Followers

Showing posts with label faris. Show all posts
Showing posts with label faris. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

tangan kaki mulut

harini sudah masuk hari ke3 faris kena sakit tangan, kaki, mulut. minggu ini terpaksa kenselkan urusan lepas waktu tadika. nak ke bank ke pos opis ke sume kensel. gara2 nak kena balik rumah jaga faris pulak. ayahnya masuk kerja tengahari. harini selasa kulihat biji2 kat badan macam ada kering sikit. tapi masih penuh dengan biji2. dahla faris putih melepak. rasa nak meleleh je air mata tengok kulit anak macamtu. penuh celah jari, atas tangan, tapak tangan, kaki, tapak kaki, celah punggung, muka. badan lagi penuh. tapi nampak dia aktif sikit harini. dah acah2 nak main ngan adik. aku risau je kalau dia nak pegang2 adik. dah terlompat2 pun ye jugak dia tu.

semalam isnin pagi ayah faris bawak ke azzahrah bangi. nampak makin teruk dia garu2 ahad malam. tapi masa tu tak banyak naik. lepas jumpa doc baru naik banyak kat sume tempat. aku balik kerja smalam tengok dia terbaring lemah je. nak gerak rasa sakit. tangan kaki nampak kembang je membengkak. malam lepas ayah dia mandikan terus sapu ubat. terjerit2 dia sakit masa kena sapu. sampai nangis2. aku yg tengok ni rasa nak luruh dah air mata. tapi kutahankan hati. rasa nak dipeluk2 tapi kang aku pegang adik, nyusukan adik. isyy...ayah dia dah pesan. lepas pegang faris kena cuci tangan. baju2 dia basuh asing. alas tidur ngan bantal guna yg tu aje jangan amik yg lain. botol, syringe sume kena steril. aku doa je banyak2 moga adik tak kena. banyak kesan sok kalau adik kena, nauzubillah.

faris, moga cepat sembuh. kamu dah sakit sejak kamis, bersin2 ngan batuk. terus demam masa naik hfmd ni. cepat baik ye faris. pilu hati mak tengok kulit macam tu.

Monday, September 3, 2012

faris kreatif imaginasi tinggi

faris skang tengah melalui fasa eksplorasi. tinggi imaginasi dia. dia gunakan apa saja benda yg ada kat depan mata dia. kadang2 rasa rimas, sesak nafas tengok dia main2 benda pastu biar je. bersepah2. tapi bila pikir 2x, dia tgh main benda2 tu.

patung zirafah dibuat mcm baby, ajak borak, ajak tido, nk tukarkn pampes, nak minum milk. tong botol air yg kosong disusun2 tinggi. mainan kereta dia pun susun tinggi2. kalau tengah lipat kain dia amik baju nk lipat juga. lepas tu kirai2 buat main. dia suka pakai baju ayahnya. butangkan sampai habis. dah pandai dah butang baju. tali pinggang ayah dia pun dicubanya. lepas tu tinggal. sarung tangan, sikat, minyak wangi, telekung, sejadah sampaikan aku punya serkup tudung pun nk dipakainya. diam2 dia buat dailog sorang2. lagi best bantal peluk adik pun dibuatnya tepon. dok helo helo tanya tu sapa buat apa..hmm..kadang2 rimas juga. tapi bila duduk tepi perati dia senyap2 aku biarkn ajelah. buat2 tutup mata je rumah bersepah, huhu!!

Saturday, August 11, 2012

anak2 penyeri jiwa

alhamdulillah sudah masuk penghujung minggu ketiga puasa. minggu depan sudah boleh ready nak balik kampung. kali nih kami beraya di kamunting sana. lagipun lama tak balik. mak ayah sana pun tak tengok lagi adik hafiy yang dah cecah 3 bulan umurnya. tak kisahlah. kat sinipun hari2 dah jumpa keluarga. cumanya tak dapatla berjalan raya sama2 ke melaka jumpa org kampung sana. kalau jalan ramai2 lagi best. hmm..mungkin boleh jalan sama lepas balik dari perak nanti kot. nak ke rumah makteh ke acik ke kan.

adik hafiy sudah besar dan panjang badannya. baju newborn dah tak muat. dah kena pakai baju 3 bulan ke atas punya. badan pun sudah mengembang sikit. alhamdulillah dapat susukan adik macam biasa di bulan puasa nih. cuma maknya nih rasa lembik loyak kurang cergas je rasa, even dah makan vitamin. khasiat vitamin dapat ke adik kot. tu yg maknya lemah je tu. insyaallah prestasi diri akan cuba ditingkatkan lepas raya nanti. dan juga cuba nak menguruskan badan, uhuk uhuk!!

