Followers

Friday, November 30, 2012

result bone marrow

bone marrow dah buat isnin 26/11/12 lepas. 8.30 kuar wad menuju ke bilik ot, 10.30 dah masuk wad balik. sampai sehari tunggu adik keluarkan kesan ubat tidur tu. sebelum prosedur bacaan platlet tinggi 112ribu dari paras normal 150ribu. sesi pagi tu sempat jugaklah dua kali aku kena marmet sebab bengkak susu. lama tau adik kena puasa. dari jam 4am sampaila dia dah sedar betul dr ubat tidur tu dalam 2.30pm baru aku susukan dia. sebelum tu aku dah mula bengkak lagi tapi sebab mata sudah berat aku tido jap. dan adik pun terus boleh menyusu. legalah rasa.

besoknya selasa bacaan platlet turun ke 73ribu. seharian adik meragam. risau juga. sebab tak selesa badan ke. sakit kat tekak ke (masa prosedur kena masuk tiub kat tekak untuk bantuan pernafasan). sakit mesti ada lagi kan sebab punggung kena tebuk. mesti ada rasa sengal2. hari rabu punya bacaan platlet jatuh lagi ke paras 36ribu. wah, sudah drop 2 hari berturut2. even doc pun risau dia dah suh staf bagi ubat steroid prednisolone tu walaupun result bone marrow belum keluar. so aku pun bg la. yg ni dia jenis tablet. nurse dah larutkan dalam air gula. ubat ni mmg pahit yg amat. dulu follow up dr pantai pun dpt ubat predni juga tapi pure liquid punya. xde campaur2 air gula. patutlah adik dapat ubat tu dulu dia luah2 balik siap memek muka ketat2! rupa2nya mmg pahit dr ubat pahit. sian adik kena telan ubat camtu.

harini khamis bacaan platlet sudah naik ke 57ribu. result bone marrow pun sudah keluar. doc cakap adik mmg sah sakit itp dna bukannya leukimia or kanser ke. dan predni mmg kena amik sebulan. 7hr dos sama, hari seterusnya dos dikurangkan. kalau nak balik dah boleh tapi kena datang hari2 amik darah sebab nak bg platlet naik sampai 100ribu baru ok. kalau camtu aku tunggu saja di wad sampai platlet naik. org kata predni/mana2 steroid mmg tak bagus untuk badan apetah lagi untuk baby. mungkin akan cuba jugak cara yg lain. time amik ubat ni bahaya pada jangkitan sebab ubat ni dia merendahkan imun badan sebab imun badan ni dia serang platlet darah. tu sebab platlet rendah. bila imun rendah platlet akan tinggi. tapi jangkitan pulak senang masuk. tu yg doc cakap jangan bagi adik bejalan2 kemana2. kira duduk setempat jelah. even yg kat rumah tu pun agak2 kena waspada jugakla sape2 yg tak sihat tu kan. ngan maryam ada faris ada, fahim ada baby baru pun ada. tak masuk lg pakcik makcik lain kot2 sesema batuk ke. memang senang je jangkitnya.

Sunday, November 25, 2012

episod ke3 adik hafiy itp- hosp serdang

bersiaran dari hosp serdang. adik hafiy ditahan wad kes platlet darah rendah untuk kali yg ke3. nasib baik cik abg datang bawak laptop dan dibenarkan aku guna hujung minggu nih. kes adik arituh masuk hari selasa 20/11/12 kerana demam panas dan mula batuk2. kulihat sudah timbul satu bintik dimukanya. hati dah terdetik yg platletnya mungkin rendah lagi. ni dahla demam panas, macam episod ke2 adik haritu. lepas seharian di bahagian rawatan kecemasan hosp serdang (banyak pulak tapisan klinik dia), baru doc suh masuk wad. itupun kalau aku tak cakap adik sakit itp dia cuma nak bagi ubat demam ngan antibiotik aje. banyak cantik nak senang muka dia. aku cakap dia kena amik sampel darah baru dia nak buat. tupun lepas dia suh tunggu result sejam, dah gi lunch kat cafe, dia cakap result x jadi sebab beku..kena buat balik. then dia kata kena tunggu lagi sejam. lagi banyak cantik muka dia. yg tadi buat tuh terhegeh2 la agaknya nak bawak masuk lab. nasib aku hangguk je kepala cakap boleh tunggu. anak dah meragam panas nak bagi ubat sendiri kat rumah? aku rela tunggu.

