Followers

Saturday, January 2, 2010

di tahun 2010 ini..

2010 menjelang. aku takde rasa nak berazam ape2. cuma akan meneruskan kehidupan seperti biasa. aku takut nak berazam. aku pernah berazam di suatu tahun yg dulu. ape jadi? tahun itu menjadi satu tahun igauan ngeri bagi aku. jadi aku berazam untuk tidak berazam lagi di tahun2 mendatang. cuma aku berharap akan menjadi seorang yg lebih baik dari hari ke hari.

2010...bermulanya kelas um master aku. aku dah masuk sem ke 5. sem nih aku cuma amik 2 subjek saja, iaitu subjek fakulti. statistik dlm penyelidikan dan kaedah penyelidikan. subjek jabatan sume aku dah lepas. subjek fakulti ni amik bila2 pun takpe sebab ditawarkan setiap sem. yg subjek jabatan ni yg susah nak jumpa sebab dia cuma tawarkan selang satu sem. bukan ade tiap2 sem. so kita kena bajet/target ape subjek kita nak amik. kalu larat amik 3/4. kalu nak senang lenang sket amek 2 subjek. bukan ape. kami yg amik master 'PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK' ni kebanyakannya cikgu/kerja lain. jadik tak dapat nak blaja full timer. sape yg amek subjek banyak tuh kira dia betul2 full time blaja la. payah tau kalu amek subjek banyak2 nih. satu subjek ade 2/3 asgmts. kalu 3 subjek?? masakkkkk la. alhamdulillah untuk sem lepas aku dapat sumer B+ untuk ketiga2 subjek yg ku amek. dengan 6/7 asgmts + keja tadika + jaga faris = memang mencabar la jiwa raga ye. aku rasa bersyukur sgt dapat survive untuk sem lepas walaupun aku tak dapat A.

sekolah akan dibuka isnin ni 4 januari. aku di tadika jasmin dah terima banyak pendaftaran baru. tahun 2010 nih jadik sejarah sebab banyak org baru masuk. kalu nak dibanding ngan tahun2 kebelakangan nih bilangan murid kat jasmin siket je. 35, 40, 45. 2009 baru nih yg paling sekt. bawah 35 la. tu yg tekejut tengok pendaftaran baru 2010 kat jasmin meningkat mendadak. kelas aku 6 tahun dah nak mencecah 20 org. kelas mila 5 tahun pun sama. kitorg dah sepakat kalu lebih 20 je nak bgtau big boss suh bukak kelas baru and amek cikgu baru. rasa syukur sangat dengan perubahan jasmin pada taun nih. tapi dlm masa yg sama rasa gentar dan takut2 pun ade gak dengan harapan dan kepercayaan para ibubapa nih. diorg ni tak sama harapan antara satu sama lain. ada nak anak dia pandai 3M, mesti pandai baca, kira, menulis. tapi kebanyakan nya berharap anak mereka dapat didikan agama. ada yg dah penah sekolah luar tapi sekolah tu takde belajar agama. jadi diorg banyak refer pada kenalan/jiran/sedara yg penah hantar anak ke aulad jasmin. aku bersyukur sebab walopun tempat kitorg takdela secanggih mana..tempat budak main tanah pasir..takde permainan hebat2, takde peralatan belajar hebat2. yg ade cuma skil mengajar untuk bagi budak2 cepat membaca/mengira dan ilmu agama untuk mereka. pada mak bapak nih itu yg diorg pentingkan. alhamdulillah....

yang lain?? tunggu sajalah lain waktu. maklumat yg penting tu disampaikan dulu. yg lain akan menyusul ye.

About this blog