Followers

Thursday, May 10, 2012

selamat sudah semuanya

alhamdulillah aku sudah selamat melahirkan. baby boy juga dengan berat 3.48kg, dan bersalin secara normal. ni pengalaman pertama kali bersalin normal dan dapat merasa sakitnya nak bersalin.

setelah dimasukkan ke wad untuk jagaan kencing manis, aku masih steady lagi belum terasa tanda2 sakit bersalin walaupun sudah tumpah darah. cuma pakai pelapik pad saja untuk menahan darah yang tak berapa banyak. subuh2 isnin sebaik saja nurse masuk untuk cek tekanan darah tiba2 saja aku terasa banyaknya air keluar. aku panik kejap dan bila nurse cek itu air ketuban dah pecah. banyak betul air keluar sampai dah basah belakang baju yg aku pakai. kain mmang dah lencun dah. nurse cakap ini dah kena masuk labour room terus nih. 

so aku call abg yg balik tido di bangi dan aku masuk labour room dulu dengan segala mala beg yg ada. dah tukar baju hospital then kena baring cek degupan jantung baby. oh ya, masa di wad tadi nurse ada cek bukaan baru buka sikit saja. bila abg sampai dan aku breakfast, masa ni dah mula rasa sakit2 manja. cek bukaan sudah 4cm. aku baring2 kadang2 telelap dan jaga bila sakit datang. tengahari boleh lagi makan tapi tak boleh bangun dah abg suapkan. rasa sakit dah makin kerap. bukaan 6cm. dr tengahari menjelang zohor sakit sudah makin kerap. aku dah mula kuar suara kuat mengerang. nurse pun dah mula bagi gas untuk disedut. kaki dah mula keras2 tahan sakit. pinggang rasa nak patah. mujur ada abg tolong pegang tangan. dapat semangat. bila abg kuar masa makan rasa kosong sakit sengsorang. bila dia balik rasa lega. memang banyak psikologi kena guna. contoh bila nurse suh pakai gas. sedut hembus. abg pun cakap tarik lepas. teliinga masih mendengar walaupun mata terpejam menahan sakit. bukaan sudah 8cm. aku makin tak keruan. dah mula mengerang kuar suara kuat2. terasa2 membonjol di laluan berak. tak lama tu sudah 9cm dan betul2 terasa nak meneran. nurse datang dengan dr paul dan diorg ready2 sume angkat kaki aku letak di penahan and suruh push bila rasa sakit datang. hbat sungguh penangan sakit nak bersalin nih. first time rasa sebab masa faris dulu amik epidural. nurse yg bagi tanda suh teran. dah berhempas pulas meneran sambil rasa sakit yg skala 9, 10 tu baby pun kuar akhirnya. diorg letak atas badan tapi aku pejam mata lagi, bukak sikit and tahan sakit lagi untuk kuar kan uri pulak. masa nak teran baby ada rasa dr paul gunting sikit laluan baby keluar. tu tak rasa apa banding sakit besalin. and bila uri dah kuar ada rasa lega sket cuma kena tahan jahit pulak. and nurse pun asik tekan2 perut nak cek aliran darah. sambil dr jahit bawah sambil aku sedut gas lagi. tak hilang lagi rasa contraction kat perut.

aku sedar semuanya. masa abg sambut baby. nurse bawa baby kuar. abg azankan baby. nurse bersih2kan badan. baru dapat bernafas lega. penat. nurse cakap berehat dulu sementara tunggu masuk ke wad. dalam 2 jam. bersalin hampir jam 2. jam 4 masih di labour room. jam 6 baru dapat masuk bilik. masa lepas bersalin teringin nak breastfeed kan baby. tapi aku terasa lemah lagi. nurse sume di luar. rupanya baby kena bawa ke nurseri untuk di cek dr paed. sebab aku dimasukkan insulin untuk kencing manis baby jadi kurang jumlah gulanya. dr masukkan air glukos dan diberi feeding suplement seingat aku 2x. jam 2 dan jam 4. petang sebelum masuk wad bacaan gula baby baru naik ke 4 dan dia kabarnya sudah aktif. ape boleh buat babyku sudah tidak ekslusif breastfeeding lagi. tapi dr baby ada pesan boleh bf masa di wad. so sepanjang malam sampai besok pagi aku kerapkan baby hisap di payudara. mula2 ada kuar cairan jernih sikit saja. dah petang baru ada cairan kuning2. petang boleh admit dan sampai sekarang aku masih cuba bf kan baby. hasilnya susu sudah mula ada dan sekarang sudah mula membengkak dan berat. kena mandi bawah air panasla nanti.

ini gambar2 yg ada..



About this blog