selamat menjalani sesi persekolahan!
kerjaku tak pernah habis. masih belum siap lagi dekorasi kelas dek kerana menguruskan anak2 di taska, yang cikgunya sudah berhenti dua org serentak. kelam kabut mencari pengganti. dan juga mahu menguruskan anak sendiri yang besar dan yang menyusu badan. besok buka kelas ku buka seadanya mana yang sempat dicantikkan.
kalau time nak buat kerja hidung meleleh2 memang payah. dah beberapa hari macam ni. peneman setia aku itulah vit c dan nutriferon shaklee. kalau boleh bertahan kuguna vit c saja. kalau dah teruk baru ku extra kan dengan nutriferon. gabungan kedua produk ni insya allah boleh mengurangkan selsema mahupun batuk. daku tak amik ubat klinik sebab daku menyusu badan. lagipun daku taknak biasakan diri menggunakan sebarang jenis dadah kecuali terpaksa.
jikalau anda mahukan harga shaklee yang istimewa call/ sms saja daku ye! daku berikan harga ahli terus. banyak penjmatannya! produk pun tahan 3 ke 4 bulan gitu.
ok. see ya!
farah hamirdin
016-2446506
di sini aku menyusuri celah kehidupan..bersama desiran angin bahagia..menguntai manik2 wajah kesayangan..
Followers
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014
Thursday, December 12, 2013
farah in da house!
assalamualaikum semua! waaaaa lama nya tak menulis kat sini. macam malas je nak tulis kan. tapi bila dah lama tak menulis rasa sayang plak kat blog nih.
skang nih cuti sekolah. dari mula cuti lagi aku ke tadika jasmin kajang. pegi sana buat keje. mengemas. membersih. mengecat dinding kelas. la nih menampal abm kat dinding plak. nak membuat abm tuh pun kemain lama jugak nak buat. cuti tak lama dah. lagi 2 minggu je lagi nak buka sekolah. kena sempatkan buat keje2 tadika sebelum buka sekolah nanti.
kat sini jugak aku nak ucapkan rasa simpati pada mangsa2 banjir di pantai timur yang merasa kesusahan dan kepayahan banjir. lebih2 lagi dah nak bukak sekolah lagi 2 minggu nih. semoga mereka tabah dan dimurahkan rezeki.
boleh lawat page shaklee ku. www.sweetdarling80.blogspot.com. macam2 pasal shaklee ada. nak mintak poskan pamplet pun boleh. page di fb : sweet darling vitamin. bagitau apa yang anda nak, untuk apa, dan akan ku cadangkan mana2 yang sesuai dengan tujuan dan juga bajet anda. yang penting, harga best akan ku beri, heh heh..
jumpa lagi!

Saturday, October 5, 2013
kena alergik
tahun ini sudah berapa kali kena alergik. 2x kot. sekali tu aku makan ikan apa tapi aku tak alergik. adik hafiy yang kena pasal dia nyusu badan kan. habis bengkak mulut dia dah muncung ke depan. itupun aku lambat pasan sebab lampu dah kasik tutup. tapi dia leka lagi memain.
skang ni aku kena alergik pulak. dah hari kedua baru kuar ruam bengkak satu badan. hari pertama takde. tapi aku dah rasa semacam. tekak macam berbatu. tapak kaki rasa berbijik. belakang cuping telinga benjol sikit. apekah? bangun pagi rasa jejari tangan membengkak. nak genggam pun terasa bengkak. and tambah lagi mula rasa sakit sendi masa naik tangga. kat buku lali, kat lutut. takpe. ok lagi. sekali masa basuh pinggan baru nampak ruam banyak kat dua2 belah tangan. ha barulah rasa panik semacam. aku dah terbayang2 kena cek darahlah, kena denggilah. tup2 pegi klinik biasa dia soal jawab biasa je. pastu kata sebab aku nak demam tu. cek suhu pun 37.1..heh? taktaulah ape nak jadik klinik2 biasa skang. nyesal aku tak pegi azzahrah tadi. kat sana ok lah jugak cek betul2
nak mengingat ape aku makan 2 hari lepas kan. ohh payahnya bila dah rajin kena alergik nih. makan apa yang tak boleh pun taktau. sebelum ni ok je makan papepun. sepanjang lebih 30tahun hidup nih. aku banyak amalkan shaklee je. untuk alergik nih boleh amik alfalfa, vit c, nutriferon. aghhh..stok aku skang cuma ada b comp ngan vitalea je. nak kena tambah stok lagi nih.
~badan, legalah kamu..