abg faris? hmm..geleng kepala. kadang keletah dia penyejuk jiwa. kadang mencabar rasa. apepun dia anak yg masih berumur 3 tahun. sesekali mintak dimanja. nak berdukung, nak dipeluk, nak diberi perhatian pada apa yg dia cakap. siap dia cakap suh pandang la dia, dia nak cakap ni. kadang senyum yg manis meruntun jiwa. cumanya yg buat pening kepala bahasa bertutur dah mula berleluasa sesuka-hati-nak-cakap-ape sampai orang sume geram. hmm..faris, kita cuba lagi lepas ni ye. badan tu dah makin berisi dah. sok nak beli baju melayu tak dapatla saiz budak umur 3 tahun. silap2 pakai yg umur 5/6 tahun sebab pinggang dah melebar, isk..isk..kita tengok jelah nanti

Tuesday, July 24, 2012

puasa 2012

pertama kali berpuasa dengan adik hafiy. puasa sambil menyusukan. ada rasa lesu sikit dan pening kepala tapi cuba lah pelan2 buat. pam susu pun buat2 cergas, adik nangis terus susukan adik walaupun rasa lesu. boleh tahan lagi setakat ni alhamdulillah. yg penting kena makan berat masa sahur dan ambil vitamin. dulu ada praktis masa puasa sunat tapi beza sebab masa tu bukan puasa hari2 jadi takdela terasa sangat letihnya

masa terawikh tak dapat penuh bila adik merengek nak tido. selagi tak puas menyusu mmg dia tak lena. dapatla rakaat yang hujung2 tu. dah lena baru senang nak solat ye. abg faris kejanya pusing sana pusing sini main sorang2. 3 tahun umur time budak tengah naik, huh, mau pening dibuatnya ye. abg faris..abg faris..

Thursday, July 12, 2012

ketahanan diri

lama tak menulis. melayan musim sakit. bermula dengan faris. tonsil, ulser. last skali batuk sesema. melayan ragamnya taknak makan ubat. dah besar dah tahu rasa ubat yg pahit. bersilat melawan taknak telan ubat. dipaksa telan akan diluah balik. takpun meraung2 guling2 sampai muntah2. aduhai...kesat peluh di dahi. makan pun tidak dek takut nak bukak mulut sebab ulser tu. elok faris baik ulser aku dan hafiy pulak terjangkit sama. teruk jugalah bila kita bersin2 air hingus meleleh tak renti2. sakit kepala berpusing. layan pulak hafiy yg kena batuk sama. dah mula sesema pekat. dengar bunyi hidung tersumbat dan kahak di tekak. kesian adik. sudah 3 hari datang demam pulak. hai..sian dia tak lena tido siang dan malam.aku? kena layan kan adik di tengah2 malam hari, awal pagi, dan waktu balik kerja. bayangkan waktu kerja tersengguk2 tahan kantuk. petang/magrib berkira2 nak memasak dek kerna adik pantang letak. hmm...kelam kabut otak fikiran badan dan emosi.

selasa lepas elektrik takde di rumah mak. notis dah diberi seminggu awal. katanya mula jam 10.30-2.30 pm. hati sudah mula gundah gulana pikirkan cara nak selamatkan ebm beku di peti ais mak. nasib ebm tak banyak. tapi itupun sudah buatkan hati cuak. bila tiba masa kejadian aku bergegas ke kedai kayatri beli ais 2 pek besar (macamlah ebm banyak sampai beli ais banyak tu kan) dan garam kasar. aku guna tong nasi mak. dan kuselang selikan ketul air/garam dengan pek ebm. mujur tempoh kejadian cuma 3 jam (11.00-2.00 pm). bila kubuka tong untuk pindah semula ke peti ais ebm masih beku cuma ketul ais di bahagian bawah sudah mula mencair. dalam kepala pikir2 jugak 3 jam ais sudah mula mencair. kalau berjam2 lagi banyakla ais yg cair kan. apepun ebm selamat kekal beku. untuk yg taktau ebm beku kalau dah cair kena gunakan cepat within 24hrs. xleh beku semula. so bayangkan kalau sume tu cair tak ke muntah adik hafiy nak abiskannya. satu pek dahla 4-5oz (total harian masa pantang tidakla ber oz2). once dah panaskan kena guna within 1 hr. sebab tu cuak yg ebm beku tu. yg cair takpe boleh tahan lagi 4/5 hari kat ruang sejuk. tapi adala 3 botol ebm cair ku masukkan dlm tong nasik itu akhirnya turut menjadi beku..ahahahah!! kira sudah selamat menjadi stoklah gamaknya..

apepun, masih lagi dalam waktu peralihan nak mengurus masa untuk urus 2 anak dan lain2. waktu rehat untuk diri sendiri ala kadar saja skang. lebih2 kang tak buat kerja rumah ada yg kena marah lak. penat diri sakit pening pandai2la tahan. huarghh!! ini pun sudah jam 11.30pm mencuri masa menaip entri baru walhal baju masih belum dibasuh. susu masih belum dipam. stok besok masih belum disukat. stok lebih siang tadi masih belum dibeku, ngehhh!!! ku masih bertahan.

