Followers

Saturday, May 22, 2010

cikgu tadika je..

pagi tadi semua cawangan tadika aulad mengadakan jamuan hari guru. lambat seminggu. kami di jasmin dah lama tak buat jamuan harijadi bulanan. dulu tiap2 bulan kami buat jamuan menyambut harijadi. ni dah masuk 2 tahun dha tak buat jamuan setiap bulan. rasa cam leceh la. banyak keja nak buat lepas budak2 dah abis makan. skang nih kalau mana2 budak yg sambut harijadinya, mak ayah dia akan bawak kek atau jajan yg dah di pek ke tadika. senang. kalau parents dia bawak kek ari rabu, maka ari rabu la kami makan2 besar.

untuk jamuan hari guru kali ini, bos besar dah bagi surat awal2, menyatakan ibubapa tak perlulah bersusah payah nak bawak ape2 makanan, dan lagi...ibubapa juga tak perlu bersusah payah nak memberikan guru ape2 hadiah. aku dah agak dah. lagi la dalam surat tu kata tak payah bawak, lagi banyak la budak2 ni bagi hadiah kat cikgu2. adehhh!! pagi tadi sampai2 je aku depan gate sumer budak meluru jumpa aku sambil pegang hadiah masing2. untuk cikgu mila dan cikgu hanim diorg dah bagi. tinggal bagi kat aku je. ari isnin lepas dah ade yg bagi beberapa org. harini bagi lagi. aku dapat hadiah daripada diorg dan aku tengok hadiah2 itu dan muka2 mereka. dalam hati aku rasa berat je nak terima. sebab? aku rasa aku bukanla seorang cikgu yg baik. aku garang tau dalam kelas. tapi kan garang2 aku ni ha, ade lak budak bagi kad dia kata 'saya sayang cikgu farah', errr....budak2 ni tak takott ke ngan aku?

tapi mmg betul. aku banyak guna disiplin dengan budak kelas aku 6 tahun. tahun ni aku dapat ramai hero dari heroin. heroin cuma 4 org je. lagi 9 org adalah hero yang ganaz2 dan lasak2 sumer. awal tahun aritu aku ade dapat murid yg tak penah masuk sekolah..baru nak blaja pegang pensel. masuk 2 bulan aku dah takleh handle budak baru nak blaja ngan budak2 lain yg lasak2 nih. diorg sume dah terer2. kebanyakannya dari kelas 5 tahun taun lepas. kebetulan cikgu hanim datang bulan 3, terus aku bagi beberapa org murid baru yg tak penah belaja dan aku tumpukan pada budak2 yg lasak2 nih. yg dengan hanim memang patut pun dapat cikgu khas yg dapat mengasah kemahiran asas diorg. pendek kata...kena kontrol kelasakan diorg seiring dengan kepandaian diorg. aku slalu tertanya2. napela budak2 yg nakal2 sumenya pandai2? yg baik2 lembik2 budak sederhana pandai, hmmm..

kita tengok jelah gambar2 jamuan tadi ye!












pasta




kek besday budak. ade satu lagi kek tapi belum sampai



jajan yang dah di pek





*gambar budak pompuan makan & acara memberi jajan tak dapat di amik gambar. tak cukup kaki tangan nak melayan mereka dan amik gambar, huhu!!*

About this blog