Followers

Tuesday, May 1, 2012

catatan bersalin-1 mei 2012

hari ini cuti hari pekerja. dari malam tadi mata tak boleh lelap. panasnya membahang tergolek sana tergolek sini. pagi bila bangun terasa perut mula mengejang macam semalam. duduk sekejap temenung, takleh jadi. kena bawak gi jalan2 nih. so kitorg pegi ke taman tasik cempaka. faris bawak basikal merahnya. round satu taman tuh. tengah2 jalan kerap rasa cramp kat bawah perut so bernti jap. bayangkan bawah perut keras cam batu tapi kita tengah bejalan. dah sejam kitorg pun balikla. still cramp semasa makan di kedai mamak. balik rumah rehat nak lelap mata jap tapi panasnya ya allah memang takleh lena. cuba2 la buat keja. masak nasik buat lauk sket sambil badan mengalir2 peluh. isk..dasat tul cuaca nih.

smalam ke primanora jumpa doc nora. sudah masuk minggu ke-37. sepanjang jalan dalam keta perut cramp selang 10/15 minit sampai x senang dudukla. jumpa doc nora dia cek and cakap itu false alarm. braxton hicks. cek bukaan masih belum buka tapi lantai serviks sudah lembut. doc suh berehat harinih and datang jumpa besok pagi untuk ujian gula dan darah. so malam ni kena puasa makan la. nampaknya baby nak kuar bulan mei sama ngan maknya. phuh..phuh tarik napas. bawak baby berat 3 kilo lebih dalam perut. errrr..doc nora cakap sume ok. tunggu turun tanda ajelah. sekian will update later again.

About this blog