Thursday, July 5, 2012

baru ku tahu

hinss hinss!! fuh boleh tahan juga penangan ibu nak breastfeed anak ni ye. setelah 2 minggu kerja. agak kelam kabut sket. kalau minggu pertama kerja adik meragam jaga malam hari time org tido. minggu ni adik jaga dan melalak time org bangun nak mandi, solat dan siap2. bayangkan org tengah bersiap nak cepat time2 tu jugak dia boleh terjaga. fuhh, kesat peluh kat dahi!

kat tadika dapat pam 2x. masa pagi sebelum budak masuk kelas ngan masa budak dah nak balik. mujur dah tak mengajar kelas cuma entertain budak2 playschool yg tak ramai tu. kalau time yuran banyak setelkan yuran dulu, menahan je rasa bengkak. dah selesai pam sungguhlah rasa lega yang amat. sekarang average dpt 3oz masa pam. 2x pam di tadika dan sekali waktu mlm di rumah. campur dgn stok beku kat umah mak. setakat ni alhamdulillah cukup sbb kerja sampai tgh je. dan ada pulak stok terlebih.  yg tu boleh dibekukan untuk stok beku.


tapi yelah. nak bf ni byk kerja. renyah bak kata org. nak kena sediakan peralatan pam. nak kena pam. nak kena basuh botol/steril botol. nak kena agih2kn susu ikut sukatan minum. nak kena rekod sesi mengepam dalam buku nota. sbb tu ramai amik jalan mudah untuk bagi formula milk saja. tapi sebab hati sudah nekad, ha..semua tu kena telanlah ye. untuk anak punya pasal..




*faris demam pulak kena tonsil dan ulser. batuk sesema pun ada. kita kesian kat dia. tapi mkn ubat taknak. bergaduh bersilat! hai lah anak  :|

Sunday, May 20, 2012

catatan hari ke - 13

jumaat lepas adik hafiy ke pantai lg cek jaundice. dr suruh ke klinik terus tak payah cek darah di lab. so bila jumpa dr kata ini jaundice sudah turun. bacaan mungkin sudah bawah 200. ini baby sudah ok. tapi u continu jemur bawah matahari for 3 days. tapi u brastfeed lagi dia kerap ok. setiap 2  jam u bagi..gitulah kata dr.  masa ni berat dia turun 3.1 dr 3.2. tulah ada rasa risau pasal berat dia turun. rasanya sebab tak frequent bg baby bf kot. yelah bagi masa dia jaga. kekadang dia tido 2 jam. ada tu tido 3 jam. ada plak lepas sejam dia jaga. yg tido 3 jam tuh masa tido malam mak dia pun tebabas sama lelap, huhu!! tapi nasib baik pagi sebelum ke klinik adik sudah berak dengan jayanya sedangkan beberapa hari sebelum tuh dia kering cuma kencing saja. sabtu pagi pun banyak juga, syukur alhamdulillah. semoga birilubin dalam darah tu tersingkir keluar sama.

kali ni rasa tercabar sikit sebab abg faris asikla merajuk saja bila ada yg tak kena dengan apa yg dia nak. kalau tak dapat terus nangis guling2. tak makan dek pujuk lak tu. pujuk2 gitu taknak. nak berdukung pulak. ha yang tu mmg tak larat nak dukung. bila pujuk2 tak makan biarkan aje dia nangis. geram gak kekadang. ada tu sampai adik pun nangis nak minum time abg buat hal. ohh pening jugak kepalaku ini...rasanya  beberapa minggu  lalgi oklah tu, hopefully..

Thursday, March 15, 2012

pengalaman menginsafkan

dalam masa seminggu ni heboh tentang arwah adik dirang. semoga rohya dicucuri rahmat Allah. bila difikir2kan yg tersurat mahupun tersirat banyak iktibar boleh kita dapat dari kes ini. ianya adalah isu keselamatan anak2 kecil. anak itu walaupun sudah 5 tahun umurnya tapi masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. selagi dia tidak berumur 18 yg sudah dikira cukup umur dan boleh berfikir dengan jelas. even budak darjah 1 dan 2 pun dikira masih kecil lagi. aku selalu dikelilingi anak2 kecil berumur 5 dan 6 tahun kebanyakannya di tadika. hari2 memang bergelumang dengan kejadian2 yg tidak semana2 dan secara tiba2. kes anak tercalar terluka gaduh dengan kawan itu sudah biasa. namun yg terjatuh tangga, terjatuh sewaktu bermain di padang, terhantuk dindng, perlukan rawatan sampingan macam sapu ubat luka dan sebagainya. sama juga semasa di bilik air (berak kencing). di dapur adalah jarang kecuali untuk membasuh tangan di sinki. ada antara anak2 5 tahun yg masih belum lagi cukup umurnya disebabkan tarikh besday penghujung tahun. jadi baru 4 tahun umurnya. memang seperti anak2 manja yg perlu dllayan dan diberi perhatian. bimbang terjadi apa2 jika digasak abang2 yg sudah 6 tahun. belum masuk lagi waktu dihantar dan diambil oleh ibubapa/penjaga. guru mesti kenalpasti setiap ibubapa yg datang mengambil anak2 mereka. walau kelam kabut di awal tahun sebab tak kenal lagi tapi sudah boleh kenal menjelang bulan2 berikutnya. bimbang jika berlaku apa2. itu di tadika tempat belajar. belum lagi di rumah dan persekitaran.

