Followers

Thursday, January 27, 2011

bergaya dan up-to-date

salam semua. lama tak menulis. rajin tu tak datang lagi.

semalam balik melaka jap. ziarah pak ude. dah keluar wad dan dah balik rumah. asalnya demam2. last2 jadi serangan jantung lak. biasanya memang kena pantang dah. tapi dah namanya org tua, dah biasa makan nasi. nasibla kena kontrol. hisap rokok mmg kena tahanla *tu la sape suh isap rokok kan*

on the way balik kami singgah di mydin ayer keroh. nampak satu beg yg dijual kat stall2 di sana. uisy..bekenan la acik! ala2 beg datin2 gak tapi tak mahal pon. mampu milik la. terus ku sambar satu. hahaha! besar gila sampai plastik telekung pun boleh simpan kot. tapi cantikla buat henbeg sebab design dia and ade rambu ramba *malasla nak buh gambar. kang mcm tak best lak tunjuk2 kat sini*

motip aku citer? haa..aku bukan senang nak beli barang baru nih. abg aku banyak kali bising suh aku begaya sakan macam org lain yg suka begaya la. arituh dia tanya aku taknak ke henbeg macam jenis macam bonia ke..ape lagi? yg jual kat bhg beg canggih manggih tu. sebab dia tengok aku asikla pakai beg cikai avon je kan. macam tak updated la pakai beg cenggituh. aku dah garu kapla. aku tengok ok jek aku pakai. selagi boleh isi barang aku ok je. pastu pulak kasut/ sandal yg aku pakai. kanke dulu aku nye sandal dah koyak rabak? nasib baik aku dah tukar baru yg cun sket. kang lg bising lak mulut dia.

aku kalau jalan pon senang sarung tshirt ngan slack je. tapi mungkin la sebab aku jenis tak suke nak begaya2 sangat. gi jalan pakai baju biasa2 je. tudung jenis selendang 4 segi pastu pin kat bahu kanan pin kat bahu kiri. takdela macam tudung sakan lilit2 leher sampai nak tecekik tu memang aku tak reti la. pastu mekap2 nih memang tak layanla pasal aku penah pakai dulu kejap je pastu susah bila kita nak solat nak kena buang mekap lama lak tu proses dia. leceh. pakai bedak alas pastu lip balm dah. cukup. yg lain2 tu tambah perfum jek crett sana sini.

camne lagi nak suh aku begaya. tak minatla. aku tak bape suka yg renyah2 nih. yg simple sudah asal senang sarung. tapi tu la cik abg dah suh blaja2 begaya nih. hmm...makin lama macam2 pulak dia punya demand tuh. sikit2 bolela aku nak tukar gaya. takdela aku nak tukar sume terus. ni pun dari bulan ke bulan aku nak sambar tudung kaler pink lembut dan ungu pun tak terbeli lagi. ade je halnya. tengokla bulan ni cane kan. tak kisahla gaya dan penampilan ni. yg penting aku puas hati. orang kata aku tak reti begaya ke selekeh ke..biar jela.

Wednesday, January 19, 2011

musibah cikgu

semalam rumah cikgu mila kena pecah masuk. habis diangkutnya tv 24 inci, barang kemas sikit dan duit tabung anak. tunggang tebalik la jadi rumah tu. cikgu ni jaga di jasmin sampai petang. bila balik baru perasan keadaan dalam rumahnya. menurut saksi, yang pecah masuk tu pun india jiran sebelah rumah. memang diorg pecah masuk masa tengahari. bila dah buat report di balai, rupa2nya jiran india ni memang sah2 kaki mencuri sebab bila polis masuk ke rumah tu semua barang2 perkakas rumah semuanya barang curi. dan diorg semua dah kena tahan. cikgu ni dok kat rumah flat tingkat bawah. dan jiran india ni rumah paling tepi. agaknya dia dah aim yg time ni takde sape2 dalam rumah. orang nya pun balik dah petang/magrib. terusla dia pecah masuk. harini kes ni masih belum selesai walaupun kesemua jiran india ini telahpun ditangkap. bila polis panggil ckgu ni kena lagi pegi ke balai polis.

