bersiaran dari hosp serdang. adik hafiy ditahan wad kes platlet darah rendah untuk kali yg ke3. nasib baik cik abg datang bawak laptop dan dibenarkan aku guna hujung minggu nih. kes adik arituh masuk hari selasa 20/11/12 kerana demam panas dan mula batuk2. kulihat sudah timbul satu bintik dimukanya. hati dah terdetik yg platletnya mungkin rendah lagi. ni dahla demam panas, macam episod ke2 adik haritu. lepas seharian di bahagian rawatan kecemasan hosp serdang (banyak pulak tapisan klinik dia), baru doc suh masuk wad. itupun kalau aku tak cakap adik sakit itp dia cuma nak bagi ubat demam ngan antibiotik aje. banyak cantik nak senang muka dia. aku cakap dia kena amik sampel darah baru dia nak buat. tupun lepas dia suh tunggu result sejam, dah gi lunch kat cafe, dia cakap result x jadi sebab beku..kena buat balik. then dia kata kena tunggu lagi sejam. lagi banyak cantik muka dia. yg tadi buat tuh terhegeh2 la agaknya nak bawak masuk lab. nasib aku hangguk je kepala cakap boleh tunggu. anak dah meragam panas nak bagi ubat sendiri kat rumah? aku rela tunggu.
dipendekkan cerita kali ni jadi nak buat prosedur bone marrow besok, isnin 26/11/12.amik sampel sumsum tulang. nak tengok kenapa platlet darah dia rendah. dan nak konfemkan betulke dia sakit itp atau sakit serius yg lain macam leukimia. dari hari selasa haritu sampai jumaat di bilik 4 katil, doc dan nurse pantau demam dan batuk adik. demam alhamdulillah surut lepas dua hari. batuk je ada lagi. adik perlu stabil sebelum prosedur tu nanti. mula sabtu semalam doc suh masuk bilik 1 katil untuk pencegahan jangkitan, ready untuk isnin. so sabtu, ahad adik ok cuma on dengan nebulizer setiap 4jam. harini ahad dah selang 6jam sebab doc cek paru2 dia bertambah baik. doc kanak2 yg nak buat prosedur besok pun dah datang. pakar bius pun dah datang, dia cuma risau batuk adik akan menyebabkan tiub pernafasan susah nak masuk tekak sebab tekak mengecut. tapi bila dia cek batuk adik ok dia kata insyaallah sume ok. besok ayah dia teman dalam ot masa prosedur. adik akan puasa dari menyusu jam 4am nanti. prosedur mula jam 8am. mungkin dalam 2jam. lepas selesai nak tunggu adik sedar untuk terus feeding lg. adik, semoga adik berjaya harungi episod besok. mak akan tunggu adik untuk kasi adik minum ye. jangan risau nanti ayah teman adik. be strong adik. lawan sume tuh!