Followers

Thursday, May 17, 2012

catatan hari ke-10

semalam kami ke klinik untuk kali ke3. adik baby punya bacaan jaundice menurun

sabtu: jaundice 247 berat 3.05 (lahir 3.48) - menurun berat adik
isnin : jaundice naik dr 247 - 255. berat 3.25 - naik sikit
rabu : jaundice turun dr 255 - 231. berat 3.20 - turun

besok jumaat akan ke hosp lg untuk last cek jaundice adik. kami masih lagi sewa katil lampu buat fototerapi kat rumah. tapi adik terkena ruam2 mungkin gatal2 sebab baju di katil tu ke atau sebab lampu tu ke. habis satu badan adik kena. kali ni tak direct lampu dan bogelkan adik cuma balut dengan kain bedung dan just letakkan saja atas lampu tuh. sian tengok badan adik kena bintik2. ayahnya ingatkan kena campak tapi bila bedung kurang sket bintik tu. yang penting banyakkan breastfeeding pada adiklah dengan harapan bacaan tu akan menurun lagi.

haritu masa mula nak ke hosp mak dah risau pasal baru bersalin dah berjalan2 kan. tapi ku pergi juga sebab pikir anak menyusu. nanti kang dia nangis mana nak carik susu. mak pesan suh pakai bengkung. and masa kat sana aku bawakla selendang buat cover sejuk. pastu jalan guna wheelchair. org2 yg datang kat klinik pun tau ni org baru bersalin ni tengok pakai stokin jalan pun cam semput2 je, haha!! yg kesian cik abg lah kena luangkan masa dr ofis untuk ke hosp setiap selang 2 hari. jumaat besok je dia x dapat pegi pasal dah asik cuti je dr keja.

skang adik hafiy semakin kerap menyusu. kalau tidur dalam 2 jam lebih pastu memang kena kejutkan dia. masa mula2 dulu ada juga terbabas sampai 3 jam sebab maknya tertido ngantuk, hehe..skang pattern dia, menyusu untuk hilangkan haus, dia hisap cepat2. pastu bila dah setle dia menyusu untuk soothing pulak. ready nak lelap. hispa2 senyap-hisap2 senyap. sampai dia lepas sendiri dan tidur sambil ternganga. cumanya yg ngeri skang bila dia start je nak nyusu kena ready urat2 saraf pasal dah rasa sakit biila mula menyusu. sampai bergulung2la hujung kaki tahan dia hisap tuh, huh! dah lama2 tu barula lali rasa sakit tuh. kekadang sampai menyeringai gigi pun ada jugak nak tahan sakit dia. dasat jugak rupanya budak nyusu eh. besok dah ada gigi sok camnelah rasanya pulak. anyway skang dah cuba stail baru buat sambil baring lak. sedap sket boleh lelap cumanya bila dah sakit masa hisap memang xleh lelapla maknanya..huhu!!
 

About this blog