semalam aku, faris dan abg beraya ke rumah dyla. sempena cuti Hari Malaysia, cik kak sorang tu buatla ala2 open house skali untuk sedara mara dia. tapi diorg belah malam. siang ni khas untuk aku and ude saje. ye..ude pun ade skali. best!!! hahahaha! taun nih faris dah dapat kaki..hah, nasib la korang2 wahai cik da and cik lala. nasib baik faris nak ngan korang. kalu ngan org lain langsung dia takmau. kalau tak nangis2 dia buat badan keras dia. aku pun heran gak ngan faris nih. dia memilih ngan orang2 tertentu aje kalau dia nak. famili mertua and ipar2 kat perak sana pun dia tanak, huahuahua!!
mak slalu tanya..awak ni takde kawan lain ke? asik2 dyla ngan fadhilah je(mak tau nama fadhilah je. dulu2 dr kecik panggil tu. kitorg sejak dah pandai begaya panggil cik kak tu..ude). hehe..mak, kawan memang ramai. satu malaysia nih ade. slalu gak contact. tapi member dua org nih memang dari kecik dah kawan. dah tau hati budi. dah kenal sisi peribadi. walau dah tak heran pasal gaduh ke masam muka ke nangis ke..balik2 kitorg akan bertemu jugak akhirnya. lama tak contact ke..ade probs ke..kitorg mesti jumpa balik. kalau tak makan2 di luar sekali sekala..jumpa time raya. macam gambar kat bawah nih..
kawan..memang senang nak jumpa, tapi yang paham isi hati kita..yang tau perangai kita..yang terima kita walau kita ada cacat cela..susah nak jumpa. nama dia sahabat. nak2 macam aku ni, memang payah nak mesra ngan org. aku selalu tutup keliling aku rapat2. aku tak suka nak terhegeh2 mesra2 borak2 ngan orang yang aku tak rapat. tapi kalau aku dah kenal and dah tau orang tu camne, sikit2 aku akan bukak pagar keliling aku. even dengan abg pun dia kekadang tak gu ngan aku. aku akan carik budak berdua nih bgtau masalah aku. kalau aku stress pasal sape2 pun, ngan diorglah yg aku carik. tapi citer2 hal aku ngan abg amat jarang aku citer yang pahitnya. aku citer yang manis2 je. tah. sejak kawin ni aku lagi banyak pendam rasa. sedih pun ade. tapi bila jumpa diorg nih aku jadik hepi. aku jadik gembira. tak kisahla mulut diorg laser ke cakap tak berlapik ke. janji aku dah kenal diorg sejak kecik. mak ayah diorg pun baik ngan mak ayah aku.
bila aku nak meluaskan dan menambah bilangan kawan? entah. sebab aku tak rajin nak bersosial. tak rajin nak hulur2 kata memula bicara. aku suka tengok dan dengar dulu. kekadang orang yang kita rasa dia boleh ngam ngan kita, tetiba kita tengok dia jadik lain, kita akan rasa tak best dah nak mesra2 ngan dia. tapi simpan dalam hati jelah. kang cakap kat mulut kang payah pulak. aku dahlah mulut laser.
ude dan dyla, terima kasih buat korang untuk segala2nya. kita dah kenal dah lebih 20 tahun. 2 dekad! semoga korang cepat bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga. ini doa ikhlas dari aku..