Followers

Saturday, October 27, 2012

terima kasih pada semua yang mendoakan adik hafiy

bertemu kembali.

saya baru saja buka blog. berhari raya aidiladha harini. keluar rumah pagi2 menuju ke rumah mak-yana tiba2 ngadu sakit2 nak bersalin-mak ayah atuk kirin adik izzuddin di kampung juasseh-segera bergegas balik-imah ngan abg hisyam hantar yana lepas solat raya (sempat sarapan dgn laju)-masuk hosp azzahra sudah 6cm-dalam sejam 8cm-tgh jam 1.00 sudah selamat bersalin-nasib baik mereka dr kampung sempat sampai di azzahra bangi-sedara mara datang umah mak sampai petang dan malam-malam ziarah yana dan baby-pulang ke rumah-baru dapat online..hehehehhe..

terima kasih pd yg beri petua untuk adik hafiy yg sakit itp. ye, semenjak dapat tau penyakit ni saya meng-google dan baru tau yg ramai juga menghidap penyakit yg sama. macam satu komuniti kecik dalam suatu daerah yang besar. saya menyusukan. bermakna saya yg perlu meminum air tersebut. dan itu mmg salah satu penggalak susu badan-air rebusan kurma

adik hafiy keluar dr wad setelah 6 hari di pantai. bacaan platlet pd hari ke6 adalah 99 ribu, tanpa ubat dari hari ke5. cuma empat hari pertama saja guna 4 botol. doktor beri kelulusan balik, dgn ulangan temujanji selang seminggu untuk bacaan darah. masih kabur dan kurang jelas lg tentang penyakit ini sementelah ianya penyakit yg baru didengar. kena tanya doktor lg dgn lebih lanjut

hari terakhir keluar, bintik2 di muka dan badan adik sudah hilang. yg tinggal hanya kulit muka yg bersih umpama kulit bayi yang baru lahir. harapan semasa pulang memang tinggi, agar ianya tidak berulang, atau menjadi lebih teruk. sebab botol ubat yg dimasukkan adalah mahal harganya untuk sebotol. cuma yg mampu, berusaha dan terus menggali ilmu. terima kasih pada semua yang mendoakan

Saturday, October 20, 2012

day 3 in ward

harini sudah masuk hari ke3 adik hafiy di wad. aku pun dah 3 malam tido atas kusi panjang. boleh laras kepala dan kaki. makan pun amik menu budak punya. sebab kan wad kanak2. okla janji kena amik bubur or nasi sebab nak menyusu adik kan. kang amik cereal ke boneless chicken kang lapar pulak perut tak cukup kenyang.

adik hafiy punya bacaan platlet naik sikit2, tapi still dalam paras serius. dr 8 ribu, naik 14, smalam 22. paras selamat 150 ribu. jauh lagi. doc cakap pun mebi dalam 5 hari nak kena buat pantauan. adehh..hadap bilik ruang kecik ni aje. katil amik 4 bedded. jiran sebelah je ada. lg 2 kosong. tutup ngan tirai. nasib lah ada laptop nih boleh online. bintik2 kecik kat badan adik masih ada lagi. cumanya perasan yg benda tu dah makin pudar. sekali tengok memang tak nampak. kena tengok dekat2 belek satu badan. macam2  benda main kat pikiran. 1st skali dah tentu ongkos spital nih. pastuh ongkos medication adik masa depan. kalau rendah balik platlet nak kena buat rawatan balik. then penjagaan adik. kalau time platlet rendah takleh cedera ke luka ke. tu nak kena jaga. nipun dah 3 hari dok wad macam2 miss kat luar. exam budak tadika, susu perah adik dalam peti bawah, camne ngan faris, baju2 kat rumah nak kena basuh/lipat. sib baik abg tolong basuhkan. tapi tak lipat kot. hmm..apepun syukur sebab bawak adik cepat untuk cek bintik2 halus kat badan tu. kalau search itp ada dia tunjukkan gambar tanda merah bulat2 kat badan. tapi adik punya sangat halus. kecik2 je

~macam ni rupanya penyakit baru. doktor diorg tentu dah tau. kita ni rakyat biasa tak pernah dengar. sekali search mmg ada rupanya penyakit nih. cepatlah sembuh adik ye!






