pagi tadi ke primanora. dr nora bgtau result test gula. didapati ada kencing manis. dr cakap kena masuk wad and dipantau di sana. pastu dia tanya ada dr panel ke tak. kami jawab memang takde sebab sume byr sendiri. dulu masa faris mak ayah support tapi kali ni kitorg byr sendiri. cik abg dah lama cakap nak tukar ke hosp serdang sebab save bajet sket. so bila dr nora tanya tu terus abg tanya boleh tukar ke serdang ke x. dr kata ok and dia buat surat referral.
hati dah dup-dap-dup-dap nak kena masuk wad nih. kena plak gomen memang tak penah kena lagi. sebelum nih satu famili mak ayah adik beradik kalau sakit sume ke pantai hosp kat bangsar. tau sendirilah kenapa swasta jadik pilihan. aku ngan cik abg pun ke hosp serdang untuk prosedur masuk wad. sampai di dewan bersalin kena buat penilaian dulu boleh ke tak masuk wad. ada temuduga, latar belakang, cek heart beat bb, cucuk amik darah kat jari, then kena nilai ngan dr penilai yg boleh tahan la mulut dia. dia bebel pasal prosedur swasta ngan gomen tak sama. dia tak boleh just kasik surat suh masuk wad gitu je. kena gi buat test dulu kat klinik kesihatan, ikut prosedur gitu-gini baru ke hosp. tupun jumpa di klinik pakar dulu untuk consultation. peh..banyak tul prosedur dia. aku pikir2 kalau gi pantai memang dah senang lenang dah atas katil sambil makan menu dia yg sedap tuh. tapi abg kat sebelah dah kira2 kos yg terpampang di dinding hosp tuh sambil membandingkan duit yg kena deposit kat pantai. memang jauh beza. aku pun tepikir jugak sok ada anak ke3/ke4 takkan nak ke swasta lagi. duit sama camtu tanggungan dah banyak mesti nak kena pandai bajet. walaupun keputusan dr penilai tuh menterbalikkan emosi aku yg tengah emo pasal tak bersalin2 lagi nih, tapi aku ikutkan jelah. dah abg kata hosp gomen suh buat tu buat jelah kan. aku menuju balik ke rumah dengan kepala sarat dan mulut diam membisu. huh mencabar betul peknen kali nih.
so isnin nanti kami ke klinik kesihatanlah nampaknya. and kena la standby pepagi kat sana. hmmmm...pengalaman baru.
* rabu 2 mei - buat ujian gula. org lab tuh suh minum sepeket kecik gula dalam mug biasa. berkerut2 muka aku minumnya. memang sah manis sesangat!! tapi habiskan jugakla sambil minum pelan2. pastuh buat test urin and amik darah. selang sejam amik urin and test darah lagi. lepas sejam urin dan darah lagi. gilir2 tangan kanan/kiri kena cucuk. habis dalam tengahari barula boleh makan kfc breakfast yg beli tuh. sebelum tu cuma minum air masak je dia bagi