Sunday, September 15, 2013
kelas shaklee
sabtu 14 sept semalam daku pergi kelas shaklee kat sebelah manjaku bangi. kelas kecik je duduk atas lantai. anak2 boleh guling2. ku bawak adik hafiy sebab senang dia nak nyusu denganku. tapi rupanya leceh juga sebab dia jadik seronok nak lari sana lari sini. usik sana usik sini. puas nak kejar dia. bila makanan datang buh atas meja paras lutut puas nak jaga dia pulak nak usik makanan, huhu! macam tak konsentret dengar kelas tapi dapat jugak tangkap apa yg presenter cakapkan
aku rasa malu jugak sebab sales shaklee belum seberapa. bonus pun baru dapat 2 angka, huhu! yg diorang tuh sume otai2 agresif punya orang. menjual dengan semangat. bercakap pun dengan semangat! income memang dah cecah puluh ribu! bonus bulanan dapat. yang dah naik gred dan anak buah sume efektif aktif pun lagila dapat banyak jenis incomenya. huhu!! daku mengaku seorang yang pasif dan malu2, hoho!! err..nak income banyak2 kena jadik macam diorang pasif dan agresif. haih..
cubalah pelan-pelan kan? malu sesangat dalam diri nih. i pemalu lagi rupanya umur dah lebih 30an nih, huhu!!
cuba2la like page fb ku: sweet darling vitamin
or pm fb: farah hamirdin
or ke page: sweetdarling80.blogspot.com
or sms: 016-2446506
jumpa kamu nanti ya!

Monday, July 29, 2013
monolog diri
sudah 20 ramadhan hari ini..
tiba-tiba sudah rasa ke penghujung. tiba-tiba rasa sekejap aje kita berpuasa. quran pun masih belum khatam lagi. kalau yg uzur lagilah tangguh khatamnya. tapi apepun bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara di bulan ramadhan ini. bulan yang mulia dan penuh barakah.
sesuatu yang jengkel di kala ini. tatkala mendengar lagu-lagu raya berkumandang. rasa berdetik di hati, puasa masih berbaki tapi lagu raya dah dinyanyikan. di waktu malam hari masing-masing berebut-rebut membeli belah padahal di 10 malam terakhir inilah turunnya lailatul qadar. nikmat duniawi ataupun keberkatan pahala yang kita kejarkan? kita belum pasti adakah masih berkesempatan menghela nafas esok hari. masih adakah waktu untuk kita berpuasa di esok harinya. atau adakah ramadhan ini adalah ramadhan kita yang terakhir kali. amat payah kita nak temui suasana yang mendambakan ramadhan. di kedai-kedai, pusat membeli belah, di dalam kereta, dimana-mana saja asiklah dengan lagu raya. dimana zikrullah, dimana tasbih, tahmid dan takbir. dimana tazjkirah-tazkirah akan kelebihan hari-hari berpuasa sementelah kita berpuasa sehingga hari ke-29. dimanakah level kehambaan dan kesyukuran kita ke atas nikmat Allah pada masa ini.
di saat umur sudah 30an, apa yg kupentingkan adalah kesihatan badan. sebab itu aku masih lagi makan shaklee. pentingkan makanan rohani. hati sudah tepu dengan lagu-lagu duniawi. malah sudah berkira-kira mahu mendaftar untuk haji. Allah, umurku belum kutahu hingga bila. namun yang pasti amalku masih terlalu sedikit buat bekalan nanti. Allahu Rabbi..

