggeletek2 nak buat entri baru. tapi kanke buat entri ni perlukan feel...penjiwaan dan penghayatan. sebab den kena buat tesis daaa..dah mula bab 1. adoii..dah la dah lama cuti..2 bulan. nak kena warm-up balik untuk cari artikel and rujukan. adehhh..dehh!! lect bagi masa 2 minggu hantar bab 1. nak karang ayat pun temenung sana temenung sini, heh...






faris sebelum sakit

sejak faris kuar hospital haritu, alhamdulillah di nampak sihat dan ok. seminggu lepas kuar wad, kitorg jumpa balik dr.azam untuk check-up susulan. masuk2 je dr tanya kalau ada sape2 keluarga ada lelah atau asma. dia cakap faris punya paru2 sensitif sket. mmg kalau sape2 batuk sesema senang je nak jangkit kat dia. so dr bagi faris ubat lelah yang inhaler tuh. 2 jenis. satu untuk bagi tiap2 hari sampai 3 bulan nak bagi paru2 dia ok. satu lagi ubat bagi kalau dia batuk sesema teruk. tak penah2 rasa yang faris ni ade lelah ke asma. tapi dr kata dia ni kira mild asma, bukan teruk punya. ~err..kopak lagi duit. makan ratus2 gak ubat 2 jenis + alat mask tu~




lepas kuar wad bawak faris gi taman


sekarang faris dah mula nak pandai bercakap. tapi pelat lagi la. ape orang cakap dia dah paham. dia dah tau bila kita kata 'tutup'..dia dah pandai cakap 'kak'..suh bukak. 'baibai!!' flying kiss pun dah pandai. hoh..paling tak tahan bila dia menyepah. bukak tutup laci..kirai2 baju dah lipat..alat2 solek atas meja mmg slalu la berterabur buat main..adehh!!

jarang ni dapat citer pasal faris. skang umur dia dah setahun 3 bulan. alhamdulillah perkembangan dia setakat ni bagus dan memuaskan *mengikut ape yg aku belajar masa aku amik master awal kanak2 nih*

About this blog