Followers

Tuesday, February 28, 2012

faris..faris..

perut sudah menjangkau usia 7 bulan. rasa senak dan kadangkala mengah takleh nak citer. aku senak sbb aku punya uri di bawah. tepi pintu. tak lama lagi jumpa doc nak tanya dia langkah2 seterusnya. sbb doc cakap sebelum nih uri akan naik sendiri. and before 7 mths tak perlu risau. now perut makin besar and dah mula takleh gerak bebas rasa nak tanya nanti camne citer. cuba bayangkan nak solat pun dah tak dapat nak sujud dgn betul. nak tunduk amik barang atas lantai pun kena turunkan satu kaki dulu. nak amik barang dalam keta pun garu kepala dulu kalau tepi parking sempit or adik2 park motor. cane nak celah amik barang nih. phuh...tu belum lagi bab nak layan kerenah faris..

aritu faris buat hal kat tadika. dr awal tahun memang aku bawak dia gi jasmin sama2. alhamdulillah banyakla yg eloknya yg dia dapat. dan kami sumer dah train dia waktu siang tak pakai pampes lagi. so kekadang kalau mood dia ok dia setuju je aku bawak gi toilet. tapi bila kena time dia taknak tu bersuruhla camne pun dia keras hati taknak. lawan sampai nangis2. aku malas nak layan dia nangis memang suruh jugak dia ke toilet sebab lama lagi nak sampai rumah mak di bangi. nak singgah cawangan lain dulu kutip yuran kalau time yuran. dia on the way dah tido. kang ada tekencing dalam keta. dah buat hala gitu nangis2 la nak dukung pulak. aduhh..memang mencabar sungguh anak ini. itu belum lagi terkencing dalam suar time aku mengajar. nak kena setelkan hal dia pulak. aku skang dah ajar kelas besar so murid pun ramai. ganti cikgu kelas yg cuti bersalin. faris belajar ngan cikgu playschool dia baru masuk. tapi itulah. dengan cikgu tu banyak main sebab ada kawan2 lagi 3 org. blaja ngan aku dulu masa kelas kecik ade jugak aku ajar2 dia tulis ke baca abc ke kira nombor ke. alhamdulillah bila aku ajar budak berdua dulu dia mudah dengar ape aku ajar. so lepas tu dia duduk sorang2 ulang balikla ape aku ajar tuh. aku pun kagum. ha, skang nih je tak dapat nak tengok dia blajar ape sebab murid dah ramai. hmm..bila perut dah besar ni rasa tak sanggup nak layan kerenah dia. yelah budak tengah ligat umur 3 tahun nih. tapi macam tad tak bawak dia sebab dia batuk2, rasa sunyi lak dia takde kat tadika skali. hmm..nampaknya dah takleh berkeras nak disiplinkan dia sangat. aku dah tak larat dengar dia nangis2. harap2 dia buat perangai elokla. mak dia nih dah tak larat nak ligan2 dia..phuh!!

Tuesday, February 21, 2012

stress betul!

harini rasa sedikit lega urusan di tadika sudah selesai. semalam, kelmarin dan hari dulu rasa stress sangat2. kepala runsing. susah hati.

-bila mencari pekerja baru. iklan atas nama aku. mengganti budak yg cabut cenggitu jek. nak memilih yg sesuai dengan keperluan kerja. kerjanya membantu guru waktu pagi dan mengasuh budak sampai petang. ada bila dapat tau gaji banyak itu, keja pulak sampai petang, memang dia x jadi. alhamdulillah dapat yg betul2 nak dan memahami gaji dan kerja

-bilamana guru yg membantu jaga budak sampai petang mula merungut2 kerja banyak dan otak tak berkembang sebab duduk saja di taska sampai petang. dan mula berkira2 nak mintak elaun tambahan padahal prinsipal dah beri gaji lebih sejak tolong jaga taska. keja baru setaun lebih dah pandai2 nak mintak elaun..

-bila time aku desperate takut xde org datang keja--->mintak tolong pekerja aulad cawangan kajang lagi satu. diorg takmau tolong. padehal nak pinjam satu hari je. alasan nanti susah nak hantarlah, xde org jaga tadika sanalah (padehal budak total baru 26/27). haku nak pinjam sorg je. cikgu sana ada lagi 2. hangin juga aku kat diorg tuh. aku dah serabut kepala jenis taknak tolong plak. at last diorg setuju tapi hati aku dah bengkek aku bawak saja bibik dari bangi. besok lusa korg mintak tolong kat aku, aku rasa2 nak pikir2 dululah 5/6 kali dulu nak tolong korg ke tak..