macam faris dari dia kecik dah macam2 kemalangan yg menimpa dia. aku memang khilaf dalam penjagaan budak kecim terutamanya yg toddler. selalu jaga budak yg besar jadi untuk anak yg kecil ini memang kadang2 terlepas pandang. masa faris umur 7/8 bulan dah pandai memanjat2 dan merangkak..banyak kali terjatuh telentang kepala ke belakang. pernah jatuh dari katil masa tidur. bergolek2 terus terjatuh ke lantai simen. berdarah sikit bibir. padahal dah kepung keliling ngan bantal. umur setahun lebih ligat jalan sana sini kadang2 tak ternampak bibik sedang mengemop atau bekas2 licin di lantai, terpijak dan telentang. masa itu juga sudah pandai turun naik tangga. maknya pikir dia sudah boleh naik sendiri turun sendiri dibiarkan jumpa ayahnya di bawah lalu terjatuhla tangga dua kali kejadian. kaki ke atas kepala ke bawah. terkejut dan berdebar muka. tangan sudah pandai mencapai terus tercapai cawan isi air panas sedang merendam puting di rak. tertumpah kena di tangan. pegi farmasi beli alat pembalut tangan. umur dua tahun naik basikal elektrik. ada reverse mod. angkat ke ruang atas (dua anak tangga dr ruang bawah). on bateri terus undur ke belakang jatuh tangga. lama juga sakit di belakang kepalanya. dan dia trauma terus taknak naik basikal tu masa ada bateri. takde bateri baru dia nak naik, kayuh ngan kaki gerak depan belakang. tapi kami letak di ruang bawah je tak boleh bawa ke ruang bertangga. dan baru2 ni nak masuk 3 tahun tersembam jatuh kena bucu meja (bulat) atau bucu kerusi. lebam bentuk bulat di bawah mata. skang ni masih ada lagi kesan lingkaran separuh bulat. separuh lagi dah hilang. haih...risau kan anak setiap masa. dah besar skang pun turun naik tangga kena pantau dan tengok. kadang2 tersadung kaki masa bejalan dah luka lutut. tu main sendiri. sok dah ada adik janganla cedera sebab bergaduh pulak. risaunya lah kan. ada anak kecik nih.

jadik aku perlu belajar dari pengalaman. skang even bawak faris kuar gi kedai pun dukung dia turunkan dari kereta pegang tangan dia masa aku tutup pintu and kunci. takut kereta motor lalu-lalang. perati2 orang sekeliling masa turun kereta. takut kena ragut pun ye juga. nak jaga anak dan jaga diri sendiri. nak masuk keta pegang lagi tangan anak, dukung naikkan dia, pasang seat belt, kita masuk, kunci pintu dna start enjin. baca bismillah dan jalan. lama jugakla proses tu berbanding bila kita pegi mana2 sorang diri. tak masuk lagi kalau ada belikan anak makanan ke minuman ke.

apa2pun semoga kita akan menjadi lebih baik dari semalam dalam menjaga anak2 yg kecil ini. mana yg baik kita ikut yg buruk kita buat sempadan-dari kes adik dirang- alfatihah untuk arwah

Sunday, March 4, 2012

pengalaman bersalin dulu

skang nih agak2 rasa cam best jek melayan gerakan baby. cam enjoy suka2 sengih sorang2 pun ya. hahaha!! rasa tak sabar nih nak jumpa baby. diorg nih bila dalam perut kemain lagi syok main tendang2 sana sini kan? bila dah kuar asik tido tido tido. geram betul!! skang dah abis 7 bulan. nak menempuh sampai 8 bulan pastuh 9 bulan lak. faris dulu ngam2 9 bulan dia dah kuar (36 mg).