keadaan di rumah cikgu ni (taman bukit mewah) dan juga di taman jasmin sememangnya menjadi satu kawasan hitam sejak kebelakangan ni. curi motor makin menjadi2. pecah rumah walaupun tengahari panas rembang pun jadik jugak. di kawasan tadika jasmin yang jenis rumahnya teres 2 tingkat pun banyak kali jadi sasaran orang pecah masuk ni. sejak dah ada jawatankuasa sering jugakla nampak polis bermotosikal ronda2 di setiap laluan terutamanya laluan yang ke belakang sunyi dari laluan. kami memang amat rasa cuak memandangkan tahun lepas saja dah 2x kes ragut (india juga) bermotor berlaku di kawasan tadika. kes 1: ibu murid jasmin menunggu anak balik, india ini mengetuk tingkap bertanyakan sesuatu. tingkap dibuka terus dihunus pisau dan diminta barang2 kemas. kes 2: dua org india bermotor ragut rantai acik india deret tadika jasmin sini dan melarikan diri. ku hanya nampak motor pecut laju. tak nampak ap yg berlaku. bila keluar ke depan baru nampak acik india sedang lari kejar motor sambil marah2 aku yg tak dengar dia jerit (???? errr...budak bising mmg tak dengar), dan juga kereta kancilku yang kemek di tepi sebelah pemandu. sebab motor tu nak elak kena kejar, dia lalu tepi kereta di bawah pokok pastu terjatuh..habis tak pasal2 kereta aku yg kemek. sampai skang tak repair lagi pasal kemek nya cuma sikit saja. biarlah.

aku cuma mampu geleng kepala. sampai bila mereka ni nak jadi begini. meragut mencuri hak orang lain hanya untuk mengambil duit hasil jualan. aku harapkan mereka ini hidup tak aman sepanjang hayat mereka.

Monday, January 17, 2011

penjagaan di taska

ramai di antara mereka yang bekerja di taska mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga dan mengurus anak2 sepanjang ketiadaan ibubapa kanak2 itu. kami di tadika aulad juga tidak terkecuali dalam mengendalikan tadika dan taska. seringkali juga terpampang kisah2 atau berita2 mengenai kes2 yang berlaku di taska kebanyakannya. baru2 ini dalam satu blog di link http://sereniety.blogspot.com/ telah terpampang emel berserta gambar anak2 yang tidur di taska telah ditutup muka mereka dengan kain atau tuala. motif apakah muka mereka ditutup semasa tidur tidaklah diketahui. samada untuk menahan silau? atau nak bagi cepat tidur? entahlah. yang nyata perkara ini amat menarik perhatian ku kerana kami juga bekerja di tadika/ taska dimana kisah2 yang selalu terpalit di dada2 akhbar atau lain2 selalu mendapat perhatian serius dari kami untuk dijadikan sebagai sempadan.

untuk tahun ini saja kami di aulad sudah tidak lagi menerima baby yang baru lahir. kanak2 yang diterima adalah sekitar umur 2 1/2 tahun ke atas. di cawangan aulad centre juga sudah tiada lagi pengambilan bayi ini walaupun ada premis khas untuk bayi. semuanya sebab nak mengelakkan tragedi kemalangan bayi yang semakin menjadi2 kebelakangan ini. kes bayi mati tercekik susu, bayi terjatuh buai, bayi patah tangan. isk...tak terungkap rasanya kisah2 bayi ini. sebenarnya untuk penjagaan bayi ni perlukan ruang khas untuk bayi sahaja. dan ruang2 ini perlu dibahagikan antara bayi yang tidak boleh bergerak (masih bayi) dan bayi yang sudah boleh bergerak (merangkak). dan bayi2 ini seeloknya tidak bercampur dengan kanak2 yang lebih besar bagi mengelakkan pengasuh tidak dapat memberikan tumpuan yang penuh pada bayi. kalau nak bagi bayi menyusu botol pun tidak boleh biarkan saja bayi menyusu sendiri dengan beralaskan bantal. mesti pengasuh yang memangku bayi dan memberi minum susu botol. ini bagi mengelakkan bayi tercekik susu sebab aliran susu yang laju keluar daripada puting botol tersebut. bilangan bayi dan pengasuh tu mesti berkadaran dengan sepatutnya. tak boleh sorang pengasuh jaga bayi yang terlalu ramai. penjagaan bayi, kebersihan bayi, keselamatan bayi masa mandi, masa salin baju, keselamatan bayi yang bergerak, semua tu nak kena amik kira.

