sejak aku berpindah sekolah ke smka maahad hamidiah kajang masa form 4 aku dah pun mula mengumpul geng2 sekolah (?). yg pasti geng aku sejak zaman kecik dulu rupanya ada jugak di kelas sains maahad tuh. sape lagi kalau bukan.....UDE!! ye, yg slalu kuar bersama dengan dyla tuh. aku daftar2 masuk aje dah nampak dia dalam kelas sains. ade beberapa org budak lelaki lain jugak yg aku kenal sebab sama sekolah rendah macam umar wahab dan fadzli amin. aku kat sharodz dulu tak sempat nak tau yg ude dah pindah masuk maahad masa dia form 3. so, kat kelas sains tu lah aku kenal sorg2 yg akhirnya membentuk rapat satu geng berenam yg agak2 serasi kepala otak kami sumenya. hehe..geng2 buat kecoh dlm kelas antara berenam tuh mestilah aku and ude. yg in the middle mas and kakpah. yg paling baik dan sopan mestilah sood dan nura, hehehe..tapi tak boleh lupa yg aku fail sume subjek elektif masa peksa form 4. lepas tu baru aku pelan2 maju sikit demi sikit. tapi still tak cemerlang smapaila masa spm. dapat kepujian pun jadilah. masa tuh killer subjeks aku ialah subjek teras. aku sangat suka pada sejarah dan maths. sampaikan sejarah yg bosan itu menyebabkan sume bebudak nih termasuklah yg budak laki baris kami di belakang suka sangat pinjam2 buku aku nak carik jawapan, hehe..memang aku suka sejarah!
bila matriks aku-sood-ude-mas sama2 masuk matriks kuala pilah sbb kami apply ukm. kakpah and nura masuk upm. but kami still keep in touch sampaila aku kawin ogos 2003 dan kakpah kawin dis 2003 x silap. tahun yg sama but kakpah dapat anak dulu, heh! then nura lak kawin tahun bape dah tak ingat tapi aku ade pegi majlisnya di tanjung malim sana ngan cik abgku. tinggallah sood-ude-mas yg masih bujang trang-tang-tang. tapi yg terkini ude akan berkahwin 1 okt nanti, syukur alhamdulillah.
skang kakpah dah pun balik dari usa dlm 2,3 bulan tapi tak dapat jumpa lagi even dia pun dah stay kat bangi sini. dia pegi 2007 masa tu dah dapat anak kedua and anak ketiga dia dapat masa kat sana. cute kan dapat anak oversea macam diriku jugak, huhu!! mas ada beberapa kali ku terserempak dengannya. kejap di pasaraya warta. kejap kat giant belah sujana impian kajang. kejap kat kedai gambar seksyen 4 tbhn. tapi mmg fail nak balas sms kalau sms dia. hai lah mas..mas. nura pulak ke aussie sana. rasanya dah 2 tahun kot tapi nasib baik ade fb boleh jugak nak layan2 borak kan. sood dah jadik cikgu kat sekolah rendah taman jasmin kajang. heran kan sebab aku cikgu kat tadika aulad taman jasmin kira dah dekatla ngan sood cuma tak penahnya berjumpa walaupun dah dekat. raya baru ni aje dapat jumpa itupun tergerak hati nak recall dia rupa2nya ayah dia baru meninggal beberapa hari sebelum raya sebab diabetis dan jangkitan lain. patutlah tergerak hati sangat nak sms dia padehal taun2 lepas punya raya mana nak jumpa ke sms ke. alfatihah to ayah sood.
well..gambar masa dulu ade nak kasik tunjuk cuma dalam album lama lah. nak kena punggah pulak pastuh scan. macam tak rajin je rasa. apepun gembira sangat sebab dapat jumpa aku-sood-ude. insyaallah ada rezeki lagi dapat berkumpul lagi ngan kakpah-nura-mas berenam macam dulu dengar macam2 cerita. mesti best kan dapat mengulang kenangan lama. korang..tetap dalam ingatan.