Followers

Monday, August 30, 2010

hari yang penuh tragedi

salam..

aku masih di kampung kamunting hari ke2, saat kami menerima kabar yang adik kena sawan dan akan ke hosp pantai untuk ke emergency. aku dengar je berita tu dah terdiam. kami di kampung sedang solat maghrib/masih berbuka. aku pk kan yang adik mana penah kena sawan2 gini. sebelum kami balik kampung pun yang aku tengok dia hanya batuk sesema je dah bape hari. aku dah cakap ngan abg..jomla kita balik malam ni. abg cakap..kita balik esok jelah macam besa. tup..tup malam tu masa kami dah baring2 (baru jam 9 lebih ye..kat sana tak dpt nak terawikh di rumah sebab masjid kat luar. takkan nak bawak faris..), dapat tau lagi pasal adik yg dia kena masuk ICU pulak. laaa...terus abg suh siap2 suh balik mlm tu jugak. jadinya kul 12 lebih kami bertolak dr kamunting dan tiba di kl jam 5 pagi ~weh..ngantuk tahap gaban drive sesubuh sapie time tido weh. aku gilir2 ngan abg pn terkelip2 mata nak suh mata bukak~

dalam hati mmg aku risaukan adik. dia mana penah kena benda2 sebegini. paling teruk pn demam+batuk+sesema. kalau papepun dia bukannya nak bagitau yg dia sakit ke ape. senyap je. mak mentua aku cakap kalau kena sawan ni dia panas kat dalam. ye pun sebab mak cakap adik tak panas luar. aku dah pikir2 time aku ngan adik sejak 2menjak nih. dia ni dahla tukang bawak bacaan masa terawikh. 3/4 tahun kebelakangan nih ayah dah ajar dia bacaan masa terawikh (ape ke namanya..ratib ke). kira assistant ayahla. abg2 yg lain sorg ke masjid, lg 2 org mmg jarang terawikh sama. pastu masa ramadhan nih aku yg amik dia dr sekolah masa tgh. sebelum puasa dia jalan kaki. kitorg sume risaukan dia sebab jauh gak dari sekolah menengah jalan 4-rumah jalan 3 (sempadan fasa 3-4). dulu dia naik van. alaaa...acik yg kontroversi tuh. pastu lepas2 tu dia asik jalan kaki je. kitorg tanya dia apsal tak naik van acik tuh. dia kata dia terlambat la, ade kelas la, takpe..nak jalan kaki la. kitorg syak mmg acik tuh yg tinggalkan dia (sebab protes ngan kitorg kott). last2 adik rela jalan kaki sendiri. adela dlm 15 minit nak sampai rumah. penat tuu! bila nak masuk puasa dia dh pesan ngan mak suh amik. so akula jadik tukang ambik.

bila dah camni mmg terkenang2 time aku ngan adik. aku anak 1st, adik last. beza kami 14 tahun. aku ngan yana beza 3 tahun, adik ngan husin pn beza 3 tahun. papehal aku mmg jarang tunjuk perasaan kat adik2+mak ayah yg aku amik berat kat diorg. tah. aku tak reti nak tunjuk. besday ke ape ke mmg aku diam je. takde nak bagi2 ucapan ke present ke. tapi kalau ape2 berlaku mmg aku terasa dan terkesan la dlm hati.

smalam ahad 30/8 kami berkampung di wad adik. tengok dia dah hepi and nampak sihat. cuma sesekali nurse dtg cek suhu ade suhu dia naik..demam sket. lepas tu suhu turun semula. yg tinggal teman adik, mak ngan imah. takpe. arini kang kitorg dtg lg. aku harap adik ok lepas ni. diala peneman mak ayah setiap waktu. makmum tetap setiap solat. (kebiasaan kami berjamaah setiap waktu).

*arini kang aku kena bawak yaan cek-up. dia dah masuk 5 bulan. katanya ade rasa baby gerak2. kot dpt rezeki kang taula ape jantina baby. raya sok dia balik kedah semula. cuma bila nak besalin baru dia turun bangi balik*

2 comments:

AlongAzrina said...

Banyakkan besabar ye.

farah hamirdin said...

kak..tq ye. alhamdulillah adik dah semakin ok. ingatan dia pun dah banyak bertambah. sehari lepas kejadian memang dia banyak tak ingat ape yang berlaku. cuma sekarang badan dia masih lagi sakit2 and ade lagi sakit kepala. kami masih bergilir2 teman dia di hospital sana. doc cakap jangkitan kuman dah teruk kena kat dia.

About this blog