Followers

Tuesday, November 8, 2011

kisah terbaru

sudah lama entri baru tak ditulis. kebetulan kami sekeluarga baru saja pulang beraya haji di melaka. menghadiri tahlil arwah atuk ithnin dan melawat nenek di air molek. tapi tinggal beramai2 di apartment. ala..dulu2 dah duduk sini siap bawak beras periuk pinggan bagai. kali ni je tak bawak jadi makanan tu adalah dibeli saja di luar ye.

sebelum raya haji aku ke klinik untuk pemeriksaan baby. alhamdulillah sudah minggu ke-11. dan masa doc scan baby tu bergerak2 berpusing pulak. hah, aku rasa aku terpesona menengoknya. rasa cam excited pun ada kan. lepas tu doc cakap awak sudah ok tak payah lagi jumpa setiap 2minggu. jumpa selang sebulan pulak. dan doc cakap dah boleh makan macam2 masa raya haji ye. sebab sebelum ni kan lesu badan tak maya. aku rasa pun minggu ni aku dah segar sket dah takde pening2 teruk tu. yg ada cuma loya takleh bau sabun2 tu je ade lagi. moga2 dah masuk bulan ke-3 ni mabuk akan terus menghilang.

untuk makluman adik jejaka kami yg sulung dah nak bertunang jumaat nih. org nak kejar 11.11.11 lah katakan. bagi notis baru beberapa hari. mak ngan ayah pun ok dan dah bincang ngan org sana (alah seberang jalan sini je). insyaallah jumaat malam ni akan bertandang ke rumah pihak perempuan. ape2pun basyir kena abiskan belajar dulu la. belum abis blaja lagi tu. so tunggu ajelah hasil perbincangan nanti ye. see ya!

About this blog