adik hafiy masuk wad. sakit 'itp' (sila gugel). sakit ini yang platlet merahnya rendah. imun dalam badan serang sel badan sendiri. doc cakap punca dr 'viral infection'. dia bahaya bila terjatuh or luka, darah akan laju je kuar. tak macam org lain. so adik hafiy dah kena buat ujian darah. 1st tu bacaan platlet rendah. amat serius doc cakap. sampai kena admit wad. then pagi td amik darah lagi. result tengah tunggu. kalau rendah jugak akan masuk ubat.
punca dia seminggu lepas dah kena masa mak ayah pegi pekanbaru. bawak adik ke tadika start isnin. masa tu tengok dah ada bintik2 besar. macam gigit nyamuk. ok takpe lagi. hari rabu, macam gigit nyamuk tu tak surut, then baru pasan ada banyak bintik2 halus tepi2 muka, dalam telinga, belakang kepala, dua2 tangan, dan peha. eh, apehal? takkan allergik kot? aku nyusu badan nih. ke sebab arituh aku ada makan megi. lapar sangat pegila masak megi kan. tapi kuah tak hirup sangat. amik mi dia je. takpe lagi. tunggu dulu kot2la nanti dia surut. siap pegi makan2 umah ipar hari sabtu. then hari ahad ke melaka ziarah pak ude and makan ikan bakar tau! sampaila ke semalam hari rabu bila kirin cakap ada lebam di bibir, and bintik2 halus tu makin banyak plak timbul kat muka. yg lebam tu aku syak adik hisap bibir dia. arituh dia hisap lengan pun sampai lebam. sabar jela. pasal bintik2 tu abg pun ada cakap dia rasa2 nak bawak jumpa doc. tapi tak jugak pegi. tu yg kitorg pegi jugak tu. bawak ke hosp pantai bangsar nak jumpa doc chin. dr chin plak xde dia half day. so jumpa doc azam doc faris dulu. dia sajes buat ujian darah. then dr situlah tau yg platlet adik tersangatlah rendah dan boleh mendatangkan bahaya. tu yg dia suh admit wad tu. sampaila skang. so belum tau lagi result darah.
dr artikel yg kirin taip mmg agak bahaya jugak penyakit nih. ada yg sembuh. ada yg tak. yg tak sembuh tu sampai ke tua sok. tu yg bahaya kalau jatuh luka cedera ke darah laju je tak stop. minta2 adik takdelah seserius gitu. nanti nak tunggu doc bagi result. doakan adk hafiy ye!