dulu masa faris kuar aku amik epidural sebab nurse kat pantai tuh jap2 masuk tanya nak epi ke tak. kita nih dahla 1st time xtau cane nak handle sakit..nak jawab ape..mak cakap ade yg sedut gas tuh tapi xde plak nurse sana offer. last2 amik epi tapi sampai dua kali doc datang nak bius sebab aku ade penyakit xleh disentuh di kulit ye. sentuh aje aku terus menggeliat. jadi cubaan kali kedua lepas setengah jam kot, doc suntik ubat tido dulu barula dia bg epi kat aku, huh! mau dekat 5/6 org nurse pegang aku masa tuh. dah tu bila nak teran x reti sebab da kebas kan. xtau bila masa nak teran. tapi perut rasa kembang-kuncup-kembang-kuncup je. nurse yg tolong bagtau. dah tu cara teran tuh salah. aku teran macam hembus napas kat perut. rupa2nya kena teran macam korg kena sembelit ye. haa...jangan x tau ade cara2 nak teran baby nih. dah tu x reti nak napas cane nak teran cane. masa teran napas abis amik napas balik nurse kata.. teran bagi abis napas nanti baby masuk dalam balik! last2 doc nora guna forsep dia kepit kepala faris tuh. and of cos aku kena koyak banyak. besarlah juga. lama dah besok hari dalam wad rasa kebas hilang baru rasa perit tau..rupanya panjang dari tempat kuar sampai tepi tempat yak2 (sori ah citer). masa tuh ya allah nak gerak dari katil sakit. nak pegi toilet cuci2 muka sakit. tambah sakit lepas besalin kan, rasa mau gugur perut nih dari badan masa bediri dlm toilet. pastuh 2 minggu jugakla pantang kat rumah jalan pelan2. seksa time nak ke toiletla. dahla kena sembelit pastu sakit luka tuh panjang kan. kau tahan ajela rasa sakit tuh. aku minum jus gamat luxor hari2 + ngan sup ikan haruan mak beli kat kedai. sedap rasa ikan tuh aku makan sampai adik pun makan skali ngan aku sebab rasa dia sedap.

this time aku nak cuba natural birth lah. natural breathing and withou any drugs. nanti takut efek kat baby dia tido jek takmo breastfeed. i will try ok. this time dah tau ape yg kita expect and nak. 1st time memang timer je ape org kata and ape org suruh. ilmu beb. pandai2 carik ilmu ni untuk tau ape yg kita nak tu buat cane. xpe. xtau sok kita rajin2 la tanya nurse suh ajarkan teknik breathing. jangan dorg sibuk kuar masuk bilik suh amik epi-suh amik epi kan. dah la yg tu caj lain. yg sedut gas tuh xdelak diorg sajes. hmm..i will try nanti..

Tuesday, February 28, 2012

faris..faris..

perut sudah menjangkau usia 7 bulan. rasa senak dan kadangkala mengah takleh nak citer. aku senak sbb aku punya uri di bawah. tepi pintu. tak lama lagi jumpa doc nak tanya dia langkah2 seterusnya. sbb doc cakap sebelum nih uri akan naik sendiri. and before 7 mths tak perlu risau. now perut makin besar and dah mula takleh gerak bebas rasa nak tanya nanti camne citer. cuba bayangkan nak solat pun dah tak dapat nak sujud dgn betul. nak tunduk amik barang atas lantai pun kena turunkan satu kaki dulu. nak amik barang dalam keta pun garu kepala dulu kalau tepi parking sempit or adik2 park motor. cane nak celah amik barang nih. phuh...tu belum lagi bab nak layan kerenah faris..

aritu faris buat hal kat tadika. dr awal tahun memang aku bawak dia gi jasmin sama2. alhamdulillah banyakla yg eloknya yg dia dapat. dan kami sumer dah train dia waktu siang tak pakai pampes lagi. so kekadang kalau mood dia ok dia setuju je aku bawak gi toilet. tapi bila kena time dia taknak tu bersuruhla camne pun dia keras hati taknak. lawan sampai nangis2. aku malas nak layan dia nangis memang suruh jugak dia ke toilet sebab lama lagi nak sampai rumah mak di bangi. nak singgah cawangan lain dulu kutip yuran kalau time yuran. dia on the way dah tido. kang ada tekencing dalam keta. dah buat hala gitu nangis2 la nak dukung pulak. aduhh..memang mencabar sungguh anak ini. itu belum lagi terkencing dalam suar time aku mengajar. nak kena setelkan hal dia pulak. aku skang dah ajar kelas besar so murid pun ramai. ganti cikgu kelas yg cuti bersalin. faris belajar ngan cikgu playschool dia baru masuk. tapi itulah. dengan cikgu tu banyak main sebab ada kawan2 lagi 3 org. blaja ngan aku dulu masa kelas kecik ade jugak aku ajar2 dia tulis ke baca abc ke kira nombor ke. alhamdulillah bila aku ajar budak berdua dulu dia mudah dengar ape aku ajar. so lepas tu dia duduk sorang2 ulang balikla ape aku ajar tuh. aku pun kagum. ha, skang nih je tak dapat nak tengok dia blajar ape sebab murid dah ramai. hmm..bila perut dah besar ni rasa tak sanggup nak layan kerenah dia. yelah budak tengah ligat umur 3 tahun nih. tapi macam tad tak bawak dia sebab dia batuk2, rasa sunyi lak dia takde kat tadika skali. hmm..nampaknya dah takleh berkeras nak disiplinkan dia sangat. aku dah tak larat dengar dia nangis2. harap2 dia buat perangai elokla. mak dia nih dah tak larat nak ligan2 dia..phuh!!