Saturday, June 22, 2013
datanglah ramadhan
sudah masuk ke bulan syaaban kita sekarang. rasanya semua dah bersedia nak menyambut bulan ramadhan tak lama lagi. rasa rindu nak berbuka beramai2 dengan keluarga yang besar, rindu nak bertarawikh, rindu nak bertadarus. semua tu amat jarang dibuat di bulan2 biasa. alhamdulillah kali ni dapat merasa puasa penuh tahun lepas sebab menyusukan adik hafiy. jadi tak perlu nak ganti puasa macam tahun2 sebelum dulu. cuma bertahan lagi untuk puasa sambil menyusukan sebab masih lagi menyusukan adik hafiy. cuba dengan pemakanan seimbang dan mengenyangkan dengan tambahan vitamin shaklee in sya allah boleh puasa hingga waktu berbuka.
semoga dapat berbicara lagi di bulan ramadhan nanti.

Tuesday, December 18, 2012
potong jari
sudah satu minggu derita sakit jari kena potong. sekarang sudah cabut jahitan nak tunggu jari pulih semula. moga2 boleh pulih. makan jeli gamat luxor dan vit shaklee. alkisahnya nak bukak refill susu tepung faris. refill tu plastik bukan yg tin. biasa kalau nak bukak plastik minyak ke plastik susu ke cucuk guna pisau dari tengah ke tepi. kali ni dah nak kena, terbelah jari terus. sebenarnya hujung pisau tu dah patah. cucuk sekali tak masuk. lepas tu cucukla kuat2. jari tengah pegang kat atas. apelagi, kena la. memula kena terkejut terdiam kejap. tengok dah kena potong jari hujung tu. tak berani belek lama2. terus basuh bawah paip sambil mata carik kain nak tekup. capai ajelah kain buruk dapur. terus abg bawakkan ke azzahrah bangi. aku dah rasa nak pening2 dah. sebab sakit pun ye. sebab xleh tengok darah pun ye. sebab jari dah terpotong pun ye. rasa nak pengsan. masuk bilik rawatan sah2 kena jahit. kena cucuk ubat bius. sakit jugak masa cucuk tu. tapi masa jahit x rasa la sbb tangan dah kebas. nasib dia bius kalau x menjerit la aku dalam bilik rawatan tuh
lepas jari telunjuk berjahit dan berbalut pergerakan sume rasa sungguh terhad. nak memegang apa saja sume tak boleh. sakitnya sampai ke satu tangan terasa. ada dpt antibiotik ngan ubat tahan sakit tapi aku amik sehari jek. sian kat anak sebab aku breastfeed. masa makan hari 1st pun tunggu 3jam baru bf anak. pernah tahan rasa sakit tu sampai aku pening kepala pusing2. anak terkena tertepis sikitpun sakitnya tak terkata. hari ke4 tukar balut. lepas tu balut sehari je sebab dia dh takmo lekat.aku bukak2 jenguk kat dalam tu. nampak jahitan ngan bekas belah tu ada tanda hitam2. ngeri x ngeri. lepas seminggu luka dah kering dah laju je boleh buat keja. so bukakla balik jahitan
~abg cakap apsalla tak guna gunting. ye jugak. tak pasal2 kena. takde keja carik keja..

kena 5 jahit
dah bukak jahitan
Sunday, September 16, 2012
permulaan rezeki
hari ini hari terakhir syawal. hari terakhir juga aku berpuasa enam. menggagahi diri untuk mengejar puasa 6 dihujung syawal. mujur masih sempat untuk aku menunaikannya. terasa2 seperti di bulan ramadhan~bangun pagi jam 4.30/5.00, panaskan nasi dan lauk, makan depan astro, bancuh air protein, makan vitamin...dan kerja seperti biasa. besok berakhirlah sudah syawal untuk tahun ini.
aku mahu menjemput kalian ke fanpage di facebook: SweetLings~banyak hidangan desert buatan tangan si adik dan emak. jemputlah lihat2. like sekali. kalau ada nak order boleh tinggalkan order di fanpage sana. cubalah untuk 10/20/30/50 sekali order ke. kalau kek tu mungkin boleh cuba untuk sebiji saja dulu kan.
oklah, till then..

