Followers

Sunday, September 4, 2011

bila solat tidak diutamakan

bila usia sudah menjengah ke dekad seterusnya, perkara2 kerohanian memang tak dapat dinafikan yang ianya perlu dalam mengisi keperluan roh diri. walaupun sejak kecil kami memang sudah dididik di sekolah agama, sekolah menengah pun sekolah agama, mengaji dari kecik, khatam quran pun masa sekolah rendah, adab2 tertib pergaulan dan sosial, doa2 harian, cerita2 lazim nabi2..tapi bila masing2 sudah membesar perkara itu makin lama makin tiada serinya. kami sekeluarga sudah biasa solat bersama dari kecik, selalu membaca surah yasin setiap malam jumaat. kalau kami travel kemana2 ayah slalu pentingkan solat setiap masa. bila dah tiba waktu solat ayah mesti akan mencari surau atau masjid dulu. apa2 urusan ayah akan belakangkan. bila dah diterapkan dengan ajaran ini semakin lama aku masuk ke universiti dan bercampur dengan pelbagai latar belakang kawan2 sikit sebanyak aku terkesima dan terjerumus sama. diorg shopping di kompleks merayau2 jalan2 sampai ke sudah langsung tak jejak ke surau untuk bersolat. aku dah memberontak dalam hati tapi entah kenapa kaki ini mengikut saja kemana mereka pergi. dan kuharapkan bila aku berkahwin kelak aku akan berjumpa dengan suami yang dapat membimbing aku untuk mengutamakan solat. itu impian aku sejak aku di universiti.

dulu2 kami sekeluarga selalu travel ke kelantan dan terengganu. mak ayah punyai rakan juga saudara yang menetap di sana. memang kalau singgah rumah sapa2 pun ayah akan menyuruh semua kami adik beradik ambil wuduk dan bersolat dahulu sebelum menjamah makanan dan sebagainya. jikan ada kehalangan kami akan bersolat qasar dan jamak. kalau pulang ke kampung di melaka dan n9 pun begitu juga. kalau sudah masuk waktu di perjalanan ayah akan segera mencari surau dan masjid untuk melaksanakan solat. tapi sejak aku kawin aku dah tak dapat nak merasai semua itu. kalau kata nak kan suami yang sama sikapnya seperti ayah memang takkan sama sebab sikap dan perangai mereka memang sudah lama terbentuk sejak belum dikenali. aku sering melihat orang di sekeliling yang tidak mengutamakan solat apabila masuk waktu. mulut dan lidah ringan saja untuk menegur tapi apakan daya bilamana mereka mungkin tidak mempunyai budaya bersolat seperti kami dna mungkin saja mengatakan yang aku pun bukannya baik sangat nak suruh orang bersolat2 nih. sampaikan ada yang marah bila aku suruh2 solat. bila suruh berhenti untuk bersolat. abis camna? kalau dah tak boleh dipaksa biarlah aku sorang saja yang menunaikannya. aku pun kadang kala tidak sempurna juga solatku. dan aku sedar tentang itu. cumanya harapan aku untuk mendapat suami yang mambimbing aku dari segi ini dulu tidak kesampaian. orang kata tak semua yang kita nak, kita akan dapat. jadi aku terima sajalah bahagian aku ini dan memulakan pengisian rohani yang tidak seberapanya secara sendiri.

kita lihat di sekeliling saja sudah nampak situasinya. di shopping kompleks, di majlis2 keramaian, di jamuan makan2, malah sewaktu bersama dengan keluarga berhari2 di kampung juga sudah boleh nampak sendiri. apa nak buat. sedangkan tabiat orang lain tidak sama dengan keluarga sendiri. dan aku masih mengumpul kekuatan untuk ku melaksanakan suruhan allah ini sendirian jika terpaksa, dan kuharap sinar dan keredhaan allah akan terpalit juga pada mereka yang aku kenali. mak..ayah..ajaran mak ayah masih kuingat. dan aku masih cuba untuk menjadi hamba allah yang terbaik, insyaallah..

About this blog