Saturday, January 28, 2012

di saat ini..

perut sudah mencecah ke angka 6 bulan. lincah bergerak ke sana ke sini. masa2 boleh gerak ni kan. perut pun rasa makin membesar. dan mengeras belah kanan. belah kiri masih boleh ditekan2, hehe..lagipun x lama lagi mau mengganti kelas cikgu mila. tengok dia pun dah mengah2 buat keja. tunggu masa nak cukup bulan jek.

aku gi tadika skang bawak faris. memula dulu rasa terganggu gak dia asik kacau aku ngaja. nasib baik cuma 3 org. amik budak 6 tahun paling lemah. baru masuk tadika. nanti pun mau masuk kelas besar jugak ganti mila mau bersalin. faris usik sana usik sini, takmau mandi, kencing dlm suar (baru train x guna pampes tp kekadang pakai juga masa tido/bejalan). tapi alhamdulillah lama2 faris mau belajar. kadang2 dia ikut apa yg aku ajar pada abg2/kakak kat kelas. doa2 sudah boleh ikut sikit2. ayat2 english pun dia boleh dah. lgpun kat umah ramai org speaking bi ngan dia, heheh..apepun rasanya dia ok. baru nak masuk 3 tahun kan. cuma time nih dia tengah serap bahasa/gaya org becakap. kalau bebudak tadika nih cakap ke buat ke cepat je dia ngikut. tu x masuk lagi famili dia becakap. sume dia ngikut. memang kena kontrol apa kita cakap skang. budak tengah menyerap ilmu, iskk..


keja faris dlm kelas, huhu!!

main kat playground mcd

faris ngan ayah

Saturday, June 11, 2011

kesian faris

faris demam lagi. on off masuk hari ke4. dan paling teruk batuk lengkung2. alaa hai. tengok budak kecik batuk kuat2 bisa buat jantung luruh. dah jumpa paed dr azam di hosp pantai. faris kena tonsilitis. tu yg buat dia demam. dan punca dia kerap batuk sebab x bagi ubat inhaler yg diberikan dengan berjadual. means...hari2 kena bagi ubat tu kan. dah tu maknya pun bagi selang 2 hari. siang bagi malam x bagi, kan. desyumm kena kat batang hidung sendiri, huh! yela yela aku bagi la tetap. x sanggup tengok asik makan ubat je. dahla berjenis2 berbotol pastuh bila batuk kuat dimuntahkan nya ubat yg dah ditelan. and kena basuh cadar/alas bantal/ kain lap..huarghh!!! time ni la terpaksa rela jadik rajin membasuh bekas2 muntah. cepatlah sihat anakku. jap lagi mak bagi ubat lagi ye.

Tuesday, May 3, 2011

pulang sudah..

alhamdulillah semalam kami selamat balik ke rumah. bunyi macam gi jalan jauh kan? padehal gi tido2 kat hosp pantai je pun. faris makin ok cuma tinggal batuk dan suaranya dah jadi serak2 basah gitu. keletahnya dah kembali semula. gitu gini duduk pantai 3 hari 3 malam dah cecah 3k. terima kasih pada prudential dan ejennya kak tijah, hehe..

hari ni? dah selamat kembali bekerja, uhuk2! dan aku pulak yg mula nak batuk dan sesema. hmmm..

Sunday, May 1, 2011

faris hari ketiga

faris kena duduk lagi di wad. demamnya dah ansur baik. cuma batuk masih pekat lagi. dan doc suruh tinggal lagi satu hari untuk bagi faris gas biar cair kahaknya. alamat kami kena tinggal lagi di sini sampai besok hari keempat, huhu!! dan ayah faris pun kena balik amik kain baju yg dah surut..

Saturday, April 30, 2011

hari kedua faris

hari kedua di pantai medical hospital. faris dah mula nak makan dan dah aktif sikit2. pagi taknak makan lagi. tengahari dah nak makan sesuap dua nasi. petang menu western dah makan banyak juga. dengan mashed potato dan gravy soup. yg tak bestnya..habis kuar sume yg dimakan bila nurse datang bawak ubat, huhu! habis kena mandi balik. anyway, thanks to cik da and cik lala sebab sudi datang lawat faris ye! hope besok dah boleh balik.




