Followers

Thursday, November 8, 2012

episod kedua-hospital serdang

rabu semalam 7 nov kami baru saja keluar dari hosp serdang. 5 hari duduk wad kanak2 sejak jumaat. adik hafiy rendah balik platletnya. bacaan 7 ribu masa hari masuk. dapat kesan masa dia mula demam panas hari jumaat. bawa ke azzahrah bangi, bagitau sekali adik ada sakit itp. cek darah dan tengok platletnya rendah sangat. terus disuruh masuk ke wad.

jumaat dan sabtu, 2 hari adik meragam adan panas. ayahnya lap2 ngan towel basah satu badan. dengan sakit demam satu hal. pastu sakit tangan dan kaki kena cucuk nak masuk salur tiub tak dapat2. org yg buat tu cakap sebab adik badan berisi dia tak jumpa salur. tak satu tebuk sana. taak dapat kaki tebuk tangan. habis dua2 tangan dan kaki lebam. dahla pesakit itp memang senang  kena lebam. sian adik nangis sekuat hati. ayahnya yg tunggu kat luar bilik prosedur. aku tunggu dalam wad. tupun dengar nyaring suara adik. tersedu2 dia masa masuk wad tu. aku tengok ayah dia pun sedih kesat2 mata. aku? telan air liur saja. tahan. takleh nak emo sangat. satu kepantangan bagi mak2 menyusu anak ni dia emo ke stress ke. nanti susu badan tak kuar. sume yg datang tengok adik lebam2 sume sedih. tapi bila sume org dah takde, jatuh pulak air mata aku ni setitik dua.mengalir2 air mata masa baca zikir kat adik yg meragam nak tido. hari seterusnya aku cakap ngan nurse saya nak doktor betul yg buat. bukan org lain. nurse cakap yg buat tu yg baru nk jadi MO. tah aku pun taktau apa level2 yg ada kt hosp nih. h.o lah m.o lah. tak kisahla pun janji aku nak doktor betul yg buat salur.

hari ahad adik dah tak demam. ubat drip bg naik platlet pun dh bg. sedap dia tido sepanjang mlm dan siang. sampai aku kena pam susu! pam letrik takde. guna tangan sajalah. kaedah marmet. dapatlah 3 botol 3 oz. kalau tak pam memang bengkak lah apapun tak boleh.

hari isnin dijadualkan berbincang dengan doktor pakar untuk prosedur bone marrow. amik sample tulang sumsum nak tengok apa masalah platlet adik rendah. jg nk tau adik kena leukimia ke tak. doc ckp dia bukan amik dr tulang belakang, tp tulang atas punggung. kalau kata betul sakit itp, maka rawatan untuk itp akan diberikan. ramai yg risau takut dia amik dr tulang belakang. so set hari selasa buat.

hari selasa jam 5 pg adik dah puasa takleh minum susu. sampailah ke pukul 10 doc pakar cakap tak jd buat sbb lab nk uji sampel tak ready. tangguh ke rabu. tgh selasa tu doc tu dtg kata platlet adik naik ke 201. aku terkejut jugak. dah banyak naik tu. lepas tu masing2 berdebar untuk tunggu besok, rabu untuk prosedur sumsum tulang tu. mak cakap suh bincang balik ngan abg nak buat ke x. abg suh tanya doc blk betul ke x amik dr tulang belakang. aku dah rasa pening dah sume teragak2 aku dah sign borang setuju. mmg aku nk buat. doc dah ckp dia x amik tulang belakang. dia amik kat sumsung tulang atas dr tulang punggung. aku rasa ok je sebab dah dapat gambaran kedudukan tempat nak buat tu. doc pun dah terangkan.pastu ayah rupanya buat solat hajat ngan rakan2 seusrahnya untuk adik hafiy.

hari rabu jam 3pg adik dh puasa. lepas tu dia terjaga takmau tido. aku pujuk2 taknak tido. kenala bawak kulu kilir masuk ruang tv jln2 kt ruang nurse kuar masuk wad sampaila jam 6 br dia nk tido. akibatnya mata aku mcm panda. pening. subuh xleh sambung tido. nurse dah dtg buat rondaan. nk swiap tunggu doc pakar dtg lg. asik telelap je mata. masa tunggu doc pakar datang, doc yg muda ni datang. dia cakap bacaan platlet adik naik ke 234. dan prosedur tu dibatalkan. boleh discharge. hah? buntang mata aku dibuatnya. sah, dah boleh balik. alhamdulllah. cuma tunggu doc pakar sahkan dan nurse untuk siap2 kuar wad. masa ni dah bgtau sume famili. lega rasanya.

3 hari terakhir adik tak amik ubat dan bacaan platlet naik. aku amalkan minum air rebusan kurma tuh. mungkin itu dan berkat doa semua bacaan adik naik. cuma risau lepas ni dha kuar wad nanti platlket turun lagi. setakat ni usaha dululah mana yg terdaya. syukur..

About this blog