Followers

Sunday, February 28, 2010

tahlil untuk uwey

kitorg baru selesai majlis tahlil. mak niat buat untuk arwah uwey, wan sebelah mak. tahlil untuk arwah atuk sebelah ayah dah buat dah masa cuti raya cina arituh. burp!! kenyang makan pas tahlil..sambal udang, kurma ayam, dalca, sambal cencalok, pehhhhh!! takleh tahan..yg dtg ramai dr kalangan kawan2 ayah, beberapa org jiran, beberapa org cikgu2 dan adik beradik belah ayah. best kalau org melaka ada. heboh satu jalan rumah kami nih.

uwey..dah meninggalkan kami semua sejak 2007. sama jugak ngan arwah atuk. selang seminggu uwey meninggal atuk plak menyusul. uwey sakit pelbagai. lama dah duduk di kerusi roda. asalnya cuma terjatuh, dan menyusul ke penyakit lain. sakit kulit, parkinson hinggalah ke akhir hayat uwey sakit sampai banyak kali masuk hospital. tengok uwey dah tua kena cucuk wayar, tiub sana sini. masuk anak tekak, masuk perut. sedih..masa lawat uwey dulu asik nak tahan je air mata. dah begenang dah kat tubir mata. kalau mak agaknya dah banjir dah sebab mak paling rapat ngan uwey.

kesedihan aku menjadi kemuncak saat uwey meninggal. masa dimandikan aku bermandi air mata. aku tengok mak apetah lagi. imah pun dah sama nangis cam aku. aku rasa syahdu skali sebab aku teringat kenangan masa aku kecik2 dulu dijaga oleh atuk dan uwey, sebab mak sambung blaja dan ayah bekerja. aku membesar di kampung. semua sedara mara duduk sekali. ada depan rumah atuk. ada kat belakang rumah. depan umah atuk dulu umah arwah wanwo and tokwo. aku ingat arwah tokwo bawak aku gi pekan juasseh naik moto. jalan2 minum2. arwah wanwo lak slalu masak lemak yang pedas tahap maksima. meleleh air mata dan air hingus aku! kejap2 aku lari ke umah wanwo/tokwo. sekejap lg aku balik umah atuk.

aku ingat istimewanya uwey..uwey masak sedap. walaupun hari2 masak lemak tapi isinya pelbagai. uwey juugak pandai jahit baju. kejap2 aku tengok dia menjahit. kejap2 aku tengok dia menyulam plak. kadang2 baju aku dan adik2 pun uwey buatkan. itu tak masuk lagi aku kena marah ngan uwey pasal berak merata!! (umur kecik lg daa). uwey ugut nak dimasukkan taik aku dalm mulut. hahaha!! sungguh aku takut masa tuh! kat umah atuk ada sekali abg man (pakcik aku), abg izan (sepupu aku), iwan (adik abg izan) dan kadang2 ada mak idah (adik beradik abg man). diorg sumer atuk bela dr kecik. campur skali ngan aku la. pernah dulu masa uwey belum sakit dia bukak kebun sayur kat umah tinggal kat sebelah. hari2 terbongkok2 tanam sayur, cangkul batas..buh baja. bila uwey dan sakit dan duduk kat kerusi roda, pergerakan uwey dah terbatas di situ. cuma ditolak ke dapur, ke ruang tamu, ke bilik air dan ke bilik tido. selama uwey sakit aku agak jarang nak berbual2 ngan uwey. bukan aku dah tak kenang jasa uwey. cuma aku tak reti nak sampaikan perasaan sedih aku, rasa simpati aku kat uwey. aku tengok je dari samping. cuma kalau uwey nak ape2 akan aku hulurkan. lama2 percakapan uwey pun tak berapa jelas lagi. dan aku makin tak berbual apa sangat. cuma peluk cium dan duduk kat sebelah. aku jadi taktau nak borak apa. nasib baik uwey dapat tengok abg hisyam. sempat uwey tengok aku kawin. sempat abg hisyamm carikkan ubat untuk uwey (abg keja kat comp pembekal ubat). cuma sedihnya uwey tak dapat tengok cicitnya faris.

walau aku tak rapat ngan uwey di waktu2 akhir, sedih aku tetap tersimpan di ruang hati. sesekali bila ingatan lalu menjengah, terus air mata aku bergenang. kali terakhir melawat kubur uwey masa raya selepas uwey meninggal. nangis aku di situ. aku rasa aku tak mampu nak melawat kubur uwey. sementelah pula atuk dah pindah ke sini. walau apepun, akan aku ingat kenangan bersama uwey sehingga ke akhir hayat..sebagai insan yang menjaga aku sewaktu aku kecil dahulu.

al-fatihah buat uwey..

About this blog