Thursday, October 18, 2012

adik hafiy sakit 'itp'

adik hafiy masuk wad. sakit 'itp' (sila gugel). sakit ini yang platlet merahnya rendah. imun dalam badan serang sel badan sendiri. doc cakap punca dr 'viral infection'. dia bahaya bila terjatuh or luka, darah akan laju je kuar. tak macam org lain. so adik hafiy dah kena buat ujian darah. 1st tu bacaan platlet rendah. amat serius doc cakap. sampai kena admit wad. then pagi td amik darah lagi. result tengah tunggu. kalau rendah jugak akan masuk ubat. 

punca dia seminggu lepas dah kena masa mak ayah pegi pekanbaru. bawak adik ke tadika start isnin. masa tu tengok dah ada bintik2 besar. macam gigit nyamuk. ok takpe lagi. hari rabu, macam gigit nyamuk tu tak surut, then baru pasan ada banyak bintik2 halus tepi2 muka, dalam telinga, belakang kepala, dua2 tangan, dan peha. eh, apehal? takkan allergik kot? aku nyusu badan nih. ke sebab arituh aku ada makan megi. lapar sangat pegila masak megi kan. tapi kuah tak hirup sangat. amik mi dia je. takpe lagi. tunggu dulu kot2la nanti dia surut. siap pegi makan2 umah ipar hari sabtu. then hari ahad ke melaka ziarah pak ude and makan ikan bakar tau! sampaila ke semalam hari rabu bila kirin cakap ada lebam di bibir, and bintik2 halus tu makin banyak plak timbul kat muka. yg lebam tu aku syak adik hisap bibir dia. arituh dia hisap lengan pun sampai lebam. sabar jela. pasal bintik2 tu abg pun ada cakap dia rasa2 nak bawak jumpa doc. tapi tak jugak pegi. tu yg kitorg pegi jugak tu. bawak ke hosp pantai bangsar nak jumpa doc chin. dr chin plak xde dia half day. so jumpa doc azam doc faris dulu. dia sajes buat ujian darah. then dr situlah tau yg platlet adik tersangatlah rendah dan boleh mendatangkan bahaya. tu yg dia suh admit wad tu. sampaila skang. so belum tau lagi result darah.

dr artikel yg kirin taip mmg agak bahaya jugak penyakit nih. ada yg sembuh. ada yg tak. yg tak sembuh tu sampai ke tua sok. tu yg bahaya kalau jatuh luka cedera ke darah laju je tak stop. minta2 adik takdelah seserius gitu. nanti nak tunggu doc bagi result. doakan adk hafiy ye!

Sunday, October 14, 2012

mencari pengasuh taska di kajang

ada tak sesapa nak kerja pengasuh taska? kat aulad taman jasmin kajang ada kosong. pagi bantu ajar murd playschool, tgh mengasuh sampai petang. kalau minat boleh msg ke facebook 'farah hamirdin' ye.

Thursday, October 4, 2012

susu adik hafiy

hmm..lama tak menulis. sibuk kesana kesini buat kerja. orang lain pegi jalan2 ke oversea tapi aku sibuk ngan anak2, ngan kerja tadika. bila kirin bejalan haritu, adik hafiy terpaksa aku yg jaga. maknanya lambat ke tadika. samada pegi kejap kutip yuran ke atau lama2 kat sana ke, aku angkut jugak hafiy dan faris. yg lama tu sehari je dulu. mmg takleh buat keja. kejap nak minumkan dia. kejap dia bangun tido nak mandikan, nak tukarkan lampin, urghh!! mmg skang kirin jaga. tapi nanti dia keja kemudianlah pikir. nak hantar ke cikgu yg kat taska aulad tu..dia jaga budak besar. baby takde situ. nak suh org lain, susah nak bagi plak. nantilah pikir.

skang dah bulan okt. aku punya stok susu dah berkurang. sejak bulan sept lepas amaun untuk stok tak banyak. pam untuk bekalan adik minum esoknya. ni gara2 beraya lah dulu. makin lama makin kurang mengepam tapi tetap direct feeding. bulan okt punya stok dah boleh kira ngan jari, adehh! skang pasan bila pam amaun dah berkurang. ohh, baru terasa risau. dulu sekali pam boleh dapat satu botol 5 oz penuh. macam 6, 6 1/2 oz gitu. pastu pam pagi aje. tengahari dah rushing balik cepat nak minum ngan adik. dah jarang balik lambat. pegi urusan bank ke post opis ke kena kuar cepat dr tadika and cepat2 ke tempat tujuan supaya boleh balik cepat minumkan adik. kalau lambat memang rasa beratla cik b macam batu. yg peliknya bila adik minum meleleh2 susu tepi mulut. kekadang tengok dia macam tercungap jek. tapi bila pam apsal dah makin sikit? huh kompius den. nak bangun tengah malam memang liatla. kalau tido memang sedap je. malam2 minumkan adik pun sambil baring. kejap tido kanan adik. jap lg kang kalih bangun tido belah kiri adik. yela kena selang seli kan..kalau tak besar sebelah aje besok paginya. cane nak buat ek, cane nak buat ek..tapi cakap betullah masa aku amik shaklee susu memang meriah. skang kurang rezeki sket dan vitamin pn dah habis jadi ada efek pada pengeluaran. kena minum2 cara lain. makan2 tetap hebat spt biasa. duit guna masa raya pastu ada prob plak ngan cermin keta so mmg habisla duit. tunggu gaji okt ni mmg aku geram aje nak memborong vitamin. apepun sume tu untuk diri dan anak2 ye. kebagusan nya memang aku akui. insyaallah ada rezeki akan ku order lagi.

About this blog