Followers

Tuesday, September 1, 2009

kenangan nak raya

masa dolu2..kitorg sekeluarga akan turun berkampung di umah atuk dan uwey di kuala pilah setiap kali nak sambut raya. kitorg mmg turun pilah dulu barula ke melaka. ayah pun tak kisah. sebabnya ialah kerana mengenangkan uwey yang sakit di kerusi roda, dan juga sebab takde sape yg nak tolong memasak. jadiknya mak sebagai anak bongsu meng'hangkut' skali anak2nya yg 8 org nih (+1) ke pilah beberapa hari sebelum raya.


agenda utama yang sudah menanti ialah tak lain dan tak bukan...sesi menganyam ketupat!! jangan korang tak tau..seluruh famili aku dari mak ayah aku sampaila ke adik beradik kitorg (abg aku tak kira. dia tak reti) termasukla adik yg form 3 tu, cukup terer bab anyam ketupat nih. eh, skang nih susah tau nak carik org yang reti anyam daun ketupat nasi nih. kira kitorg nih boleh la dah kira terer kan!! walalupun skill tuh cuma setaun 2x di aplikasikan, tetapi setelah melalui sesi pemanasan dan penghancuran daun2 untuk dijadikan bahan pengingat-semula-step-anyam...maka dengan bangganya memasing mulala berlumba2 nak anyam memasing punya daun ek. sape buat yg paling banyak and paling laju maka akan berbanggalah beliau itu, wakakak!! dibawah adalah bukti betapa kitorg sungguh tekun menganyam daun ye!
ini gambar taun bila tah


ni ngan adik no 4. nama dia imah
adik izzuddin yang slalunya kureengg mahir akan men'chitting' dengan cara mengambik kakak2 nyer ketupat yg dah siap dan mengaku dia yg buat, hahaha!! takpun dia main lempar2 daun yg dah lunyai suh kitorg buat balik, eyy..apeda...

selain dr itu dah semestinya sesi masak memasak di dapur. siapkan rendang ayamla, rendang dagingla, kuah kacangla, sambal la..kira banyak gak lauk sebab umah atuk aku tuh ramai sedara dan anak buah yg datang. tu tak kira lagi jiran sekampung, jiran sebelah kampung dan sebelah kampung nya lagi satu, hehe. sebenarnya atuk adalah guru besar zaman dolu2. jadi sumer org kenal atuk. dan kebetulan atuk punya keluarga besar. org n9 kalu dia 2/3 pupu pun kira masih lagi adik beradik rapat.

tapi skang atuk dah pindah dok bangi. sebab uwey dah meninggal taun 2007 arituh. so umah kampung pun dah kena tinggal. dah takde lagi sesape nak dok sana berkumpul ramai2 macam dulu. skang sape nak jenguk atuk kenala datang bangi ye. raya masuk taun ni yg ke2 pun kitorg kira raya kat bangi ajela. raya ke melaka..lepas beberapa hari raya baru kitorg akan ke sana pulak. so..itulah kenangan masa zaman2 dolu time nak sambut raya, sekian..

About this blog