so bile ade trip cikgu aulad ke cameron dengan suka hatinya aku on la nak ikut kan. dah bgtau kat abg 2 bulan sebelum pegi kot. gedebak gedebuk akhirnya 28 mei sampaila kitorg ke cameron sana. sebelum pegi ade member aku cakap takyahla bawak baju sejuk. rugi..buat berat beg je bawak sebab tak sejuk ponn. aku dah teragak2 dalam hati..tapi aku bawak jugak la kan. siap gi nyoping lagi sebelum berangkat baju sejuk aku. untuk faris ayahnya dah belikan. nenda pun ade belikan satu gak. bila cecah je kaki kat tempat tinggal sana..omak ai!! sojuk eh! paip air nak basuh tangan kemain sojuk! nak mandi je dapat air panas. tu pun tak bape nak panas tau. ngam2 la. air idung dah mula meleleh. pijak simen takleh tak guna stokin, kena sarung. huh...ini macam kalu...mmg macam org putih la berselubung atas bawah! tapi waktu tengahari dah kurg la sejuknya. nak jalan2 keluar tu cukup je pakai baju lengan panjang, cuma aku tetap sarung baju sejuk sebab terasa angin sejuk tu bertiup, brrrr.....
aku suke satu lagi sebabnya 29 mei ialah besday aku kan. yg ke...cakap jela, 30 taun. rasa seronokla sket sebab tengah dalam trip kan. taun lepas aku mana de celebrate sebab dlm pantang. aku takde hati nak celebrate2 tau. taun nih walopun tak dapat carik kek (makan kat gerai jek) aku tetap suke hati, huhu! sudah masuk kelab 30an aku nih.
aku tak banyak barang2 nak nyoping. cuma sobenir sikit2 untuk member ngan budak2 kelas. aku punye..ade la beli tshirt je. yg lain cuma jamu mata je. sayur2 cuma abg je beli untuk member dia and mak dia sebab ahad ptg sambung balik taiping lak. aku tak beli sebab...err...aku bukannya dok umah pon masak2. banyak masa dok umah mak je. abg pon balik memalam kan. bole kira la bape kali balik awal pastu kenala masak2. jadik supaya sayur2 tu tak layu terbuang begitu aje kalu aku beli..maka biar jela tak payah ku beli, wakakaka!!
org kata ape yg ade kat cameron? balik2 benda tu jugak. takde ape. tapi bagi aku best! sebab nya kalu dah lama tak pegi pastu dapat pegi jadik bestla. dapat lari dr cuaca panas kat bawah ni. kot pegi selalu mmg rasa boring la kan. baik pegi tiap2 6 bulan sekali ke..
kat sana mak siap ngangkut peralatan dan bahan2 nak masak2. nasib baik kat apartmen tu dah lengkap sumenya. tapi mak guna barang2 yg mak bawak je. siap masak2 goreng2 buat macam umah sendirik tau! buat nasik campur, nasik lemak, nasik goreng, goreng sambal, peh!! org lain aku tengok dok dlm bilik diam2 je sambil makan nasik tapau (kott..). bilik kitorg berdesir2 je bunyik kat dapur dengan aromanya yg sedap, ngeheheheh..best dok serumah ngan mak. macam2 mak masak mcm dok kat umah sendirik, heh!
lepas dah 3 hari di sana sume pun pakat balik. dah isnin nye keja kan. tapi aku ngan abg sambung cuti sebab nak balik ke taiping. ape2hal pun, hati tetap rasa gumbira dengan percutian ini walaupun bukan gi bercuti kat tempat2 havoc or grand2 bak kata org kan..janji hati hepi!
*lenkali nak panggil jet peribadi turunkan kat atas cameron sana leh tak? takyah la lalu kat jalan. gile pening aku weh! naik cameron takpe..kete slow. bab turun tu yg aku tak tahan. abg aku dah la bawak laju turun cameron. sikit je lagi aku nak muntah. lupe lagi beli ubat mabuk. hai..*