hinss hinss!! fuh boleh tahan juga penangan ibu nak breastfeed anak ni ye. setelah 2 minggu kerja. agak kelam kabut sket. kalau minggu pertama kerja adik meragam jaga malam hari time org tido. minggu ni adik jaga dan melalak time org bangun nak mandi, solat dan siap2. bayangkan org tengah bersiap nak cepat time2 tu jugak dia boleh terjaga. fuhh, kesat peluh kat dahi!
kat tadika dapat pam 2x. masa pagi sebelum budak masuk kelas ngan masa budak dah nak balik. mujur dah tak mengajar kelas cuma entertain budak2 playschool yg tak ramai tu. kalau time yuran banyak setelkan yuran dulu, menahan je rasa bengkak. dah selesai pam sungguhlah rasa lega yang amat. sekarang average dpt 3oz masa pam. 2x pam di tadika dan sekali waktu mlm di rumah. campur dgn stok beku kat umah mak. setakat ni alhamdulillah cukup sbb kerja sampai tgh je. dan ada pulak stok terlebih. yg tu boleh dibekukan untuk stok beku.
tapi yelah. nak bf ni byk kerja. renyah bak kata org. nak kena sediakan peralatan pam. nak kena pam. nak kena basuh botol/steril botol. nak kena agih2kn susu ikut sukatan minum. nak kena rekod sesi mengepam dalam buku nota. sbb tu ramai amik jalan mudah untuk bagi formula milk saja. tapi sebab hati sudah nekad, ha..semua tu kena telanlah ye. untuk anak punya pasal..
*faris demam pulak kena tonsil dan ulser. batuk sesema pun ada. kita kesian kat dia. tapi mkn ubat taknak. bergaduh bersilat! hai lah anak :|
No comments:
Post a Comment