Saturday, August 4, 2012
sakit lagi
beberapa hari ini badan tak sihat. kena virus dari faris lagi. baru je baik sesema dah kena balik sebab faris demam batuk lagi. kuat betul penangan virus dia. sakit tekak, kena satu hari sebab makan vit c shaklee. cuma hingus je lambat nak baik even dah makan vit c. kalau lambat sembuh kena amik nutriferon tapi belum ada duit lagi nak tambah. kena baik cara biasa dululah. lagipun dah memang selalu kena demam sesema sampai dah lali dengan virus. lambat nak baik. kepala rasa berat berpusing, hingus memekat kat rongga hidung. nak bergerak memang slowlah. dengan org cakap pun dah pening. apetah lagi dengar bunyik faris melalak tak ingat nak tune volume. uk alahai. adik pun nampak ada kena sesema pekat. harap vit yg dimakan dapat salur ke badan adik. puasa? alhamdulillah genap 2 minggu sudah. insyaallah boleh selesai kot sebulan puasa. harap boleh cepat sembuh
Tuesday, July 24, 2012
puasa 2012
pertama kali berpuasa dengan adik hafiy. puasa sambil menyusukan. ada rasa lesu sikit dan pening kepala tapi cuba lah pelan2 buat. pam susu pun buat2 cergas, adik nangis terus susukan adik walaupun rasa lesu. boleh tahan lagi setakat ni alhamdulillah. yg penting kena makan berat masa sahur dan ambil vitamin. dulu ada praktis masa puasa sunat tapi beza sebab masa tu bukan puasa hari2 jadi takdela terasa sangat letihnya
masa terawikh tak dapat penuh bila adik merengek nak tido. selagi tak puas menyusu mmg dia tak lena. dapatla rakaat yang hujung2 tu. dah lena baru senang nak solat ye. abg faris kejanya pusing sana pusing sini main sorang2. 3 tahun umur time budak tengah naik, huh, mau pening dibuatnya ye. abg faris..abg faris..

Thursday, July 12, 2012
ketahanan diri
lama tak menulis. melayan musim sakit. bermula dengan faris. tonsil, ulser. last skali batuk sesema. melayan ragamnya taknak makan ubat. dah besar dah tahu rasa ubat yg pahit. bersilat melawan taknak telan ubat. dipaksa telan akan diluah balik. takpun meraung2 guling2 sampai muntah2. aduhai...kesat peluh di dahi. makan pun tidak dek takut nak bukak mulut sebab ulser tu. elok faris baik ulser aku dan hafiy pulak terjangkit sama. teruk jugalah bila kita bersin2 air hingus meleleh tak renti2. sakit kepala berpusing. layan pulak hafiy yg kena batuk sama. dah mula sesema pekat. dengar bunyi hidung tersumbat dan kahak di tekak. kesian adik. sudah 3 hari datang demam pulak. hai..sian dia tak lena tido siang dan malam.aku? kena layan kan adik di tengah2 malam hari, awal pagi, dan waktu balik kerja. bayangkan waktu kerja tersengguk2 tahan kantuk. petang/magrib berkira2 nak memasak dek kerna adik pantang letak. hmm...kelam kabut otak fikiran badan dan emosi.
selasa lepas elektrik takde di rumah mak. notis dah diberi seminggu awal. katanya mula jam 10.30-2.30 pm. hati sudah mula gundah gulana pikirkan cara nak selamatkan ebm beku di peti ais mak. nasib ebm tak banyak. tapi itupun sudah buatkan hati cuak. bila tiba masa kejadian aku bergegas ke kedai kayatri beli ais 2 pek besar (macamlah ebm banyak sampai beli ais banyak tu kan) dan garam kasar. aku guna tong nasi mak. dan kuselang selikan ketul air/garam dengan pek ebm. mujur tempoh kejadian cuma 3 jam (11.00-2.00 pm). bila kubuka tong untuk pindah semula ke peti ais ebm masih beku cuma ketul ais di bahagian bawah sudah mula mencair. dalam kepala pikir2 jugak 3 jam ais sudah mula mencair. kalau berjam2 lagi banyakla ais yg cair kan. apepun ebm selamat kekal beku. untuk yg taktau ebm beku kalau dah cair kena gunakan cepat within 24hrs. xleh beku semula. so bayangkan kalau sume tu cair tak ke muntah adik hafiy nak abiskannya. satu pek dahla 4-5oz (total harian masa pantang tidakla ber oz2). once dah panaskan kena guna within 1 hr. sebab tu cuak yg ebm beku tu. yg cair takpe boleh tahan lagi 4/5 hari kat ruang sejuk. tapi adala 3 botol ebm cair ku masukkan dlm tong nasik itu akhirnya turut menjadi beku..ahahahah!! kira sudah selamat menjadi stoklah gamaknya..
apepun, masih lagi dalam waktu peralihan nak mengurus masa untuk urus 2 anak dan lain2. waktu rehat untuk diri sendiri ala kadar saja skang. lebih2 kang tak buat kerja rumah ada yg kena marah lak. penat diri sakit pening pandai2la tahan. huarghh!! ini pun sudah jam 11.30pm mencuri masa menaip entri baru walhal baju masih belum dibasuh. susu masih belum dipam. stok besok masih belum disukat. stok lebih siang tadi masih belum dibeku, ngehhh!!! ku masih bertahan.