aku rasa dah tak best bila dapat org2 yg jenis berkira bab2 keja nih. baru buat sikit dah merungut. dah komplen. aku keja kehulu kehilir bawak vitara yg dah usang tu. dari bangi ke taman jasmin kajang ke taman mesra kajang ke bangi perdana ke bangi centre. usung buku2 ke barang2 ke hantar ke premis diorg. diorg pesan barang ape nak aku bawakkan. ade aku nih komplen?? aku lagila. anak prinsipal lagi. ye. memang mulut aku nih laser. tapi kerja aku kesana kesini kau pikirla aku penat ke hape ke dengan pekerja berenti nak carik pengganti lagi memang cepat je mulut aku melaser. sedangkan prinsipal pun kesana kesini carik buku carik peralatan carik mesin xerox pegi tesco pegi econsave. keja diorg ape?? cuma mengajar dan jaga budak sampai petang aje. tu pun dah komplen merungut. mintak tolong sikit pun tak boleh. takpe korang..aku kenang ape korg buat. skang xpelah aku dah release sket tensen. semalam ngan kemarin memang panas berapi lah pale hotak aku nih ngan perangai diorg. bila dah kena marah tau pulak xnak deal serahan yuran ngan aku. nak passing kat cikgu lain. aku x kira. keja kau deal yuran ngan aku. kau tetap buat. kau x suka kat aku ke. sebab ape aku cakap ke. kau buat keja kau aku buat keja aku. hah, memang aku kenangla ape korg buat tuh. tengoklah besok aku buat dekkkk je ngan korg...

Tuesday, February 14, 2012

minggu gelabah

minggu yg agak sukar di tadika bilamana cikgu tinggal bertiga saja di jasmin. cikgu D tiba2 berenti tak agak2 bagi notis pun bila dah sampai kampung. alasan tipikal untuk setiap bekas pekerja---> mak sakit. balik kampung nak jaga mak. atau...nak sambung blajar..huh! menipu sumenya tuh. jadinya cikgu C yg bertugas buka taska pagi2. cikgu yg tinggal berhampiran. dia bukak gate. dan tunggu salah sorg dari kami datang. baru dia ke dapur masak untuk tadika dan budak taska tengahari. so aku dah pun decide datang awal. okla dalam 7.30 sampai. aku x dapat nak mengawalkan diri lagi. lagipun jarak dari bangi-jalan semenyih kadangkala stuck dengan jem dan lampu isyarat. cikgu B pulak tinggal minggu ni aje dia tolong jaga taska sampai petang budak balik. minggu depan dia dah start cuti bersalin. dah nampak sarat jugak dia. so..principal sedang usahakan mencari 2 org budak baru, tinggal kat sana terus. jadi cikgu C tak perlu lagi jaga taska. cuma mengajar jadi cikgu saja.

kami memang memendekkan pekerja dan kakitangan tahun ini. premis pun ada yg dikurangkan. tapi nak tak nak kena amik jugak lagi 2 untuk jaga taska. nanti cikgu B cuti bersalin, tinggal aku ajar murid 6 tahun. nanti bulan 5 aku pulak dah redi nak cuti besalin. aku rasa cikgu B tak habis pantang lagi masa tu. agak jelah. mintak2 aku sempat lagi keja dan cikgu B tu dah balik mengajar semula. phuh..ngam2 planing memasing peknen kan.. hai lah. time 2 gini plak cikgu D tu buat hal. umur muda lagi baru nak enjoy2. nasib kaulah. suka hati lah kau nak buat ape. keja dah elok dah kat tadika sini kan.

Friday, February 10, 2012

enjoy feeling

kali ni banyak merasakan tendangan2 baby dalam perut. macam saja2 duduk rehat2 pastu baby dok tendang2 ke siku2 ke rasa cam enjoy plak sambil tunggu tendangan seterusnya. kali ke2 dah dapat rasa baby gerak seawal 3 bulan dulu. masa tu rasa macam berdetik2 je dalam perut. kecik je gerakannya. skang nih dah nampak perut begerak2 masa kena tendang. tapi nak tunggu dah cukup bulan sok lagila, nampak perut tu senget benget gara2 baby dah besar main macam2 kat dalam tuh. perut nanti rasa senak, sesak napas, duduk salah baring pun salah. phuh..cuma kali ni mahu enjoy perasaan dengan baby. dan bila cik B pun rasa makin2 sensitif dan nyilu dah boleh cool dan calm down. dulu rasa sakit siap letak daun kobis tapi x hilang sakit. ye. kali ni ku tahu itu adalah tanda cik B sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan susu sesudah melahirkan nanti. insyaallah ku berniat nak nyusukan anak. dulu x dapat and x tahu. 2 tahun sudah berlalu dan tahun ni tahun ke3 ku cuba lagi menyelam ilmu2 breastfeeding. insyaallah tunggu dipraktikkan saja sejurus lepas melahirkan. moga nanti dipermudahkan Allah insyaallah..

Sunday, February 5, 2012

berkelah

memulakan cuti nan panjang dengan mengikut cik abg pegi bekelah. katanya nak ke sungai congkak besama kawan2 opisnya. memula rasa cam seganla nak jumpa org x kenal tapi pastu pikr best jugak dapat pegi mandi manda. lagipun faris memang suka main2 air nih. so kami pun pegila betolak pagi dr rumah menuju ke opis mereka kat puchong. then ke-bukit jalil-mrr2-hulu kelang-hulu langat. ooo...situ pun boleh jalan ye. mari kita lihat gambar2..




















balik sume kepenatan. tapi rasa best dapat mandi-manda. lain kali boleh datang lagi!


About this blog