sebab tu kami tak jaga dah baby taun ni, walaupun kat jasmin sana ramai yang mintak suh jagakan baby mereka taun ni. sebab kami lebih pada penjagaan murid2 tadika. semua yang besar2. ramai pula tu. jadi memang tak munasabah lah kalau amik jugak baby. dengan ruang budak2 ni bermain kesana kesini memang dah amik space. kami sajeskan saja diorg hantar ke taska yang jaga baby. aku juga teringin nak bukak pusat penjagaan baby tapi tu impian jela kan. ni dah kena jaga tadika kena buatla. yg tu tah bila2 nanti tak taula. kena ada org yg boleh kesana kesini urus tadika baru aku boleh bukak taska baby kot? hehehe..impian ade tuh.

semoga ibubapa yang nak menghantar anak2 mereka dapat mencari tempat yang memenuhi keinginan anda. kalau dah jumpa rajin2lah berborak2 dengan pengasuh tanyakan hal anak di taska macam mana mereka, ada masalah pape ke, ape aktiviti mereka, ape yg pengasuh selalu buat, pukul berapa budak tidur, mandi, makan...tanya je sume benda. jangan tinggalkan anak letak je anak letak beg baju terus pegi. komunikasi mesti ada. kalau ada salah silap mana2 ianya boleh diperbetulkan secepat mungkin. harap2 tips ini membantu serba sebanyak ye!

Friday, January 14, 2011

penyusuan susu ibu

aku sangat2 berharap yang satu masa nanti aku pula yg akan peknen. sebabnya aku nak mengaplikasikan saat penyusuan aku pula untuk bayi itu. masa faris dulu aku tak dapat nak berikan susu badan. sebab aku ingat lepas lahir je terus ada susu. selak baju je baby senang nak hisap. takde masalah. tap rupanya bukan begitu. kena ada ilmu, kena ada teknik tentang penyusuan ni. saat masih di hosp lagi aku dan abg dah minta nurse untuk berikan formula (perlu sign borang) sebab dah taktau nak buat ape bila faris menangis melalak saja. kami jadi panik. balik rumah pulak mak minta abg terus belikan susu tin dan botol susu sebab tengok baby dah nangis and aku takde susu lagi. faris nak juga merasa susu badan tapi aku tak tau perlu bagi secara kerap. nampak sangat ilmu nya takde. sampaila saat ku kena bengkak susu bilamana pd ku terasa keras macam batu. dituam2 pun masih tak hilang lagi bengkaknya. suruh faris hisap memang dia taknak. pam2 (manual pureen) pun adla ciput sgt. hmm..last2 mmg formula la kami bagi pada faris. sampaila sekarang nih. kesannya? sejak dalam pantang lagi faris dah kena batuk sesema. tiap2 bulan kena ke klinik sampai akhirnya aku jadik kesian tengok 3/4 jenis ubat kena kasi kat faris.

sejak dari itu sikit sebanyak aku kutip ilmu di internet ini. mana2 blog yg publish entry pasal penyusuan aku baca. ilmu penyusuan dan tekad untuk menyusukan anak ini perlu bermula saat bayi di dalam kandungan lagi. mesti berdoa kepada Allah agar diperbanyakkan susu, bercakap2 pada baby agar nanti bisa menghisap susu ibu, rajin gentel2 puting semasa mandi untuk merangsang puting ibu, selalu picit2 pd untuk elakkan salur susu dr tersumbat. cucikan puting ibu semasa mandi agar tiada kuping2 melekat di puting ibu. kemudian teruskan berdoa semoga Allah memudahkan penyusuan sehinggalah bayi itu lahir.