Sunday, July 1, 2012
sudah seminggu kerja. faris aku bawa ke tadika kajang. adik aku tinggal di rumah dengan maklangnya. bekal susu ku tinggalkan 4 botol 2oz. kdg2 2.5 oz. 1 botol guna ebm beku yg dipam masa pantang dulu. yg lain2 ebm yg dipam hari sebelumnya. mencuri masa jugaklah nak pam buat bekal hari kerja esoknya sbb adik minggu ni meragam pulak. malam celik mata siang tido lena. tengah tesengguk2 tu dia x tido. kalau pagi lambat bangun nk mandi solat siap2 beg dia tgh nangis mmg kelam kabut. aku pn rasa nk nangis sama sbb x cukup tgn. so time dia x tido tu bangun awalla siap2. dia lena tp mcm tido2 ayam je. dengar bunyik je dia mudah jaga.
tak lama lg puasa so nak kena buat ebm bekal untuk adik jd mlm tu kena mkn dan minum banyak. insy dah cuba puasa haritu nampaknya boleh buat cuma haritu puasa bukan hari2. tengoklah nanti camna..

Saturday, June 23, 2012
catatan hari ke-47. selesai sudah..
hari ini sudah hari ke 47. maknanya aku sudah lepas hari berpantang, memang ku tunggu2 waktu penamat sebab dah excited nak keja balik. haritu x nyempat2 nak cuti lenguh sana sakit sini. tak selesa org dah sarat. ni x sabar nak keja pulak. mesti banyak nanti nak catch up rekod2 yg tertinggal sebulan lebih ni. rekod utk 3 cawangan, ngeee!! tapi yg paling excited dan neves adalah untuk meninggalkan adik hafiy masa keja, huhu!! ni tengah pulun siapkan stok susu adik yg fresh masa keja. yg beku dah ada siap2 dlm peti ais mak. nanti kita tengoklah cemana jadualnya masa keja nanti. jadual bangun pagi, keluar rumah, hantar adik, pegi tadika, pam kat tadika, balik rumah. rasanya dalam seminggu nanti takde menyinggah mana2 kot. terus balik je. yela taktau ape cerita 1st timer breastfeeding mother ni. slalu ade gak singgah warta, avon, bank, pej pos etc etc..so dah naik keja baru kita taulah ye.
*weehoo!!! i feel free!!*
*weehoo!!! i feel free!!*
Friday, June 8, 2012
catatan hari ke - 32
mencecah ke sebulan yang pertama usia adik. hari ini apmt adik ke hosp pantai. debar2 nak tau berapa berat adik. last cek up adik punya berat 3.1kg. so tadi timbang sudah naik ke 3.65kg. alhamdulillah. ukur lilit kepala adik dah tambah. tinggi adik pun dah tambah juga. dr kata ok sume ok u jangan risau, heh heh. dr cuma bagi krim untuk ruam2 muka adik yg kuning2 itu.
hari ini jumaat org sume sudah bersiap sedia untuk kenduri akikah besok. mak ngan kirin dah siapkan kek dan dadih. smalam diorg buat coklat keping yg ada gambar atas dia. tah ape-ke-nama gambar tuh. dora kot. aku order juga untuk dyla yg bertunang besok. tak dapat nak attend lah dyla. lagipun masih pantang lagi. majlis kat dalam rumah ni bolehla. abg pegi ke pasar beli barang2 mentah. ada lauk pauk yg masak sendiri. yg order lauk kambing rasanya.
ha, lupa pulak. tadi sekali ke klinik pakar telinga kat sg chua. aku punya telinga bengkak lagi. sebelah bengkak sebelah tersumbat. adehh..masalah sejak anak dara lagi. telinga aku asik gatal2 pastuh pantang ada cotton bud tulah nak mengorek je. tulah jadinya. dah kena mau 3/4 bulan insap jap pastu dah lupa bengkak balik. sedut balik. pegi tadi pun dr tu dah senyum2 tau yg aku nih slalu kena. last kena masa peknen adik masa 4 ke 5 bulan. skag nih insap lah jap.
okeh. tunggu majlis esok. gambar tunggu org lain kot. ank upload dlm lappy dia rosak pulak..
adik, umur sudah sebulan okeh!!

Tuesday, May 29, 2012
hari ini - mei 29
aku genap 32 tahun pada hari ini-29 mei 2012. bersamaan dengan tarikh kematian allahyarham p. ramlee. selalu mesti perasan sendiri bila org dok ingat2 p.ramlee diorg akan ingat kat aku punya besday jugak, hweehuuu!! hmm..sudah bertambah setahun umur. sudah bertambah anak kepada 2 (kwn yg lain nk masuk 4). semoga dapat menjadi seorang yg lebih baik lagi kepada allah, kepada suami, kepada anak2, kepada mak ayah dan keluarga dan kepada diri sendiri. semoga lebih ke arah yg positif drp arah yg negatif, insyaallah. terima kasih pada cik abg yg byk membantu semasa aku peknen dulu sampai waktu nak bersalin di bilik bersalin, dan sehingga ke saat ini. terima kasih. semuanya farah ingat sampai sekarang.
hari ini hari ke-22 berpantang. tak sabar nak tunggu masuk kerja dan uruskan berapa amaun susu adik buat bekal masa kerja nanti. lagipun dah nak bulan puasa kan. sekarang banyak direct feeding tak nampak lg berapa yg adik perlukan. setakat ni pam ada dapat total 2.5 oz, 2.0, 1.5, masa adik sedang tidur. hingga ketemu lagi..

