tadi ku bersiap2 bahan2 nak buat rendang besok. cik abg dah beli kat pasar borong selangor. budak2 berdua tuh nak datang lunch jumaat besok. sesaja nak lepak sama2 sementelah cik huda kita tuh nak edarkan kad. orang nak kawin katekannn..itu menu lain. menu asal adalah nasi daging, sup daging, asam belacan tomato..rendang sok lawan ngan lemang. huahua...acik lama tak masak rendang. sejak dok umah sewa kat kajang dulu. adela 5,6 tahun dulu, huhu!! terasa2 la jugak nebes dihati kan.
mak slalu pesan, kalau kat dapur nak siap2 bahan masak, semua bahan yang nak guna mesti basuh dengan selawat. basuh sayur selawat. basuh ayam selawat. basuh ikan selawat. basuh daging selawat. even basuh perkakas dapur pun selawat juga. mak memang banyak kali pesan kat kitorg2 yg pompuan nih. untuk kegunaan di masa depan jugak. tapi kata ayah pulak, kalau kita basuh sambil berselawat, maknanya bahan masakan tu/alat dapur tu akan lebih suci lagi menyucikan. maknanya kalau kita basuh biasa ianya suci. tapi jika disertakan dengan selawat akan lebih menyucikan. sedangkan telur ayam yg dibeli pun ayah pesan ambil satu persatu dan basuh hingga bersih. biar hilang segala kotoran dan taik2 yg melekat di kulit telur tersebut. cuba bayangkan kalau kita beli telur ayam pastu letak kat dapur ke kat peti ais ke tanpa membasuh terlebiih dulu, pastu bila nak masak terus aje kita pecahkan telur tersebut ke dalam kuali. camne rasa? yarkhhh!! sebab tula ayah bila kuar nak beli roti canai dia akan tanya kat org yg tebar roti tuh pasal telur-awak ada cuci ka telur tu?..kalau tak cuci dan nampak ade kesan taik memang ayah taknak makan kat situ.
sebenarnya kalau ikut logik memang patut. basuh sayur satu persatu sbb nak selak balik2 daun tu kot ade tak ulat ke pasir ke. perkakas dapur, untuk elak dari kesan2 abuk dalam almari ke binatang merayap ke kan. tapi yelah. tak sume org suka nak renyah2 ni. sume keja nak cepat saja. buat mana yang tercapai je kan. tapi kalau dapat buat dengan teliti adalah lebih bagus lagi.
oklah. nak sambung prep makanan nih. hai tah pukul bape nak tido nih kang. tapi nasib baik kawan2 terdekat je. bukannya panggil 10/20 org datang, hehe..