Followers

Wednesday, July 8, 2009

kerana dia..

pagi tadi aku dengar sinar fm. topik pagi mereka ialah..kerana dia dot dot dot. err...baru skang nih aku jadik pendengar radio sinar ye tuan puan. sebelum nih aku adelah peminat radio era. tapi sejak kieran and linda dah kuar rasa era makin boring. jadikla dengar sinar. yg best dpt dgr lagu dr zaman aku sekolah dulu taun 90an.

berbalik pada topik sinar, kerana dia..yang mengubah hidup anda. kalau aku, org itu sudah semestinya abg aku sendiri. banyak benda yg aku belajar dr dia. mmg perkahwinan mengajar kita banyak perkara, samada berkongsi ilmu, minat dan jiwa raga. waktu bujang sume bekisar tentang diri sendiri, tapi bila dah berdua perasaan dan kebiasaan pasangan perlu diambil kira juga. kalau zaman dulu aku boleh lepak2 di bilik dengan keadaan bilik yg...takdela macam tongkang pecah but takla berapa kemas. ala2 gitu. kalu skang bile nampak kotor dan bersepah je mmg kena bertindak cepat membersihkannya. samala juga pasal badan atau diri sendiri. tentang kebersihan tu..yg dalaman mmg kena jaga la. ikut suka nak guna cara tradisional or moden. yg luaran macam kebersihan badan kita juga penting dr atas sampai ke kaki. seboleh2nya nak bagi badan sentiasa bau wangi. (errr...tapi kalau baru lepas mengemas or memasak mesti berpeluh balik. kalau nak mandi mlm kang takut kena penyakit lak).

mana2 barang yg tak perlu mesti kena kemas. ha, aku dulu jenis suka ngumpul brg, so skang nih kena alert pada barang2 yg perlu aje. and..yg aku suka bab pengawalan duit belanja setiap bulan. dulu masih sorang so belanja takdela ape sangat. takat bayar duit ptpn, buat shopping beli baju kasut ke novel ke, and bil tepon sbb asik bergayut je, hehe. la nih sumer abg aku suh rancang awal2 sebelum gaji. ketepikan mana yg untuk bayar bil, loan, belanja and simpan. so mmg dah kena catu and sedar tak sedar kita akan pandai sendiri berjimat cermat. tapi kekadang duit untuk belanja sendiri pun terbabas gak. yela, nak beli produk untuk wanita, krim la, pil la, jus la, brg avon (hik..hik..). aaaa, yg tu mmg kena dipantau slalu ek!!

so, dr aku bujang sampai dah ade anak satu sedar tak sedar abg banyak mempengaruhi kehidupan aku dr segala aspek. mak pun suka ade abg sebab adela org yg boleh tolong dia sebagai org lelaki kalau ayah ade hal. adik laki aku yg lain sume 4 org, paling besar umur 21 tapi mmg takleh harap. sabar jela.

About this blog