Wednesday, January 4, 2012
bulan pertama 2012
sudah lama tak update. satu sebab maxis broadband disekat sebab cik abg x bayar bil, heheh..patah tangan kejap. sebab aku mabuk2 x larat bayar bil k3e pos opis maka cik abg yg tolong bayar. tapi bulan lepas miss. this time aku dah keja dah boleh bayar bil sendiri. banyak perkara lain juga berlaku...
1.-sibuk sangat nak prepare bukak sekolah. minggu2 terakhir hari cuti sabtu ahad isnin pun kena ke tadika terima daftar masuk
2-asik tak sihat jek. tu sakit sana sakit luar sakit dalam sakit. macam2 lah
3-majlis kawin adik husin. tapi aku x join pun sebab tengah sakit
sampailah ke hari ini hari pertama buka sekolah. alhamdulillah bertambah lagi daftar masuk. kelas 6 tahun dah penuh dan kalau bertambah lagi kena buka kelas 6 tahun baru. yg kelas 5 tahun masih ada kosong lagi. harapnya dapat bertambah seminggu dua nih.
haritu sabtu ada appmt dengan primanora tapi tunda sebab kena hari kenduri husin. minggu ni baru nak pegi lagi. dah sebulan lebih tak update tengok baby. tengok perut dah makin besar. rasanya skang nih minggu ke-19..
Thursday, December 8, 2011
sakit!
dalam masa beberapa minggu nih macam2 penyakit kena. mula ngan sakit telinga membengkak nyut2 pas balik melaka dulu. tahan sampai 2,3 hari pastuh pegi ent. dah bernanah bengkak rupanya. pastuh balik n9 dah rasa tekak bengkak. sah pas balik bangi kena batuk sesema. mujur batuk sikit2 dan sesema tak banyak. tapi akibat sesema masih berbaki dalam kepala, kena sinus plak. sakit kepala macam kena hempap. sakit masa rukuk dan sujud. tak tahan sangat amik paracetamol jenis yg selamat untuk org peknen. dalam masa yg sama kena plak sakit mata-ni terjangkit dr ayahla nih. nasib tak bengkak melarat macam ayah. xmau jadik melarat terus ke klinik mata kat sini. cuma mata rasa melekat dan ade tahi mata. cuti kejap je dr pegi tadika.
itupun sebelum cuti sakit mata tuh dah pegi keja. dengan kepala yang berat tuh kan. pastu nak kena deal dengan kerenah org yg buat hal kat tadika tuh lagi. heee..dia dah tak handle register baru, tapi satu persatu akibat perbuatan dia tuh sampai ke telinga aku. dah budak2 nih masih datang lagi ke taska untuk nov dan disember nih. so dapat taula dr parents diorg. heee..sudah. lepas nih jangan kacau lagi meja daftar dan yuran budak. aku yg jaga kat jasmin skang kena jaga plak kat aulad situ semata2 nak pantau perjalanan daftar 2012. masa cuti ni aje. nanti bukak taun baru, prinsipal plak jaga situ. mau tak kepala aku sakit. hati memang dah sakit dah sejak november arituh. urut dada ngan urut kepala skali. mintak2 daftar baru 2012 nih ada dan rekod yuran bulanan dah tak terjejas lepas beberapa tahun nih. clean and clear!!

