Followers

Sunday, December 6, 2009

tugas

salam semua.

tugasku masih belum berakhir. sejak dah masuk minggu ke2 cuti sekolah dah ada beberapa majlis kenduri jemputan untuk mak dan ayah yang harus aku penuhi (jimat kos masak!). ade yg dr parents aulad, kawan blogger mak, majlis sedara di melaka-katam quran, katan dan bertunang. kalau tak pegi sedara sepapat akan kenang hingga ke akhir hayat ye (kalau kita tak tegur bila dia ade pun akan di ingat2 ye. jadi harus di semat kat otak). sehingga sekarang, sudah ada beberapa jemputan yang aku dah buh siap2 dlm kalendar di bilik. jemputan dari jiran dekat, jiran jauh, sedara sebelah mak, sedara sebelah ayah, ustaz yg jadi saksi nikah yana tempoh hari...dan ada beberapa di antaranya yg bertembung tarikh antara satu sama lain. jadi untuk tak mengeciwakan org yg menjemput, kami adik beradik sepakat untuk pergi berasingan. grup 1 ke kenduri belah sana, grup 2 ke kenduri belah sini. kira wakil la untuk mak ayah dan adik2 yg lain. yg penting duit poket mesti taruk untuk menyatakan kehadiran dan tanda tahniah dr keluarga kami. ade kenduri di cheras, rinching hulu, bukit lintang melaka, rawang..tu tak termasuk jemputan dari kawan2 sendiri. bak kata kirin (yg ade jemputan dr member di melaka termasuk dr sedara).."ni dah tiap2 minggu turun melaka nih!". kami akan gigih untuk menghadiri setiap jemputan ittew!! *phew!*

aku masih tertunggu2 bila mak ayah nak balik. tarikh asal 22 dis masih tak bertukar. kabar2 yg menyatakan tarikh jemaah bertukar rasanya untuk mereka yg bertolak awal. yg bertolak akhir dan dari madinah masih kekal tarikh pulangnya. dan aku terbayang2 rumah ku di sana yg dah hampir sebulan tidak didiami. sekali sekala aku dan abg balik cuma nak mengambil bil/surat atau sekadar masuk menjengah ruang2 sepi itu (?). yang pasti rumput depan dan belakang rumah mmg dah makin tinggi!! *ceh..masakla nanti aku nak mengemasnya*

...dan aku masih mencari2 idea untuk persediaan mengajar tahun depan, ape abm nya, ape ringkasan mengajarnya. 2009 aku sekadar mengajar seorg budak dan berurusan di opis. 2010 aku akan mengajar kelas 6 tahun. atas keinginan aku juga kemahuan mak. katanya aku ade ilmu harus ku beri untuk mengajar budak2 itu. semuanya...urusan opis, kelas, tadika dan taska. cuti masih ada berbaki 4 minggu lg. nampak je lama lagi tapi kurasa ianya akan berlalu cepat sampai aku tak terkejar nak menyiapkan persiapan. harusku percepatkan agenda ku bermula isnin nanti-minggu ke 3 cuti sekolah.

About this blog