dipendekkan cerita kali ni jadi nak buat prosedur bone marrow besok, isnin 26/11/12.amik sampel sumsum tulang. nak tengok kenapa platlet darah dia rendah. dan nak konfemkan betulke dia sakit itp atau sakit serius yg lain macam leukimia. dari hari selasa haritu sampai jumaat di bilik 4 katil, doc dan nurse pantau demam dan batuk adik. demam alhamdulillah surut lepas dua hari. batuk je ada lagi. adik perlu stabil sebelum prosedur tu nanti. mula sabtu semalam doc suh masuk bilik 1 katil untuk pencegahan jangkitan, ready untuk isnin. so sabtu, ahad adik ok cuma on dengan nebulizer setiap 4jam. harini ahad dah selang 6jam sebab doc cek paru2 dia bertambah baik. doc kanak2 yg nak buat prosedur besok pun dah datang. pakar bius pun dah datang, dia cuma risau batuk adik akan menyebabkan tiub pernafasan susah nak masuk tekak sebab tekak mengecut. tapi bila dia cek batuk adik ok dia kata insyaallah sume ok. besok ayah dia teman dalam ot masa prosedur. adik akan puasa dari menyusu jam 4am nanti. prosedur mula jam 8am. mungkin dalam 2jam. lepas selesai nak tunggu adik sedar untuk terus feeding lg. adik, semoga adik berjaya harungi episod besok. mak akan tunggu adik untuk kasi adik minum ye. jangan risau nanti ayah teman adik. be strong adik. lawan sume tuh!

Sunday, November 18, 2012

marmet

pertama kali buat marmet masa dalam pantang. tapi sebab bila baru lagi bersalin tak nampak banyak kalau marmet , guna pam saja..dan botol 2oz mlo tuh. baru2 nih cuba balik marmet. pam guna tangan. gara2 tertinggal corong pam. beriya sakan bawak beg spectra 3 yg gabak tuh masuk keta. sampai opis nak mula pan tengok corong takde. apelagi. tarik nafas mulalah me-marmet. mula2 buat memang rasa  renyah. otak dah set kata benda nih susah. kejap2 lenguh tangan. kejap2 lenguh kepala. amik masa plak tu. org dahla nak kena cepat. tapi yg tu pengalaman.

kali kedua masa kat wad hosp serdang masa adik sakit haritu. adik lama sangat tido sampai terasa bengkak. pam s3 dah suh abg bawakkan. tapi kang pk nak kena cuci dan steril corong pam, penapis ngan membran dia, botol..halla banyak keja lah. akhirnya ku marmet saja. rasanya dalam 1/2 jam ke 45 minit jugaklah. amaun dapatla 3oz. okla tu kan. mula perasan yg kalau nak marmet nih memula kena urut2 dulu kawasan sekitar. then lurut ke hujung dan picit. dalam 2,3 minit baru susu kuar menitik2. lepas tu baru laju. masa ni dapat drop2 saja. then baru dapat pancutan yg laju tapi dr satu tempat saja. kalau statik buat camtu nanti akan tiba masa kuar susu yg banyak memancut2 dari banyak tempat. masa nih memang rasa heavenlah. seronok je tengok botol mula penuh. tapi takleh stop ke terbuat benda lain ke. bila momentum tu hilang, dia jadi tak laju dan tak banyak la macam tadi. tak kisahla apepun. janji dah tak bengkak dan ianya sudah lembut dan rasa pun dah lega. kalau tak ape-pun-tak-boleh.

hah, lepas tu bila2 masa je kat rumah ku guna marmetlah. tak kuasa nak mencuci spare part pam, kecuali masa gi kerja gunalah s3. kira mcm dah expert lah tangan ni.

-ps: ini hanyalah untuk konteks isu penyusuan susu ibu. bukannya untuk menerbitkan rasa tak senang ke tak sesuai ke. harap maklum

Tuesday, November 13, 2012

solid food bermula

sudah 6 bulan aku susukan adik hafiy. skang bermulanya episod pemakanan adik hafiy. syukur alhamdulillah diberikan peluang untuk menyusukan adik sejak dilahirkan. hati kena kuat, kena semangat sejak dari hospital lagi. jangan tengok susu tak mencurah2 dah menyerah kalah pada susu tin. ada susu tu. kena bagi hisap je selalu. jadinya mak ni takleh malas2 la nak suh anak menghisap. nak berehat je katanya. penat lepas bersalin. tumpuan utama skang pada anak tu, bagi dia susu badan. mak letih memangla tapi anak tu nak dapatkan khasiat susu ibu kan. tolak tepi penat letih tu (kec kes medical)

adik berumur 6 bulan masa hari terakhir keluar wad di hosp serdang. minggu sebelum tu dah excited nak bagi adik makan apa, nak buat apa, letak kat bekas mana. sekali kena dok hospital. kuar hospital tu besoknya mulalah bagi adik makan. tak macam faris dulu aku terus buatkan bubur dan blender. kali ni aku cuba buat puri buah dan puri sayuran. setakat ni puri pisang dan betik adik suka. kucuba buat bubur ngan carrot blend dia takmau. hahaha..kena trial and error lagi. bekas? guna jelah bekas makan abg faris dulu. takdenya aku nak membeli baru. tapi yg penting kena buat fresh. kalau nak sejukkan pun sehari je kot. lagi prefer masak terus bagi. agak2lah masa dan jadual. mana yg sempat boleh buat renyah2. yg tak sempat buat simpel jek

orait. jom kita teruskan ke setengah tahun yg ke2. cuba susukan adik sampai umur setahun pulak ye. hey, rasa2 cam bangga ngan diri ini berjaya menyusukan untuk tempoh 6 bulan. syabas..syabas! *tepuk bahu sendiri*