Saturday, April 23, 2011

faris 2 tahun

genap sudah umur faris 2 tahun. syukur alhamdulillah. anak yang sulung. anak pertama. lahirnya selepas 6 tahun menunggu. dengan segenap kudrat kami menjadi ibubapa. setelah 6 tahun selesa berdua. sikit sebanyak memang kekok dan serba tak kena jadinya. namun dialah penawar jiwa. jika tak ada si dia di sisi, bisa membuatku rasa resah gelisah. melayan kan si anak yg lasak dan manja hingga mengundang rasa iri si ayah. hmm..aku juga masih belajar menjadi ibu. juga menjadi isteri di waktu yg sama. setelah 2 tahun ini, rasa di hati ingin menambah ahli keluarga juga membuak. namun perlukan kerjasama dari kedua pihak. yang tak mungkin ku perolehi tika dan saat ini. banyak perkara yang berlaku. dan banyak juga yg menggores hatiku. namun ku telan jua semuanya. yang pasti luka di hati terasa parahnya. aku pasrah saja pada yang esa.

di saat faris umurnya 2 tahun, telah banyak kemajuan yang diperolehinya. percakapannya telah pun rancak. dan sering juga mengikut2 percakapan org di sekelling. bukan saja ungkapan malah juga tingkah laku org dewasa juga menjad
i ikutan. hmm..sudah semakin petah, bijak dan lincah. juga semakin berat. uhh..sampai aku tak larat nak mendukungnya lama2 dek kerna cepat benar terasa lelahnya di pinggang. ohh..tengok sajalah gambarnya.

dialah permata dialah penawar. sering melempar senyuman dengan aksinya. walau kengkadang mengundang rasa geram di jiwa. namun akhirnya ku peluk jua si dia. geram..marah..tapi jika hilang di mata tercari2 kelibatnya. tertanya2 apakah yang sedang dilakukannya. itulah satu2nya penawar jiwa. tidak ku ketahui jika si dia itu yg terakhir? mungkin harus ditanya pada ayahnya.

selamat hari lahir faris. peluk cium dari mak untukmu.


















sedang mencuba mainan baru




sudah pandai membuat aksi di alamanda


dah pandai buat 'peace'

masih makan dengan andung. manja.

Wednesday, September 29, 2010

anakku

cuak..

faris dah mula meleleh semula hingusnya
tidur pun dah mula tercungap2
batuk pun dah mula kedengaran
suhu badan pun terasa membahang sikit

alamak..
datang balik sakitnya
tapi syukur dah lama tak sakit
sejak kuar hospital dulu
rasanya dah 2 bulan
sihat alhamdulillah
kalau tak tiap bulan sakit-3-serangkai
sedih tengok kena makan ubat berjenis2

sejak kena bagi ubat gas
nampak kesihatannya makin pulih
bulan pertama maknya rajin kasi sedut gas tiap2 hari
masuk bulan ke2 dah makin culas pulak nak bagi
nak masuk bulan ke3 faris mula sakit2..
takleh jadi nih
rajin balik maknya!!

*hohoh!! paling banyak entri bulan september
paling emo la ini bulan
pale otak pon bercelaru..

Saturday, August 7, 2010

sepi terlerai

hoh hohhh!!! lama tul tak menaip. hati tu memang menggeletek2 nak buat entri baru. tapi kanke buat entri ni perlukan feel...penjiwaan dan penghayatan. sebab den kena buat tesis daaa..dah mula bab 1. adoii..dah la dah lama cuti..2 bulan. nak kena warm-up balik untuk cari artikel and rujukan. adehhh..dehh!! lect bagi masa 2 minggu hantar bab 1. nak karang ayat pun temenung sana temenung sini, heh...






faris sebelum sakit

sejak faris kuar hospital haritu, alhamdulillah di nampak sihat dan ok. seminggu lepas kuar wad, kitorg jumpa balik dr.azam untuk check-up susulan. masuk2 je dr tanya kalau ada sape2 keluarga ada lelah atau asma. dia cakap faris punya paru2 sensitif sket. mmg kalau sape2 batuk sesema senang je nak jangkit kat dia. so dr bagi faris ubat lelah yang inhaler tuh. 2 jenis. satu untuk bagi tiap2 hari sampai 3 bulan nak bagi paru2 dia ok. satu lagi ubat bagi kalau dia batuk sesema teruk. tak penah2 rasa yang faris ni ade lelah ke asma. tapi dr kata dia ni kira mild asma, bukan teruk punya. ~err..kopak lagi duit. makan ratus2 gak ubat 2 jenis + alat mask tu~




lepas kuar wad bawak faris gi taman


sekarang faris dah mula nak pandai bercakap. tapi pelat lagi la. ape orang cakap dia dah paham. dia dah tau bila kita kata 'tutup'..dia dah pandai cakap 'kak'..suh bukak. 'baibai!!' flying kiss pun dah pandai. hoh..paling tak tahan bila dia menyepah. bukak tutup laci..kirai2 baju dah lipat..alat2 solek atas meja mmg slalu la berterabur buat main..adehh!!

jarang ni dapat citer pasal faris. skang umur dia dah setahun 3 bulan. alhamdulillah perkembangan dia setakat ni bagus dan memuaskan *mengikut ape yg aku belajar masa aku amik master awal kanak2 nih*