Thursday, September 15, 2011
suci lagi menyucikan dengan selawat
tadi ku bersiap2 bahan2 nak buat rendang besok. cik abg dah beli kat pasar borong selangor. budak2 berdua tuh nak datang lunch jumaat besok. sesaja nak lepak sama2 sementelah cik huda kita tuh nak edarkan kad. orang nak kawin katekannn..itu menu lain. menu asal adalah nasi daging, sup daging, asam belacan tomato..rendang sok lawan ngan lemang. huahua...acik lama tak masak rendang. sejak dok umah sewa kat kajang dulu. adela 5,6 tahun dulu, huhu!! terasa2 la jugak nebes dihati kan.
mak slalu pesan, kalau kat dapur nak siap2 bahan masak, semua bahan yang nak guna mesti basuh dengan selawat. basuh sayur selawat. basuh ayam selawat. basuh ikan selawat. basuh daging selawat. even basuh perkakas dapur pun selawat juga. mak memang banyak kali pesan kat kitorg2 yg pompuan nih. untuk kegunaan di masa depan jugak. tapi kata ayah pulak, kalau kita basuh sambil berselawat, maknanya bahan masakan tu/alat dapur tu akan lebih suci lagi menyucikan. maknanya kalau kita basuh biasa ianya suci. tapi jika disertakan dengan selawat akan lebih menyucikan. sedangkan telur ayam yg dibeli pun ayah pesan ambil satu persatu dan basuh hingga bersih. biar hilang segala kotoran dan taik2 yg melekat di kulit telur tersebut. cuba bayangkan kalau kita beli telur ayam pastu letak kat dapur ke kat peti ais ke tanpa membasuh terlebiih dulu, pastu bila nak masak terus aje kita pecahkan telur tersebut ke dalam kuali. camne rasa? yarkhhh!! sebab tula ayah bila kuar nak beli roti canai dia akan tanya kat org yg tebar roti tuh pasal telur-awak ada cuci ka telur tu?..kalau tak cuci dan nampak ade kesan taik memang ayah taknak makan kat situ.
sebenarnya kalau ikut logik memang patut. basuh sayur satu persatu sbb nak selak balik2 daun tu kot ade tak ulat ke pasir ke. perkakas dapur, untuk elak dari kesan2 abuk dalam almari ke binatang merayap ke kan. tapi yelah. tak sume org suka nak renyah2 ni. sume keja nak cepat saja. buat mana yang tercapai je kan. tapi kalau dapat buat dengan teliti adalah lebih bagus lagi.
oklah. nak sambung prep makanan nih. hai tah pukul bape nak tido nih kang. tapi nasib baik kawan2 terdekat je. bukannya panggil 10/20 org datang, hehe..

