Followers

Sunday, April 29, 2012

beginilah nasibku

aku sudah berjumpa doktor semalam. tapi cuma doktor ganti bukan doktor nora. lama doktor itu men scan perutku sambil mengira saiz baby. last dia bagitau saiz baby sudah 3.4/3.5kg. sudah berat ini baby. tapi belum mahu keluar lagi. dia tengok mungkin sebab air ketuban banyak dan menyuruh aku datang semula untuk ujian gula. tapi nurse di kaunter menyuruh aku berjumpa semula dengan doktor nora untuk mendapatkan consult yg betul. dulu doktor ini pernah juga suruh aku buat ujian gula tapi lepas tu jumpa doktor nora dia kata tak perlu sebab keadaan aku sume ok. so decide datang isnin ni jumpa doktor nora. aku memang tau kalau sudah berat 3 kilo lebih mesti panjang lebar doc cakap. dulu masa faris nak lahir dah berat 3 kilo lebih jugak doc dah cakap pasal operate. nasib baik lepas tu pecah ketuban + epi + forsep. kali ni? huuu..tunduk kepala...baby taknak kuar jugak even dah 3.5kg. sudahnya aku jadi down kejap. temenung la jugak. patutla aku rasa makin berat. bawak 3 kilo rupanya. memang aku rasa sakit sana sini benjol2 bawah perut celah peha tapi orang cakap alah sakit biasa je tu. lagila down mood aku. so macam org frust sebab baby pun tanak kuar lagi aku makan dan makan. buat roti. buat milo. makan kek besday faris buat smothie mango makan roti croissant. pastu cam nak baring je kenang nasib diri tapi kang lagi lambat baby nak kuar so buat2la keja naik tangga turun tangga jalan2 pegi dapur mandikan faris teman dia naik beskal ke konon2 nak merawat hati luka. malas dah aku nak citer aku tengah sakit ape skang. orang pun tanak amik tau. biarlah aku serah kan diri kat doktor besok. tah dia suh masuk spital terus ke nak pecah ketuban ke nak induce ke aku serah kat dia lah. sebab dia doc pakar. baby dah 3 kilo lebih tinggi aku pun biasa je takut kang takleh nak kuar baby payah jugak. sedih ni, huhuhuhuhu!! :(

About this blog