Friday, July 23, 2010

salam dari hosp. pantai

salam..

ughh..hidung dah rasa tepu. tepi2 mulut dah kering2. bibir pun dah merekah sket. ni gara2 banyak dok dlm wad la. ber ekon je. dah slow kan ekon pun ttp rasa muka kering. dok sini takyah nak cuci2 muka la. buh pelembap je. adehh..sian mukaku.

aku dok sini sebab faris la. dia demam hampir 5 hari. balik je dr kampung pilah sabtu lepas dah naik sket suhu dia. dia ni takleh nak bejalan..mesti demam or sakit 3 beradik la. dulu balik kampung perak pun camtu gak. pantang lg kalu ade sepupu ke makcik2 dia yg demam batuk sesema ke..ha, jaga2 la. senang nak kena jangkit. kitorg dah bape kali bg ubat tukar ubat demam turun naik. dah pegi ke dr kwan kajang. katanya jangkitan biasa. dr kwan level yg paling up sket. dia paed specialist. cuma dia di klinik saja. makin lama demam tak baik kami akur utk bawa faris ke pantai. haruslah diakui servis di sini mmg tiptop. aku dulu melahirkan faris juga di sini. mak ayah akan bawa adik2 yg sakit juga di sini. cumanya kena mampu menghulurkan fulusss..*err..kekadang mak ayah dulukan..owww, tak tertanggung malu kalau nak cakap la*

saat faris jejakkan kaki ke emergency..suhunya naik ke 40. terus faris dimasukkan ke katil di er. diperiksa suhunya, disoal begitu begini, dilapkan badannya. jangan citer la. faris menangis punya kuat. macam kena dera. dia kalu doc ke sape2 nak pegang cek mmg dia nangis tahap serius punya la. bila tiba faris nak amik darah aku dah berdiri jauh. aku dah tau cane prosedur dia. nak cucuk kt tgn cari salur darah and nak masukkan tiub tu adalah suatu yang menyakitkan. aku dah kena. mmg sakit. apetah lagi bila faris yg kena cucuk tiub. masa amik darah tu aku dok jauh2 pekak kan telinga. meraung2 faris. ayahnya yg pegang dan pujuk dia. aku cuba menahan hati. mata dah mula rasa berpasir2..alahai, benda2 camni slalu buat aku lemah la. bila kami ditinggalkan berdua untuk urusan kemasukan, faris asik nangis je. mata ngantuk tapi sebab sakit kena cucuk gak'e..nangis jela. aku dodoikan faris pun dok la pejam2 kan mata bagi tahan tak nangis. sedih woo anak nangis camtu.

jadinya skang nih faris dah trauma. bila nurse datang nak masuk ubat dlm tangan dia dah meraung. bagi makan ubat kat mulut pun meraung. sabar jelah anakku. nak cek suhu kat telinga nangis..doc datang nak pegang2 cek dada nangis..hah! dlm hal ni ayah dia yg banyak pujuk. credit to ayah ye! err..aku bab2 jiwa dna perasaan nih mmg fail la kan. kang aku nangis banjir kang..payah lak.

insyaallah harini mungkin boleh balik. nurse amik darah lg..faris pun dah nampak ok. tak sabar nak balik rumah cepat. huh..sesungguhnya kebebasan itu adalah suatu yg paling best skali di dunia nih.

*bateri kamera takde plak. time nak amik gambar penting je takde bateri. maklumla kuar pek barang pun tergesa2..ceis!! ceis!!

Sunday, May 9, 2010

ronda2 kota raya

smalam sabtu 8 mei kami ke zoo lagi. kali ni ke zoo negara lak. trip budak2 tadika aulad semua cawangan. macam ke zoo melaka arituh, zoo negara ni pun ayah faris tak ikut. jadi dengan sukarela nya aku bawak la si faris sama2 melawat sedara. sib baik budak2 jasmin tak ramai yg pegi. jadik tak banyak kerenah and kelam kabut nak jaga budak2 tuh. cikgu ade lagi 2, and dengan senang hatinya aku menolak stroller faris ke hulu ke hilir ye.

kali ni bila faris dah besar dia dah paham ape yg berlaku di sekeliling dia. takdela dia tido je cam gi zoo melaka dulu. lagi dia excited bila nampak ramai budak2 lari2 tepi dia. pastuh masa animal show plak dia ikut tepuk tangan masa org tepuk tangan. tapi yg tak best faris kena gigit nyamuk lak kat situ. dia nih dahla kulit sensitif takleh kena gigit serangga cepat je merah..cuaca panas ke kan. almaklumla org kulit putih..

*next time ayah dia suh nenda jangan buat planning awal bulan. dia bz kat opis. jeles nak ikut tak dapat la tuh, hahahaaha!!*

*takde gambar budak lain ye. malas nak amik gambar. tangan penuh!*












About this blog