Thursday, August 4, 2011
awal ramadhan
salam ramadhan ke4.
baru2 mula puasa badan rasa tersangat letih. letih sebab tetiba kena bangun awal pagi nak masak2. selalu masa tu sedap je tido lagi. badan baru nak adapt kot. bukak puasa kat umah mak. mak yg masak2 menu yg sedap2. huh..selera makan! tapi apepun kira ade can nak kuruskan badan sket. yela, beratku sudah naik. perat post-natal faris dulu ade lagi yg tak terkurang, adehh!!
terbayang2 camne member yg tengah menyusukan anak mereka berpuasa. camne member yg tengah mengandung berpuasa. dan ade jugak yg baru mengandung nak tahan loya tak lalu makan tapi masih juga berpuasa. semoga allah memberikan kekuatan dan melindungi mereka sepanjang ramadhan ini.
~heee..bestnya tengok org peknen, nyusu anak..kan?
~faris pun puasa juga. makan tengahari, org bukak puasa baru makan nasi lagi. waktu lain minum susu saja..

Wednesday, July 20, 2011
durian oh durian
ohhh..aku sungguh puas hati dua hari ni. sebab ape? dapat makan durian beb!! hah..puas hati aku! seminggu sebelum ni ada sedara org melaka datang singgah bangi jumpa mak ayah. dan mereka bawak sekali beberapa biji durian. dan yang jenis cukup sedap, perghh!! lemak manis kuning disukai ramai. dan kali ni? durian dari kuala pilah plak. mak ayah bawak dari kampung semasa bawak sedara2 kami dari indon pulang ke kampung atuk ~yaaa, kami punyai saudara sedarah di indon. moyang belah n9 org indon pastu datang ke malaysia dan kawin org sini. jadi atuk ada saudara tiri di sana. seterusnya hubungan ini dilanjutkan belah mak generasi kedua dan kami generasi ketiga. mak ayah dah kenal kot diorg. kitorg adik beradik ni masih malu2 miow lagi nak kenal, wakaka..~
berbalik pada durian kolo pilah. takde perkataan yg dapat menggambarkan akan kesedapan buah durian yg betul2 tepat dipilih. nak2 budak2 ni sume tak suka makan. rugi betul diorg. aku sorg ajela hadap durian yang makin menyusut itu *balik dr kampung dapat 6 bakul durian ye! tapi dalam kereta x guna bakul. agaknya tah banyak mana kena sumbat dalam tu*...durian yang isi putih, yg isi tebal, yg masam2 lendir dan yg dah busuk memang tak menarik perhatian. yang paling sedap itulah yang kuning tekstur x lembik x keras and rasanya sungguh lemak manis. fuhh!! kenyang dapat hadap durian yang sedap sambil mata terpejam2 makan sebab sungguh sedap, wakakakak!! jadi..tengok sajalah gambar2 ye!

sedap betul ngadap durian sensorang, huahuahua!!
Subscribe to:
Posts (Atom)