Followers

Tuesday, December 20, 2011

alkisah ombak rindu

bila kirin komen pasal tengok ombak rindu (teman-haku-nak-sangat-nengoknya) aku dah agak memang bukan taste dia. hahaha! aku pun nak tengok tang mana hebatnya movie nih sampai nak cecah 11 juta. novel dia aku dah baca masa zaman sekolah dulu. apekan daya. citer dalam movie memang tak dapat menyamai kehebatan novel fauziah ashaari. mungkin produser nak kejar durasi masa 2 jam sampaikan tak sampai kisah romantiknya, kisah sedihnya, dan kisah menyampahnya. baru je rasa2 cam nak romantik (walopun kirin dah jolok tekak, huahuahua!!) scene dah abis cepat. baru je cam nak layan sedih syahdu, dah abis scene. dia takdela sedih sangat macam promo citer nih kata penonton siap bawak tisu berkotak2 kan. sedihla jugak sampai aku ade jugak part yg meleleh air mata. adela syahdu sket. itupun x dapat nak feel nau sebab dok layan faris yg dah rimas lepas sejam.

cuma yg best aku rasa is maya karin sebab dia persembahkan emosi pelbagai dan bolehla kata mendalam jugak. beza ngan watak dia yg lain. kena banyak pektis lagi. aaron aziz memang watak dia cam sama je ngan drama or movie dia lain walaupun berbekas jugala hati nengok air mata jantan dia kuar. tapi itulah. sebab nak kejar durasi yg pendek memang tak berbekas sangatla impak dia tuh. cuma jadik perintis kisah cinta musim baru nih aje. layan novel lagi best. siap nangis2 bengkak mata sanggup baca berjam2 atas katil sampai lemau, wakakakak!!

*bintang aku nak bagi....3 1/2 bintang dr 5*

About this blog