kemudian dalam masa sejam selepas bayi lahir perlu didekatkan bayi pada badan ibu agar bayi dapat membau bau badan ibu tu, seterusnya mencari2 pd ibunya untuk memulakan proses hisapan. ada juga ku baca yg jika ibu2 banyak menggunakan dadah dalam proses bersalin maka kesannya kena juga pada bayi bilamana bayi itu menjadi banyak tidur dari jaga. didapati bahawa tempoh sejam selepas bayi lahir adalah tempoh bayi sangat sensitif dan mempunyai kadar hisapan yang paling tinggi. kemudian semasa berada di wad perlu meminta agar bayi berada bersama ibu setiap masa agar ibu dapat melihat 'cue feeding' dimana bayi akan memberi tanda2 mahu menyusu. bayi perlu disusukan selang 2 jam, perlu digerakkan jika bayi tidur. penyusuan yang kerap perlu agar bayi cepat berak 'mekonium' iaitu najis hitam di dalam badan bayi yang terkumpul semasa dalam perut ibu. pada awal2 kelahiran ibu akan menghasilkan kolostrum, dimana ianya cukup untuk bayi sebab perut bayi masa ini hanyalah sebesar biji kacang. jika tiada susu pun bayi masih boleh bertahan selama 3 hari kerna telah mendapat bekalan dari dalam perut ibu lagi. tangisan bayi yang baru lahir bukanlah sekadar menunjukkan rasa lapar, tapi juga kesan daripada peralihan keadaan sekitar dari perut ibu ke dunia luar. bayi juga mungkin berak/kencing ataupun sekadar ingin dipeluk oleh ibu.

mereka yang melihat bayi menghisap laju pada botol susu selalu menyatakan bahawa bayi sedang lapar ni sebab tu dia hisap laju. ini kerana botol susu memberikan kadar aliran yang laju dan tada terhad, senang saja masuk ke mulut ibu, berbanding dengan menghisap dari pd ibu dimana bayi perlu berusaha dulu untuk menghisap barulah akan mendapat susu ibu itu. dan juga susu ibu cepat dihadam dalam 2 jam begitu. sebab itu bayi selalu nak susu, berbanding dengan susu formula yang lambat dihadamkan oleh perut bayi, akan mengambil masa 3 atau 4 jam baru dihadamkan. bayi yang baru lahir juga tidak memerlukan air masak atau sebarang makanan lain seperti pisang atau nestum. ia hanya perlukan susu ibu sahaja sehinggalah bayi berumur 6 bulan. tapi dalam hal ini ahli keluarga perlulah paham akan keadaan ini apabila bayi menangis atau kerap menyusu. seeloknya perlu beri bayi menghisap susu bermula daripada 'cue feeding' lagi, seperti gerakan tangan, hisapan jari, pembukaan kelopak mata, gerakan hayunan kaki/tangan, dan jika cue ini tidak diendahkan oleh ibu maka yang terakhir sekali barulah bayi akan menangis. oleh itu disarankan agar bayi tidak dibedung terlalu ketat bagi mengelakkan ibu tidak perasan akan 'cue feeding' bayi itu. selain itu bay perlu juga dipeluk dan didukung sebab dia perlukan kenyamanan dan ketenangan di dalam pelukan ibu sambil mendengar degup jantung ibu itu.

ibu juga digalakkan untuk mengepam dan membuat stok susu agar nanti memudahkan bayi diberikan susu perahan semasa ibu bekerja. proses pengepaman ini perlu lah setiap 3 jam sekali sepanjang hari bekerja, dan semasa tempoh tengah malam-pagi kerna pada tempoh ini hormon prolaktin amat tinggi. jadi kebarang kalian ibu2 mendapat auns yang banyak adalah tinggi di waktu ini (kena korbankan waktu tidur untuk mengepam).

jadinya, aku amat brharap untuk mengandung lagi dan mengaplikasikan penyusuan susu ibu ini. cumanya aku kena carik balik momentum ke'romantik'an aku dan abg. sejak akhir2 ini kerja dan kewangan menjadikan kami seperti renggang, malahan pula lebih banyak perhatian diberikan pada faris berbanding untuk diri masing2. semoga tahun kami kami akan menjadi lebih mesra lagi seterusnya impianku untuk peknen semula dimakbulkan oleh Allah, insyaallah.