Thursday, November 8, 2012

episod kedua-hospital serdang

rabu semalam 7 nov kami baru saja keluar dari hosp serdang. 5 hari duduk wad kanak2 sejak jumaat. adik hafiy rendah balik platletnya. bacaan 7 ribu masa hari masuk. dapat kesan masa dia mula demam panas hari jumaat. bawa ke azzahrah bangi, bagitau sekali adik ada sakit itp. cek darah dan tengok platletnya rendah sangat. terus disuruh masuk ke wad.

jumaat dan sabtu, 2 hari adik meragam adan panas. ayahnya lap2 ngan towel basah satu badan. dengan sakit demam satu hal. pastu sakit tangan dan kaki kena cucuk nak masuk salur tiub tak dapat2. org yg buat tu cakap sebab adik badan berisi dia tak jumpa salur. tak satu tebuk sana. taak dapat kaki tebuk tangan. habis dua2 tangan dan kaki lebam. dahla pesakit itp memang senang  kena lebam. sian adik nangis sekuat hati. ayahnya yg tunggu kat luar bilik prosedur. aku tunggu dalam wad. tupun dengar nyaring suara adik. tersedu2 dia masa masuk wad tu. aku tengok ayah dia pun sedih kesat2 mata. aku? telan air liur saja. tahan. takleh nak emo sangat. satu kepantangan bagi mak2 menyusu anak ni dia emo ke stress ke. nanti susu badan tak kuar. sume yg datang tengok adik lebam2 sume sedih. tapi bila sume org dah takde, jatuh pulak air mata aku ni setitik dua.mengalir2 air mata masa baca zikir kat adik yg meragam nak tido. hari seterusnya aku cakap ngan nurse saya nak doktor betul yg buat. bukan org lain. nurse cakap yg buat tu yg baru nk jadi MO. tah aku pun taktau apa level2 yg ada kt hosp nih. h.o lah m.o lah. tak kisahla pun janji aku nak doktor betul yg buat salur.

hari ahad adik dah tak demam. ubat drip bg naik platlet pun dh bg. sedap dia tido sepanjang mlm dan siang. sampai aku kena pam susu! pam letrik takde. guna tangan sajalah. kaedah marmet. dapatlah 3 botol 3 oz. kalau tak pam memang bengkak lah apapun tak boleh.

hari isnin dijadualkan berbincang dengan doktor pakar untuk prosedur bone marrow. amik sample tulang sumsum nak tengok apa masalah platlet adik rendah. jg nk tau adik kena leukimia ke tak. doc ckp dia bukan amik dr tulang belakang, tp tulang atas punggung. kalau kata betul sakit itp, maka rawatan untuk itp akan diberikan. ramai yg risau takut dia amik dr tulang belakang. so set hari selasa buat.

hari selasa jam 5 pg adik dah puasa takleh minum susu. sampailah ke pukul 10 doc pakar cakap tak jd buat sbb lab nk uji sampel tak ready. tangguh ke rabu. tgh selasa tu doc tu dtg kata platlet adik naik ke 201. aku terkejut jugak. dah banyak naik tu. lepas tu masing2 berdebar untuk tunggu besok, rabu untuk prosedur sumsum tulang tu. mak cakap suh bincang balik ngan abg nak buat ke x. abg suh tanya doc blk betul ke x amik dr tulang belakang. aku dah rasa pening dah sume teragak2 aku dah sign borang setuju. mmg aku nk buat. doc dah ckp dia x amik tulang belakang. dia amik kat sumsung tulang atas dr tulang punggung. aku rasa ok je sebab dah dapat gambaran kedudukan tempat nak buat tu. doc pun dah terangkan.pastu ayah rupanya buat solat hajat ngan rakan2 seusrahnya untuk adik hafiy.

hari rabu jam 3pg adik dh puasa. lepas tu dia terjaga takmau tido. aku pujuk2 taknak tido. kenala bawak kulu kilir masuk ruang tv jln2 kt ruang nurse kuar masuk wad sampaila jam 6 br dia nk tido. akibatnya mata aku mcm panda. pening. subuh xleh sambung tido. nurse dah dtg buat rondaan. nk swiap tunggu doc pakar dtg lg. asik telelap je mata. masa tunggu doc pakar datang, doc yg muda ni datang. dia cakap bacaan platlet adik naik ke 234. dan prosedur tu dibatalkan. boleh discharge. hah? buntang mata aku dibuatnya. sah, dah boleh balik. alhamdulllah. cuma tunggu doc pakar sahkan dan nurse untuk siap2 kuar wad. masa ni dah bgtau sume famili. lega rasanya.

3 hari terakhir adik tak amik ubat dan bacaan platlet naik. aku amalkan minum air rebusan kurma tuh. mungkin itu dan berkat doa semua bacaan adik naik. cuma risau lepas ni dha kuar wad nanti platlket turun lagi. setakat ni usaha dululah mana yg terdaya. syukur..

About this blog