bone marrow dah buat isnin 26/11/12 lepas. 8.30 kuar wad menuju ke bilik ot, 10.30 dah masuk wad balik. sampai sehari tunggu adik keluarkan kesan ubat tidur tu. sebelum prosedur bacaan platlet tinggi 112ribu dari paras normal 150ribu. sesi pagi tu sempat jugaklah dua kali aku kena marmet sebab bengkak susu. lama tau adik kena puasa. dari jam 4am sampaila dia dah sedar betul dr ubat tidur tu dalam 2.30pm baru aku susukan dia. sebelum tu aku dah mula bengkak lagi tapi sebab mata sudah berat aku tido jap. dan adik pun terus boleh menyusu. legalah rasa.
besoknya selasa bacaan platlet turun ke 73ribu. seharian adik meragam. risau juga. sebab tak selesa badan ke. sakit kat tekak ke (masa prosedur kena masuk tiub kat tekak untuk bantuan pernafasan). sakit mesti ada lagi kan sebab punggung kena tebuk. mesti ada rasa sengal2. hari rabu punya bacaan platlet jatuh lagi ke paras 36ribu. wah, sudah drop 2 hari berturut2. even doc pun risau dia dah suh staf bagi ubat steroid prednisolone tu walaupun result bone marrow belum keluar. so aku pun bg la. yg ni dia jenis tablet. nurse dah larutkan dalam air gula. ubat ni mmg pahit yg amat. dulu follow up dr pantai pun dpt ubat predni juga tapi pure liquid punya. xde campaur2 air gula. patutlah adik dapat ubat tu dulu dia luah2 balik siap memek muka ketat2! rupa2nya mmg pahit dr ubat pahit. sian adik kena telan ubat camtu.
harini khamis bacaan platlet sudah naik ke 57ribu. result bone marrow pun sudah keluar. doc cakap adik mmg sah sakit itp dna bukannya leukimia or kanser ke. dan predni mmg kena amik sebulan. 7hr dos sama, hari seterusnya dos dikurangkan. kalau nak balik dah boleh tapi kena datang hari2 amik darah sebab nak bg platlet naik sampai 100ribu baru ok. kalau camtu aku tunggu saja di wad sampai platlet naik. org kata predni/mana2 steroid mmg tak bagus untuk badan apetah lagi untuk baby. mungkin akan cuba jugak cara yg lain. time amik ubat ni bahaya pada jangkitan sebab ubat ni dia merendahkan imun badan sebab imun badan ni dia serang platlet darah. tu sebab platlet rendah. bila imun rendah platlet akan tinggi. tapi jangkitan pulak senang masuk. tu yg doc cakap jangan bagi adik bejalan2 kemana2. kira duduk setempat jelah. even yg kat rumah tu pun agak2 kena waspada jugakla sape2 yg tak sihat tu kan. ngan maryam ada faris ada, fahim ada baby baru pun ada. tak masuk lg pakcik makcik lain kot2 sesema batuk ke. memang senang je jangkitnya.
No comments:
Post a Comment