Wednesday, January 12, 2011

kisah yana bermula

yana dan baby baru dah balik ke rumah. aku risaukan kisah penyusuannya sepanjang ketiadaan ku di hosp. yana masih lagi belum keluar susu, dan baru ada cecair jernih. kutahu baby perlu kerap menghisap puting emaknya bagi susu cepat keluar. tapi tak dapat nak suruh2 org sangat. yang mampu beri arahan dan tolong ada sama/ pantau masa dia buat tu. buat ape? urut2 pd, picit2, golek2 ngan botol panas, pam puting guna syringe besar sebab puting maknya leper, gitula. *maaf jika ada yg tak selesa. ini adalah perlu jika nak cakap pasal breast feeding*. bila mak balik mak cakap baby dah diberi formula sebab yana belum ade susu. tapi dah tanyakan pada bidan persiapan di rumah. kalau guna formula jangan guna botol perlu gunakan cup atau sudu.

aku di rumah cuba lagi membantu yana bagi susu cepat keluar. sudah mula menggunakan pam bagi merangsang pd. sudah beri makan kurma. air juga ku pesan minum dengan banyak. pada mak juga ku sudah tanyakan makcik mah tukang urut dulu, supaya boleh urut bagi susu cepat keluar. dan baby juga perlu menghisap dari maknya. ku tengok masa di hosp yana juga gigih menyuakan pd pada baby. cuma aku risau dia cepat penat dan mengalah. tapi selagi aku ada aku akan membantu mana2 yg perlu. botol mengepam, alat mengepam sudah ku basuh. dan malam ini aku sudah mula akan tidur di sini meneman yana supaya di malam hari juga baby dapat menghisap dari maknya. sudah ku beritahu dgn abg ku itu. terpaksalah abg ku bujang sekejap sementara aku menunggu yana. bukan ape, takut yana tak dengar baby nya nangis malam2.

ape2pun, aku rasa bersyukur kerna yana dipermudahkan oleh Allah semasa proses bersalin, bilamana dia mudah saja melahirkan. segalanya berjalan lancar. sakit nak bersalin tu sudah tentulah. dengan bantuan mak yg memberi arahan dalam bahasa isyarat *ada sesetengah perkataan yg tau* semasa proses melahirkan, baby akhirnya keluar dengan selamat, alhamdulillah. semoga perjalanan proses pemulihan kesihatan yana dan urusan penyusuannya dipermudahkan jua oleh Allah nanti, insyaallah..






Tuesday, January 11, 2011

selamat bersalin

alhamdulillah selepas berkampung di hosp pantai dari ahad malam ke isnin akhirnya penantian kami yang berkampung di sini berakhir juga. isnin malam jam 10.16 malam yana telahpun selamat bersalin anak perempuan yang pertama. menangis juga kala ku rakam video saat baby dah keluar dan diletakkan ke perut yana. hoh..sungguh tacing sekali ye! tak dapat juga baby yana lahir pada tarikh 11.1.11, hehehe..10.1.11 pun oklah. rasa bangga juga pada yana kerna mampu menahan sakit bersalin hingga ke akhirnya. walaupun diberi suntikan penghilang sakit dan sedut gas tapi kalau sakit bersalin tu tetap juga rasa sakitnya. dengan isyarat dari mak suruh 'teran panjang'..'tarik napas'..'tunggu dulu'..akhirnya yana dapat juga melahirkan baby nya. syukur alhamdulillah.

gambar? nanti ye. ni guna laptop mak. aku kena upload gambar ke laptop ku dulu. nanti entri ini akan diedit kemudian ye.

lepas ni fasa penyusuan baby pulak kena ditempuh. lepas bersalin baby cam taknak hisap sangat. nak2 puting maknya leper. malam masa tido baby dalam dakapan maknya. adala dia hisap2 sikit BD. pagi ini banyak tido lepas doc check. dah pesan pada yana cuba lagi bf baby bila baby jaga. sebab aku nak balik nanti. mak pulak jaga. aku dah tepu di sini. ada nak buat beberapa urusan juga. aku akan menanti yana balik ke rumah besok. nak siap2 air kurma blended lah. nak start pam BD pun ye jugak sebab skang ni cuba2 picit masih lagi air jernih yg keluar. semoga allah mempermudahkan urusan penyusuan yana, insyaallah.

