Followers

Tuesday, April 19, 2011

bahagialah kamu wahai sahabatku

aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi. kerana dengan limpah kurnianya maka kedua2 rakanku sedang meniti hari2 bahagia mereka. setelah saban lama dihempas pulas dengan derita dan dugaan. bukan sikit emosi yang tercalar. bukan sekelumit duka ditanggung. aku bersyukur padamu ya allah. semoga Kau memudahkan perjalanan mereka dalam menuju bahagia yang Engkau redhai. dalam menggapai pelamin angan di hati. di saat umur kami begini, tiada lagi waktu untuk bersuka ria seperti zaman remaja dulu. di waktu ini perlukan komitmen yang jitu. bukan lagi sekadar mainan di mulut lagi. ku doakan semoga dikau wahai ude dan dyla berjaya mengharung jalan yang terbentang luas ini sehingga ke akhirnya. dan dengan izinNya bersatu dengan pilihan jiwa kalian berdua. semoga tahun 2011 ini memberi sinar buat kalian. setelah pelbagai onak dan duri menimpa. syukur padaMu ya Allah..





About this blog