salam ramadhan ke 24
ramadhan makin tiba ke penghujung. sana sini terbayang2 kegembiraan meraikan syawal yang bakal tiba. aku? taun ni tak berapa excited nak celebrate sangat. sekadar serba sedikit untuk diri sendiri. yang pulun tentulah untuk si anak yang baru tahun ni dapat kaki. tahun lepas masih bayi cuma baring saja di tilam (jenuhla atuk opah kat perak taun nih sume cucu2 dia balik). adikpun baru saja keluar dari hospital. walaupun nampaknya dah sihat tapi kiraan kuman di badannya masih tinggi. doktor bekalkan ubat dan pesanan supaya tidak berpuasa, tidak keluar rumah dan datang semula untuk check-up minggu depan.
yang pasti..hati ini letih dan lelah. mengenangkan tak habis2 hal di tadika. kali ni betul aku rasa letih dan lelah. lesapnya duit pekerja..namun kita tak nampak betulkah pekerja lain yang ambil. sedu sedan akak itu menangis mahu berhenti katanya. bilangnya ini bukan pertama kali. mahu di ganti pekerja baru juga bukan suatu yang mudah. prinsipal juga yang lelah nak mencari. bukan pertama kali bingung akan hal ini. saban tahun bila pekerja bertukar ganti ada saja ceritanya. di saat usia aku makin meningkat aku rasakan semakin tak larat nak bermain2 dengan emosi amarah. bukan sekali dua. sebelum ni pun ada pekerja yang dah lebih 5 tahun bekerja..bila dha dihujung2 kerjanya semakin tidak kena. seliaku bukan saja di tadika...dimana perlu memantau prestasi pembelajaran mereka, berhubung dengan ibubapa..malah juga di taska, camne pengasuh mengurus kanak-kanak, menjaga kebersihan, menjaga keselamatan. saat ada yang culas dan cuai, sudah pastinya banyak mengundang persoalan dan habuan dari ibubapa.
kerenah itu tidak saja daripada pekerja. aku harus tempuhi juga daripada ibubapa. saat mereka tak mahu anak dibebani kerja yang banyak..ada pula yang marah2 tak dibagi kerja rumah. ada pula yang anaknya tak boleh disentuh sikitpun. pensel pemadam yang hilang juga dituntut ditanya. malah ada juga yang terpaksa ku sorong bertanyakan tentang yuran bulanan yang masih tak dibayar.
akan terbayarkah beban penat dan letih ini? bagaimana lagi harus ku contohi prinsipal/ibuku dalam menangangi semua hal? jelas..aku rasa lemah dan lelah. banyak kali ku rasakan untuk mengundur diri..akan timbul kembali rasa kasihan pada sang ibu. siapa lagi yang mahu menguruskan semua ini? lebih2 lagi di taman jasmin yang banyak pancarobanya. huh..aku kena bersabar sajalah kali ini..
No comments:
Post a Comment