Monday, January 10, 2011

yana di pantai hosp

yana dah nak besalin!!! sila pecaya! setelah berminggu2 kami semua menunggu akhirnya..genap 38 minggu. tapi bukannya sebab dah turun darah ke dah pecah ketuban ke. tapi sebab dia cakap baby dah tak gerak aktif. mak tepon nurse pastuh disuruh ke hosp pantai. jadinya berbondong2 la kami2 yg risau+ter excited neh ke pantai. aku risau gak sebab dia kata baby tak gerak. risau takut ape2 je kan. mak ayah bawak yana+zubir..kirin+imah nyelit skali. aku, abg ngan faris satu kete.

kitorg sampai leat sket. bila sampai ke labour room tengok yana dah kena ikat ngan belt untuk dgr degup baby tu..rasa lega sket baby ade degupnya. so last2 diorg decide nak balik je sebab bila doc dtg cek baru bukak 3cm. aku tinggal ngan zubir. nampaknya besok tak keja la menunggu baby nak lahir.

pagi ni mak datang ngan imah+kirin. bila doc datang cek lagi dah bukak 4cm pula. mebi petang ni akan besalin. huhu!! semoga semuanya selamat. insyaallah. *aku yg telebih2 excited/risau lak*

Friday, January 7, 2011

bermula nya mereka belajar ilmu

alhamdulillah tahun ini murid2 aulad jasmin mencecah ke angka 40 orang untuk murid 5 dan 6 tahun. tu tak termasuk lagi kanak2 playschool dan juga yang transit. rasanya hampir mencecah angka 50. tapi harapan puan prinsipal supaya murid tadika cecah 50 masih tak tercapai, cumanya pencapaian ini masih boleh dibanggakan memandangkan jumlah murid murid di cawangan yang lain tidak ramai (kec centre) manakala di jasmin pula sedikit bertambah, alhamdulillah....

cikgu2 pun adalah boleh diharap untuk bekerja. setakat ini semuanya baik sebab masing2 dua orang cikgu baru adalah dikenali oleh cikgu mila, jadinya setakat ini semuanya baik saja. cikgu di taska pula memang nampak beza lah dengan yang lepas2 sebab nampak ke-kreatif-annya memenuhkan dinding taska dengan aneka tampalan beserta idea dan hiasan yang menarik. menarik sebab ape? sebab aku tak kreatif sgt. jadi bila ade yg reti buat deco ni angkat tangan ucap alhamdulillah ajelah. aku masih lagi melatih cikgu 5 tahun. cikgu ini memang nampak bersungguh dan sentiasa mahu bertanya tentang persiapan mengajar. mujur cikgu ini sudah ada di penghujung tahun lepas sebelum cuti sekolah, jadi senang dia nak bajet ape yg perlu diajar di kelas.

berikut adalah serba sedikit gambar2 di awal sesi persekolahan.



waktu beratur. sedang baca doa.
err, nampakkah yang sedang makan itu?



belum ada disiplin lagi. cikgu pun tak tegas lagi


yang dengar ape cikgu cakap..yang pandang ke lain..
yang dok kutil2 tudung..


adakah anda nampak di belakang sana?


kreativiti: koyak dan tampal
melembutkan tangan-kemahiran motor halus






pre-writing. asas belajar menulis untuk murid 5 tahun
menulis garisan putus2








murid 6 tahun belajar menulis jawi.
ramai dah pandai menulis



nak tengok koordinasi mata-tangan.
boleh tak tiru dari papan putih ke tempat menulis




sesi pengenalan kepada asas pembelajaran akan berlangsung selama 2 minggu. lepas tu dah mula kepada tema mingguan, bacaan doa dlm solat, surah lazim, ayat yaasin yang ringkas, pengenalan fonik, mental arithmetik dan lain2. berita selanjutnya akan menyusul.

Wednesday, January 5, 2011

perjalanan baru

zubir suami yana baru saja tiba dari kedah. aku dan suami meredah pagi ke kl central amik dia yg naik ktmb. hari ni juga yana check-up di hosp, jadi aku bercuti kerja harini, nak bawak yana, zubir dan angkut faris skali ke pantai. mak dah ade plan ngan kirin. imah keja. kenala bawak si faris.

doc cakap yana bila2 masa sudah boleh bersalin. tapi jika masih belum keluar tanda perlu datang lagi minggu depan, minggu ke-39. sekarang minggu 38 baby masih selesa lagi dalam perut. yang tak selesa ku lihat yana yang makin mengah nak berjalan, nak makan, bergerak mahupun tidur. hmm..tengah bersiap2 nak jadi multi-tasking woman nih sebab nanti nak jadik confinement lady+urus tadika+buat tesis yang dah lama tak bersambung. sem ni reg untuk tesis sem ke2. tak siap2 jugak nampaknya kena 3 sem la nanti buat tesis. macam2 hal masa penghujung taun lepas yg membuatkan tesisku tak berjalan2. bahannya ada kutulis sikit2 amik dr artikel. cumanya belum siap untuk dihantar ke penyelia. aduhh..apa mahu ku kata padanya. harapan tahun baru ini ingin lebih konsisten masa buat tesis supaya cepat siap. perlu kan pengurusan masa yang lebih produktif.

untuk tahun baru ini, alhamdulillah aulad jasmin menerima lebih pelajar berbanding tahun lepas. tapi takdela ramai. kali ni kelas 6 tahun jadi padat dan kelas 5 tahun masih ada ruang. prinsipal kata jika ada yang ingin mendaftar terima saja dan jika ramai akan dibuka kelas lagi satu, memandangkan situasi sekarang yang tumbuh pesatnya tadika2 selang beberapa jalan saja di satu2 taman.

semoga semuanya akan berjalan lancar nanti, dengan izinMu Ya Allah.

Sunday, January 2, 2011

penangan tahun baru 2011

selamat tahun baru 2011!!

tahun baru kusambut dengan hanya mampu berbaring di katil seawal jam 8 malam. entah kenapa dah 2 hari perut kurasa sebu dan meragam saja. tapi takde muntah2 atau cb. cuma jadi tak lalu nak makan nasi berlauk pauk. perut kurasakan macam asid yg menggelegak dr dalam. aku jadi lesu dan lemah longlai. aku cuma mampu kunyah roti, bubur sikit, dan teguk soya. sabtu 1 jan ku pergi ke tadika pun rasa longlai saja. mahu ke klinik tapi sekejap2 pikiran menolak. ahh...masih boleh kutahan lagi. saat abgku datang bawa bekal bubur dan ubat anginnya waktu pagi, barulah aku mula mengeluarkan angin sebelah petang. agaknya betulla badan aku ni tengah berangin. agak2 dah konfiden sebab dah ade ubat maka malamnya aku beranikan diri jamah nasi berlauk di satu majlis kesyukuran. ape jadi? pagi ini ahad 2 jan aku sudah mula cb. adoiiiiiiii...dahla aku dah datang ke tadika. jadi lembik longlai aku dibuatnya. ohh..ini sudah tak boleh jadi. harusku pergi juga ke klinik. akhirnya doc pesan padaku yg dalam keadaan begini sangatlah tidak boleh minum susu (erkk..aku dah minum pagi tadi. igtkan boleh lapik perut), dan ubat yg diberi perlu dimakan selang 2 jam ketika perut kosong. aku terpikirkan besok hari pertama bukak sekolah. akan menjadi satu hari yang sibuk dimana aku perlukan kekuatan untuk kesana kemari urus pendaftaran urus rekod serta bayaran. perlu cek juga perjalanan kelas setiap satu lancar ke tidak. semoga hari ini aku akan beransur pulih demi mengejar hari kerja besok, urghhh!!

About this blog